Saturday, January 29, 2011

Antara Cikgu Mala dan Tok Ai.. anda nilaikanlah..

Antara Cikgu Mala dan Tok Ai.. anda nilaikanlah..


Ini adalah wawancara yang telah dilakukan oleh mStar dengan kedua-dua Calon yang bertanding dalam PRK Tenang, semua soalan yang sama telah diajukan terhadap calon-calon itu tetapi dimasa dan tempat yang berbeza bagaimanapun telah dijadikan satu artikel oleh Anak Sungai Derhaka.

Jawapan yang diberikan jelas mencerminkan keperibadian calon yang sebenar.. jawapan mereka menunjukkan kepada kita siap yang dekat dengan masyarakat dan siapa yang lebih suka bergaul dengan golongan elit, siapa yang dekat dengan Islam dan siapa pula tidak..


Sebelum diangkat sebagai calon, Normala tidak begitu dikenali ramai. Lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala, Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis ini bagaimanapun tidak lokek bercerita mengenai perkara yang disukainya.

Begitu juga dengan Walaupun sudah biasa bertemu dengan orang ramai ketika memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Rengit sebelum ini, bapa kepada tiga cahaya mata ini mengakui tugas sebagai pegawai kerajaan dan menjadi ahli politik adalah dua perkara yang berbeza.

Biarpun beliau nampak keletihan setelah empat hari berkempen namun Mohd Azhar yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Ai’ ini juga tidak lokek bercerita mengenai perkara yang disukainya dengan The Star dan mStar Online.

Temu bual dengan Cikgu Mala telah diadakan di Markas PAS Labis baru-baru ini.manakala temubual dengan Tok Ai pula diadakan di rumahnya, di pekan Labis baru-baru ini.

Mstar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.


Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?

Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.

Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.


Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?

Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.


Mstar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari? :

Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.

Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.


Mstar: Makanan kesukaan anda?

Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.

Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.


Mstar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.


Mstar: Sukan apa yang anda gemari?

Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.

Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.


Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?

Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.

Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.


Mstar: Bahasa yang anda kuasai?

Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.


Mstar: Anda mempunyai binatang peliharaan?

Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.

Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.


Mstar: Siapakah idola anda?

Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.


Mstar: Pelakon yang anda sukai?

Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.

Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.


Mstar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.


Mstar: Perkara yang anda tidak suka tentang Malaysia pula?

Cikgu Mala: Satu faktor yang saya tidak suka tentang Malaysia ialah kita masih belum mempratikkan nilai demokrasi sebenar. Banyak yang masih boleh diperbaiki lagi dan kita sudah pasti akan bergerak ke arahnya.

Tok Ai: Sikap pentingkan diri sendiri terutamanya ketika memandu. Kalau di bandar kadang-kadangnya orangnya tidak peramah dan sombong.

Biodata Calon PAS
Nama: Normala Sudirman,38.
Suami: Maarof Abdul Mutalib
Anak: Nur Hasanatul Fadillah 13, Muhammad Aiman Zulhakim 11 dan Muhammad Irfan Mukhlis, 8.
Ayah: Sudirman Suratman
Ibu: Mukmini Yahya
Kelulusan: Diploma Maktab Perguruan Tuanku Bainon Pulau Pinang.
Pekerjaan terakhir: Guru.
Jawatan dalam parti: Ketua Muslimat PAS Labis, Exco Pendidikan PAS pusat.
Pembabitan dalam pertubuhan kebajikan: Setiausaha Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan Pemulihan Kanak-Kanak Buta Huruf 3M, Penyelaras Program Pemulihan Khas dan Intervensi (PINCH), AJK Bimbingan dan Kaunseling, AJK Kantin Sekolah.

Biodata Calon UMNO/BN
Nama: Mohd Azhar Ibrahim, 39.
Isteri: Tuty Roshizana Tumin, 31.
Anak: Nur Aina Maisarah 6, Nur Arisha Najwa 3, Muhammad Haika 8 bulan.
Kelulusan: Diploma Pentadbiran Awam, Universiti Teknolongi Mara (UiTM) (1993), Ijazah Sains Politik Portsmouth United Kingdom (1996).
Pekerjaan terakhir: Penolong Pegawai Daerah Rengit, Batu Pahat.
Jawatan dalam parti: Bendahari Umno Bahagian Labis (2000-2008), Ketua Umno Cawangan Kampung Paya Merah.
Pembabitan dalam pertubuhan kebajikan: Ahli Jawatankuasa Yayasan Tenang (2000- kini), Pengerusi Belia 4B Labis (2001-2005), Setiausaha Jawatankuasa Mukim-mukim Dewan Undangan Negeri Rengit (2000-kini) dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Cawangan Rengit (2006-kini).

Saturday, January 22, 2011

The wonders of coconut water..!

Seven Benefits of Coconut Water

By Tommy Fassbender on April 20th, 2008


Coconut water is the purest liquid
second only to water itself. It has many health benefits and uses that
you probably did not know about.

Many persons have gone to the Caribbean, the Pacific Islands , Florida , Hawaii , South America or Southern
Asia and have tasted some very refreshing coconut water. The palm trees
you have become accustomed to while on vacation are very potent sources
of coconut water that has many health benefits and uses that you
probably did not know about.


Coconut water is the purest liquid
second only to water itself. It is chock full of electrolytes, calcium,
potassium, magnesium; everything that is good for you.

Coconut water is the liquid that is
taken from unripe coconuts. If coconuts get ripe the liquid that is
inside will harden and become a part of the white flesh of the coconut,
which is used to make coconut milk. So, picking the coconut while it is
unripe will ensure that the body gets all the benefits of coconut water.

Coconut Water Hydrates the Body
Coconut water is an isotonic solution
which replaces the fluids and minerals that the body loses during
physical activities. For this reason, many athletes and persons who work
out regularly are encouraged to drink coconut water to replace all the
minerals and fluid that they lose while working out. Even the United
Nations Food and Agriculture Organization (FAO) attest to the benefits
of drinking coconut water when it fought for a patent in 2000 to market
coconut water as the next big sports drinks.

 Coconut Water Relieves Urinary Problems
If you consume coconut water on a
regular basis it can reduce urinary problems. People who suffer from
strangury, polyutra and other urinary ailments drink coconut water to
relieve their
symptoms<http://healthmad.com/nutrition/seven-benefits-of-co
conut-water/>.

Coconut Water Kills Intestinal Worms
Drinking coconut water<http://healthmad.com/nutrition/seven-benefits-of-cocon
ut-water/%3Ewith one teaspoon of olive oil<http://healthmad.com/nutrition/seven-benefits-of-coconut
-water/%3Efor three days will kill intestinal worms and clear the
stomach of worms, which makes for better digestion.

Coconut Water Breaks up Kidney Stones
People who have kidney problems and are
plagued by kidney stones should drink coconut water in addition to
taking their medication<http://healthmad.com/nutrition/seven-benefits-of-
coconut-water/>.

Drinking coconut water regularly helps
to break up kidney stones making them easier to push out.

Coconut Water is Used in Blood Transfusion
Coconut water is almost identical to blood plasma and this makes it easy to use for blood transfusion. In
cases of emergency coconut water has been used as an intravenous
hydration fluid instead of the standard IV fluid. During World War II
many wounded soldiers were saved in the Pacific because of emergency
transfusion using coconut water as plasma.

Coconut Water is an Antibacterial
Coconut water contains monolaurin, an
antiviral, antibacterial and antiprozoal monoglyceride that is used to
kill lipid-coated viruses such as HIV, Herpes, cytomegalovirus, flu and
various pathogenic bacteria.

Coconut Water Controls Vomiting
Coconut water is great at reducing
vomiting. People who have typhoid, malaria, fevers or other ailments
that are known to induce vomiting drink coconut water to settle the
stomach. As such, coconut water is also a good thing to drink during a
hangover..

Green or unripe coconuts can be found in
Asian and West Indian markets. All coconuts that they sell are closed up
to keep coconut water from losing its nutrients. So, if you plan on
buying a coconut, you can ask someone to chop the coconut open or you
can open it yourself at home and drink it.

APA KESAN HARGA MINYAK NAIK..?

Sunday, January 16, 2011

Terima kasih TGNA atas jemputan semalam..!



Semalam turut hadir atas jemputan walaupun lewat sampai. Keterbukaan TGNA dan pimpinan Kerajaan Kelantan dengan Bloggers akan mengeratkan lagi silaturrahim sekaligus menyebarkan dakwah Islam.


TGNA berkata pada tahun 60'an yang memenjarakan ramai Ulamak kedalam ISA adalah orang Melayu bukan Cina..!


Sekitar Majlis TGNA bersama Bloggers

Kuala Lumpur-Malam tadi telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra dan Dialog antara Tuan Guru Nik Aziz bersama blogger Pakatan Rakyat di Hotel Grand Season.

Majlis yang bermula sekitar jam 9 malam itu mendapat sambutan di luar jangkaan di mana lebih kurang 200 orang peserta telah hadir. Majlis gilang gemilang yang diadakan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan itu turut di hadiri beberapa pimpinan negeri Kelantan dan pimpinan PAS Pusat.

Inisiatif kerajaan negeri Kelantan bagi menjayakan program bersama blogger itu di lihat suatu perkara yang amat dititik beratkan dan ia juga sebagai bukti bahawa peranan blogger di dalam arus media baru hari ini begitu penting dalam menyebar luaskan lagi maklumat memandangkan akhir-akhir ini terlalu banyak maklumat palsu dan fitnah yang di lakukan oleh segelintir blogger yang tidak faham peranan mereka.

Justeru itu Majlis Ramah Mesra yang di adakan ini antaranya bertujuan bagi memberi penekanan kepada blogger-blogger khususnya blogger Pakatan Rakyat tentang tatatusila dan adab-adab menyampaikan maklumat secara tepat dan telus melalui dialog antara pimpinan kerajaan negeri Kelantan dan PAS Pusat di dalam lontaran persoalan dan pandangan daripada blogger yang hadir.

Majlis tamat sekitar jam 11.30 malam di akhiri dengan sesi bergambar.
































TINDAKBALAS PEMULIHAN PENGGUNAAN HERBA...

TINDAKBALAS PEMULIHAN PENGGUNAAN HERBA

Herba semulajadi selalunya dikatakan boleh merawat beberapa simptom penyakit kerana biasanya didalam sesuatu jenis herba itu mengandungi beberapa enzim yang boleh merawat jenis penyakit yang tertentu dan kekadang sejenis enzim tersebut boleh memberikan kesan kepada beberapa simptom penyakit.

Bagi pesakit yang mempunyai ketahanan badah yang lemah atau mengalami peredaran darah yang kurang elok, atau mengalami tindakbalas berlainan seperti pening atau sakit kepala, insomnia, kepanasan, kesakitan, kekebasan, atau kurang tenaga atau mengalami keletihan.

Tindakbalas rawatan bagi pengguna herba biasanya dibahagikan kepada 4 peringkat:

a). Peringkat detoksifikasi atau peningkatan kadar metabolisma

Usus, hati, buah pinggang dan kulit manusia adalah organ-organ bagi proses detoksiifikasi. Biasanya semasa pengambilan herba pesakit akan mengalami beberapa simptom seperti kekrrapan buang air kecil, warna air kencing lebih pekat, kegatalan, kulit, kahak berlebihan, batuk, kepanasan disebabkan oleh hati, sakit tekak, , hidung bermukus.

b). Peringkat pembaikan dengan pengaktipan bekalan darah dan penambahan bekalan oksijen dalam darah.

Pengaruh pengambilan herba ialah ianya dapat mengaktifkan darah dan merangsang perbekalan oksigen dalam darah dan dapat melarutkan darah beku. Oleh itu pesakit akan merasa sedikit sakit-sakit, kebas-kebas atau bengkak dibahagian yang tersumbat. Pesakit akan terpaksa menanggung sedikit kesakitan ini kerana ianya adalah salah satu simptom tindakbalastransisi pembaikan dan ianya akan hilang sebaik saja saluran darah yang tersumbat itu telah dilancarkan.

C). Peringkat pemulihan sel-sel organ/tubuh badan

Herba boleh memperbaiki sel-sel dan mempertingkatkan metabolisma badan dan dengan ini akan mengaktifkan semula sel-sel organ/tubuh , dengan ini ianya akan merasa sedikit simptom seperti mengantuk, keletihan akibat penggunaan kebanyakkan zat-zat makanan oleh sel-sel tersebut serta memerlukan lebih bekalan oksigen untuk sel-sel tubuhbadan.

d) Peringkat pengisian semula zat-zat kepada sel organ/tubuh badan

Tanda-tanda seperti susuk badan yang lebih sihat disamping kulit dan wajah yang kelihatan lebih sihat termasuk mental yang lebih sihat dan stabil, hilang rasa keletihan dan penyelesaian masaalah tidor adalah tanda-tanda era pemulihan atau tindakbalas bagi pemulihan masaalah kesihatan badan.

Bagi pesakit yang mengamalkan pengambilan herba, terutama bagi yang mengalami simptom yang agak kronik, mereka akan mengalami beberapa peringkat pemulihan, Penyahtoksik (detoxification), beberapa simptom seperti sedikit keletihan, kesakitan akan dirasai pada awalnya. Namun apoabila "TOKSIN" DAN "PENYAKIT" telah mula disingkirkan atau dipulihkan, peringkat "PEMULIHAN" akan berlaku secara semulajadi.

Untuk tujuan tersebut, pemberhentian mengambil/penggunaan herba semasa tindakbalas pemulihan ini akan merencatkan pemulihan atau merencatkan penghapusan penyakit tersebut. Hanya dengan melalui beberapa siri " tindakbalas pemulihan" tersebut sahajalah pemulihan sepenuhnya dapat dicapai dan akan memberikan kesihatan secara menyeluruh.

Saturday, January 8, 2011

THE BIG QUESTION!


What a big waste!

Alhamdulillaah, wa swalatu wa salam alaa Rasulillaah!

A brother gave a very thoughful speech regarding how to use our time properly. Here is a summary of what he said:

Let's see how much an individual worships Allah if he is to live for 60 years and pray 5 times a day.
Fajr would take about 15 minutes,
Dhuhr would take about 20 minutes,
Asr would take about 10 minutes,
Magrib would take about 15 minutes and
Isha would take about 25 minutes.

That would on average equal to 1 hour and 45 minutes of worship everyday.

Now, there are 30 days every month, so the person would worship about 43.5 hours per month.
There are 12 months every year, so he would worship about 522 hours per year.

Now, if he lives for 60 years then he had worshipped for 31,320 hours.
To convert this total hours into years, it comes to about 3 years and 6 months!!!

So, a man living for 60 years have only spent 3.6 years in worshipping Allah in the form of Salah, that is also if he started praying before reaching the age of 1.

THE BIG QUESTION!


What about the other 56 years of his life?
In order to turn that into ibadah, we have to do everything according to Qur'an and Sunnah. For example, if we sleep according to sunnah then 20 years would be counted as ibadah which we spent sleeping (8 hours of sleep is 1/3 of a day.

So, 1/3 of 60 years is 20 years!). Similarly, all other actions will be counted as ibadah if we do them according to Qur'an and Sunnah. So, let us try to turn all our life into ibadah, rather than depending on prayers alone which won't even turn a fraction of our life into ibadah.

SubhaanaAllaah!


O Allah! Let our last days be the best of days of our life and our last deeds be the best of our deeds,and the best of day,the day when we meet You.O Allah! Let the graves be our best homes after death,make their narrow vaults wide and spacious O Allah! Have mercy on us when we stand humble on the Day of Judgement,make our feet go steady on the narrow path of Sirat,save us from the agonies of the Day of Judgement and make our faces white when the faces of criminals and disbelievers become black.O Allah! Let's have an ever quenching drink from the Haud [pool] of Your Prophet Muhammad [SAW].

Aameen. Wabillaahi Tawfeeq!
__._,_.___

Monday, January 3, 2011

Isu SU Selangor - Nasihat seorang Ahli UMNO kepada Pemimpin UMNO

Isu SU Selangor - Nasihat seorang Ahli UMNO kepada Pemimpin UMNO

Kalau BN hendak mengambil alih kerajaan Selangor buatlah cara yang ‘gentleman’. Lakukan semasa pilihanraya nanti. Kempen kuat-kuat dan yakinkan rakyat Selangor yang BN perlu memerintah Selangor kembali. Janganlah menggunakan taktik kotor untuk mencapai kuasa politik dinegeri ini kerana mendapat kuasa dengan bermain kotor tidak akan sampai berkatnya nasihat dari seorang Ahli UMNO kepada Pemimpin UMNO..

Isu SS Selangor - Hormati semangat Persekutuan.
by Aspan Alias
Isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor masih belum reda. Apa kesudahan terhadap isu ini belum lagi kita dapat jangkakan. Tetapi saya percaya isu itu akan dapat diselesaikan apabila setiap pihak yang terbabit itu kembali kepada kepangkal jalan dan selesaikan masalah itu dengan cara dan tata-cara perlantikkan dengan baik dan ikut cara dan semangat serta sistem bernegara yang lazim kita praktikkan.

Kita mesti kembali kepada asas, iaitu mengakui bahawa negara ini adalah negara Persekutuan (Federation) dan negara kita bukannya negara ‘unitary’ seperti Thailand dan negara jiran yang lain. Kita ada perjanjian Persekutuan yang ditandatangani pada 2hb Februari 1948 dahulu semasa perjanjian ini ditanda tangani diantara negeri-negeri bersekutu dan bukan bersekutu. Perjanjian Persekutuan itu adalah untuk menggantikan Malayan Union (MU), dan Persekutuan itu diwujudkan untuk menggantikan usaha keparat British mewujudkan sebuah negara ‘unitary’ disemenanjung ini.


Jika kewujuddan perjanjian Persekutuan itu dibuat untuk menggantikan MU, kenapa pula kita sekarang hendak mentadbir negara ala MU itu? Kita sepatutnya memperkayakan semangat Persekutuan itu kerana terbukti dalam banyak negara Persekutuan yang benar-benar mengamalkan semangat itu telah mencapai kejayaan untuk memajukan negara dan rakyatnya.

Negeri Selangor adalah salah sebuah negeri dalam Persekutuan ini Negeri Selangor seperti juga dinegeri-negeri lain mempunyai Lagislatifnya sendiri, kerana Selangor ada Dewan Undangan Negerinya sendiri. Selangor ada kerajaannya sendiri dan ada ketua kepada kerajaan negeri itu dan dianya dinamakan Menteri Besar yang dipilih diantara ahli-ahli Lagislatif yang dipilih oleh rakyat Selangor. DAN Menteri Besar itu ialah Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Ijok.

Bagi seorang rakyat yang menjunjung semangat Persekutuan ini, kerajaan persekutuan mesti mempunyai perhubungan dengan Selangor berlandaskan kepada semangat persekutuan dengan negeri Selangor, sebuah negeri yang berdaulat. Kerajaan Persekutuan mesti berhubung dengan Selangor dalam semangat itu dan kerajaan persekutuan mesti menghormati negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang berdaulat.

Jika kerajaan persekutuan tidak menghormati pandangan kerajaan negeri Selangor ianya bermakna persekutuan tidak menghormati rakyat negeri Selangor. Ini adalah ‘basic’. DiPutrajaya itu adalah Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan Pusat. Kedaulatan kerajaan Persekutuan itu datangnya dari kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri yang berada didalam Persekutuan ini.

Sepatutnya kerajaan pusat mesti bertanya kepada rakyat Selangor dalam isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan ini. Cara untuk bertanya rakyat Selangor itu ialah bertanyakan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besarnya yang mewakili rakyat Selangor seperti yang dipilih oleh mereka didalam pilihanraya yang lalu. Itu caranya yang patut dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin persekutuan jika benar menghormati rakyat yang telah membuat pilihan secara demokrasi.

Yang sepatutnya mengadap Kebawah Duli Tuanku Selangor itu ialah TS Abdul Khalid Ibrahim kerana Khalidlah yang sepatutnya menasihati DYMM Tuanku, bukannya dari sesiapa yang datang dari Persekutuan. Jika ada usaha dari kerajaan Persekutuan untuk menasihati DYMM Tuanku Selangor itu merupakan usaha yang cuba untuk memecah belahkan Raja dan kerajaan Selangor yang berdaulat.

Ketua Setiausaha Negara (Sidek Hasan) wajib menjaga dan menghormati kedaulatan Negeri Selangor dan mesti mengakui yang Negeri Selangor adalah salah sebuah negeri yang berdaulat yang menganggotai Persekutuan ini. Hormatilah diri kita sebagai seorang rakyat negara Persekutuan. Ikut cara dan semangat Persekutuan itu. Negara kita bukan negara kominis.

TETAPI kenapa agaknya isu seperti ini berlaku? Pastinya kerana politik kepartian. Kalau itu sebabnya betullah kata banyak pihak ini merupakan usaha pemimpin parti yang berkuasa dari Putrajaya untuk memcahkan keutuhan kerajaan Negeri Selangor sebab pilihanraya akan tiba dan BN sedang berusaha untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan Selangor, negeri yang terkaya dalam Persekutuan ini.

Kalau itulah sebabnya saya tidak mahu melanjutkan komen ini. Perkara yang sama telah dilakukan diPerak dan hasilnya memudharatkan rakyat Perak. Bolehlah mendapat kuasa dengan ‘arm-twisting’ seperti ini tetapi ramai menjangkakan yang rakyat Perak akan memberikan pengajaran kepada pihak yang sudah hilang hidayah ini. Kata mereka yang PR akan kembali mentadbir dibangunan Setiausaha Kerajaan diIpoh.

Kalau BN hendak mengambil alih kerajaan Selangor buatlah cara yang ‘gentleman’. Lakukan semasa pilihanraya nanti. Kempen kuat-kuat dan yakinkan rakyat Selangor yang BN perlu memerintah Selangor kembali. Janganlah menggunakan taktik kotor untuk mencapai kuasa politik dinegeri ini kerana mendapat kuasa dengan bermain kotor tidak akan sampai berkatnya.

Tetapi siapa pula yang aka menerajui kerajaan Selangor jika BN menang?? Noh Omar? Khir Toyo? Atau siapa? Oh! Ezam Mohd Nor? Kalau inilah nama-nama yang tersenarai ramai rakyat Selangor berkata biarkanlah negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat sepenggal lagi, sehingga BN boleh mencari pemimpin yang ‘viable’.

Buat masa sekarang BN, bagi pendapat mereka belum lagi berjaya mencari pemimpin yang diyakini rakyat Selangor. Jika permainan seperti ini diteruskan juga maka percayalah rakyat akan lebih menyampah kepada kita. Apabila rakyat menyampah dan menolak kita, kita juga yang terloncat kesana kemari macam cacing dalam kepanasan. Lepas itu salahkan orang lain pula.

“Tak payah nak ganti-ganti!” kata mereka.

Aspan Alias

This is how UMNO is robbing the people of Malaysia....

On Wed, 11/10/10, This is how UMNO is robbing the people of Malaysia because PLUS is actually an UMNO controlled-company, whether directly or indirectly or through a combination of both! Sure it is publicly listed on the KLSE but look closely underneath and tell me who are those who are actually on the Board and who the controlling shareholders are !

It is also interesting to note that of the nine Directors on the Board, seven are Malays and appointed by UMNO or the government.

This is the BN government's way in enriching UMNO, the dominant political party in the government itself! You form your own conclusions from all this.

j.t.

Already hutang money and still want to build More buildings....
                                              -------------

Compensating PLUS RM 5 Billion For The Next 5 Years For Freezing Toll Rates Will Only Increase Both Federal Government Debt and Debt Service Charges To Unhealthy Levels
THURSDAY, 21 OCTOBER 2010 10:12

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan On
19.10.2010 In DAP National Headquarters In Kuala Lumpur.
Compensating PLUS RM 5 Billion For The Next 5 Years For Freezing Toll Rates Will Only Increase Both Federal Government Debt and Debt Service Charges To Unhealthy Levels.

DAP is shocked at the revelations by UEM Group MD Datuk Izzaddin Idris that toll highway operator PLUS Expressways Bhd could be compensated as much as RM5 billion by the Federal government over the next five years for not raising toll rates. Clearly freezing toll rates is meaningless as the people still has to pay through compensation payments by the government.

Worse, the government still owes PLUS RM 2.5 billion making the total compensation amount to be paid for the next 5 years a total of RM 7.5 billion! In fact, PLUS would be pleased to be compensated as they would be paid money without having to work for it.

The time has come for the Federal government to consider a one-off nationalization program limited to toll concession agreements in the national interest. Nationalization of toll concession agreements is necessary to prevent irresponsible toll concession companies from reaping extraordinary profits at the expense of the public.

Nationalization is necessary when toll concession operators like PLUS have not only recouped their investment and construction costs but also maintenance costs and are earning pure profits from toll rates revenue collected. Failure to do so will not only create an unbearable financial burden to the people but also strain our country’s finances for the foreseeable future.

The principal negative impact is that compensating PLUS RM 5 billion for the next 5 years for freezing toll rates will only increase both Federal government debt and debt service charges to even more unhealthy levels. According to theMinistry of Finance Economic Report 2010/2011, the total federal government debt would soar by 12.6% from
RM 362.4 billion in 2009 to RM 408.2 billion in 2010. This works out to RM 15,118 in debt for each of the 27 millionMalaysians as at 2010.

In other words for every Malaysian born, he or she will be immediately in debt of RM 15,118. If we take into account paying an extra RM 1 billion every year to PLUS, it is an expense and a debt burden that the country can ill-afford.(see following table)

(Billions RM)                                                2009             2010  

Domestic Debt                                            348.6            390.7

External Debt                                                13.8             
 17.5    
    

Total Federal Government Debt                 362.4           408.2 (+12.6%)

Correspondingly, debt service charges have increased from RM 14.2 billion in 2009 to RM 15.9 billion in 2010 and expected to soar to RM 18.6 billion in 2011.
Many Malaysians are unhappy why the country has to carry such a huge debt burden borne by 27 million Malaysians for the benefit of one company.
 
Clearly unless drastic action is taken, 27 million Malaysians will lose out to enable a company comprise of BN cronies to gain.

 LIM GUAN ENG

Sultan belum perkenan, Selangor tidak rai SUK..!

Sultan belum perkenan, Selangor tidak rai SUK
Harakahdaily   
SHAH ALAM, 3 Jan: Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Perkara ini ditegaskan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco, di Pusat Media di Tingkat 20, Bangunan SUK dekat sini.
Dalam sidang media itu, Khalid berkata,  Sultan Selangor belum perkenan cadangan Suruhanjaya Perkhdimatan Awam (SPA) mengenai pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) yang baharu.
Menurutnya, beliau telah menghadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan SUK dan Sultan telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak mana-mana calon cadangan SPA.

"Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

"DYMM Sultan mencadangkan kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik," tegas Abdul Khalid sambil menyanjung kasih atas nasihat baginda.

Dengan itu, jelasnya, kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan mengisi jawatan tersebut.

Tegasnya, sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tiak mahu terlibat di dalam bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan SUK.

"Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin tidak akan hadir pada sebarang mesyuarat Exco dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor sebagai ex-officio.

"Dalam masa sama, kerajaan negeri akan mencadangkan Datuk Speaker mengadakan sidang DUN tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Slangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang kepada Sultan dan Menteri Besar," tambahnya.
MB tidak mahu jumpa

Sementara itu, dalam sidang medianya pula (gambar), Khusrin berkata, beliau cuba untuk berjumpa dengan Menteri Besar namun tidak dapat.

Setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik, Datuk Mohd Khusrin Munawi gagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung upacara angkat sumpah jawatannya.

Upacara itu perlu diadakan sebelum beliau boleh menjalankan tugas-tugasnya termasuk mengambil bahagian pada mesyuarat dewan undangan negeri dan tugas ex-officio yang lain.

"Saya telah menulis (kepada Khalid) hari ini, dan juga cuba bercakap dengan setiausaha sulitnya tetapi belum mendapat respon,” katanya kepada wartawan pada sidang media di pejabat barunya di bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Sham Alam.

Meskipun dijangka tidak akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat ini, Khusrin berkata beliau masih boleh menjalankan tugas-tugas termasuk membabitkan pentadbiran kerajaan negeri, sumber manusia dan perkara-perkara merancang.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai cabaran besar sepanjang 24 tahun berkhidmat di Selangor, beliau menegaskan tidak mempunyai masalah dan ia juga tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai penjawat awam.

''Saya maklum yang Menteri Besar akan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan selagi saya tidak diarah balik ke Kerajaan Persekutuan, saya akan jalankan tugas mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Saya juga telah memohon untuk mengangkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar melalui surat pagi ini, tetapi masih belum ada jawapan,'' katanya..

Berikut kenyataan penuh MB Selangor
Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.
DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.
Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.
Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM,
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR