Thursday, May 14, 2009

YB YUSMADI: KAMI TABIK SPRING...!!!!!


Blogger NOBISHA 'tabik spring' .... saya pun 'tabik spring'. 'Tabik spring' kerana YB Yusmadi sanggup naik kenderaan awam iaitu LRT. Bagi saya kalau YB Yusmadi naik LRT itu perkara biasa kerana YB ini tak pernah memandu kereta. Sebab apa tak pandu kereta kerana YB ini sepanjang pengetahuan saya ia tak ada lesen memandu kereta....!!! WALLAHUALAM...!!
Namun itu...... bukan keutamaan paparan pada hari ini....cuma saya minta ....kita berkongsi pengetahuan dengan tulisan NOBISHA dalam blog dia.


Malam tadi saya sekali lagi diundang untuk berdiskusi dalam Agenda Awani. Rancangan yang dihoskan oleh Suhaimi Sulaiman turut mengundang YB Yusmadi Yusof, Ahli Parlimen Balik Pulau (PKR). Turut sama berdiskusi di talian ialah pensyarah undang-undang Prof Salleh Buang dan pensyarah media Dr Abu Hassan Hasbullah.

Selepas solat Maghrib di surau Bursa Malaysia, saya bergegas ke Astro Awani. Saya masuk ke studio sekitar 7.45 malam, iaitu kira-kira 15 minit sebelum siaran bermula. Beberapa minit kemudian, Yusmadi tiba. Anak muda lepasan UIA ini memohon maaf kerana agak lewat sampai ke studio.

Kata Yusmadi, "Saya ambil LRT dari Petaling Jaya ke Masjid Jamek."Beliau memberitahu isterinya yang hamil empat bulan, sekarang di Hospital Assunta. Saya "tabik spring" kepada Yusmadi kerana dua perkara. Pertama, walaupun isterinya berada di hospital, Yusmadi masih memberikan masa untuk datang ke rancangan ini. Kedua, dia memilih untuk mengambil LRT untuk datang Astro Awani.

BERITA SELANJUTNYA...KLIK DISINI...!!

1 comment:

Sharipuddin said...

Dalam tulisannya Sdra Norizan Shariff menyenaraikan hak-hak pelbagai pihak yang patut dihormati.

Beliau menyebut tentang hak-hak ADUN melompat parti yang tidak dilarang oleh undang-undang.

Bagaimana pulak dengan hak-hak pengundi dan parti untuk tidak dibohongi dengan janji palsu mereka ketika diberi peluang bertanding dahulu.

Manusia jenis apakah yang berjanji taat setia secara hitam putih di atas kertas kerana mahukan kedudukan tetapi kemudiannya menggunakan alasan undang-undang untuk menghalalkan pengkhianatan mereka yang sangat tidak bermoral dan dilakukan melalui kaedah yang sangat meragukan.

Ketika dipilih untuk bertanding mereka punyai pilihan. Kalau tidak mahu berjanji taat setia janganlah berbohong. Pilihlah parti lain.

Undang-undang adalah alat mencari keadilan bukan untuk dijadikan alasan bagi melindungi perbuatan tak bermoral.