Thursday, April 29, 2010

CUCU MAT KILAU CABAR SIFOOL....!!

KUANTAN, 26 April [5.30 pm] - Susulan tersebarnya dua laporan perubatan bahawa Saiful Bukhari tidak mempunyai tanda-tanda diliwat, maka blogger Cucumatkilau (foto) yang sering dikaitkan dengan Saiful baru-baru ini mencabar Saiful supaya membuat laporan polis dan seterusnya menyaman pihak terbabit. Dua laporan berkenaan telah dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi dan juga Hospital Kuala Lumpur, dimana empat doktor yang mengatakan mereka merawat serta memeriksa Saiful mendapati tidak ada bukti klinikal anak muda itu diliwat oleh sesiapa.

SOLAT HAJAT DAN CALON HJ KAMAL....

Apa sudah jadi dengan puak-puak UMNO BN?. Gara-gara kemaruk inginkan kemenangan di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, maka mereka telah mengadakan satu majlis "Solat Hajat Dan Bacaan Yassin Untuk Calon Barisan Nasional" di semua masjid-masjid dalam kawasan Hulu Selangor

Wednesday, April 28, 2010

SAYA SENDIRI MENDENGAR DARI RADIO RTM KATA-KATA ZAINAL SAKOM YANG MENJIJIKKAN..

Hasan Ali buat laporan polis terhadap Zahid, Utusan
Salhan K Ahmad
Apr 28, 10
5:48pm
Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini membuat laporan polis terhadap dua pemimpin Umno serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa melempar fitnah terhadapnya.

Dr Hasan berkata, beliau membuat laporan polis di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga pihak tersebut.

Beliau membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada kira-kira jam 4 petang ini dengan ditemani peguam Mohd Khairuddin Othman.

Dua pemimpin Umno itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Zainal Abidin Sakom.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia sebagai berkata, khutbah yang disampaikan Hasan itu berbaur politik.

"Beliau menuduh saya memberi khutbah berbaur politik, kononnya saya terlupa membaca selawat menyebabkan tidak sah fardhu Jumaat pada hari itu.

"Saya (juga) dituduh menderhakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana saya tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.

"Saya diberitahu, Datuk Zainal Abidin Sakom melalui berita nasional yang disiarkan oleh Klasik Nasional, telah memberi komen yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," laporan polis itu dipetik.
Dalam laporan itu juga, Dr Hasan mendakwa kenyataan mereka boleh mencetus ketegangan di kalangan masyarakat Islam.

Beliau mendakwa tuduhan itu juga boleh mencemarkan reputasinya sebagai exco hal ehwal Selangor dan pentadbiran baru negeri Selangor yang tegas melaksanakan peraturan surau dan masjid sebagai zon bebas politik.
Sementara itu, ketika bercakap kepada media sebelum membuat laporan polis tersebut, Dr Hasan berkata beliau tidak melanggar apa-apa enakmen mengenai pengembangan agama Islam di Selangor berkaitan khutbah yang disampaikannya itu.

Katanya, beliau sememangnya telah membaca selawat seperti dirukunkan untuk menyampaikan khutbah.

"Ada memang ada (baca selawat). Saya yakin 100 peratus," katanya ketika ditanya.

Tambahnya pegawai JAIS yang membuat pemantauan ke atas khutbahnya itu juga mengesahkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.

Jelasnya, beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

"Selepas berunding dengan peguam, saya rasa kita patut buat laporan polis untuk ambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Zainal Abidin Sakom," katanya.

"Pada masa sama, (laporan ke atas Utusan) sebab saya nampak Utusan Malaysia ada unsur putar belit kenyataan," katanya.

"JAIS sudah keluarkan kenyataan, saya nak sebutkan seperti yang dilaporkan Sinar Harian, bertajuk 'Khutbah Hasan Ali bersih dari politik',' katanya sambil menambah beliau berpengalaman 40 tahun membaca khutbah.

"Semenjak dua tahun pentadbiran (Selangor bawah Pakatan Rakyat), tiap-tiap minggu saya akan baca khutbah di seluruh Selangor, kecuali apabila saya berada di luar negara," katanya.

Menjawab soalan, beliau tidak menolak andaian bahawa dakwaan ke atasnya itu berkaitan dengan kempen pilihan raya yang berlangsung di Hulu Selangor.

"Ia berlaku pada peringkat akhir kempen tapi saya tidak boleh katakan ia berkait secara langsung dengan politik.

Malcolm X Killer Is Freed on Parole


The only man to admit shooting Malcolm X was freed Tuesday on parole, 45 years after he helped assassinate the civil rights leader, New York State officials said. 

The man, Thomas Hagan, the last person still serving time in the 1965 killing, was freed from a Manhattan prison where he spent two days a week under a work-release program, said Linda Foglia, a spokeswoman for the State Department of Correctional Services

Mr. Hagan, 69, has said he was one of three people who shot Malcolm X as he began a speech at the Audubon Ballroom in Harlem on Feb. 21, 1965. But Mr. Hagan has said the two men convicted with him were not involved. They maintained their innocence and were paroled in the 1980s. No one else has ever been charged.
The assassins killed Malcolm X out of anger at his split with the leadership of the Nation of Islam, the black Muslim movement for which he had once served as chief spokesman, said Mr. Hagan, who was then known as Talmadge X Hayer. 

He has repeatedly expressed regret for his role in the assassination, which he described in a 2008 court filing as the deed of a young man who “acted out of rage on impulse and loyalty” to religious leaders.

Monday, April 26, 2010

KETENTUAN ALLAH..!


“Kami mahu menjemput Imam untuk solat jenazah di Funeral Home!” kata pegawai polis tersebut.
Bingung.
Solat jenazah.
Di Funeral Home?

Saya kehairanan.
“Siapa yang meninggal dunia?” saya bertanya.
“Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun” jawab pegawai polis itu.
“Baiklah. Saya panggil beberapa orang lagi dan kita berangkat 10 minit lagi” saya bersetuju.
Tengah hari itu saya berjaya mengumpulkan kira-kira 7 orang  jemaah masjid. Kami bertolak ke Funeral Home itu dengan sebuah kereta limosin hitam yang disediakan oleh pihak gereja. Di sepanjang perjalanan, saya masih tidak jelas dengan majlis yang bakal kami hadiri.

Perjalanan ke Funeral Home yang terletak di pinggir Belfast Selatan itu tidak memakan masa yang panjang. Kelihatan di perkarangan bangunan, banyak kereta dan orang ramai yang berpakaian hitam.
Suasana diselubungi kesedihan.
Pegawai polis yang membawa kami, memperkenalkan saya kepada seorang wanita Irish. Beliau berusia dalam lingkungan akhir 20′an.
“Oh, inikah Imam tersebut?” tanya beliau.

“Ya. Perkenalkan, Mr. Hasrizal” kata pegawai polis itu kepada wanita tersebut.
“Oh, terima kasih Mr. Imam. Saya Jenny, ibu kepada Mary” beliau memperkenalkan diri kepada saya.
Saya perasan yang Jenny tidak menghulurkan tangan untuk bersalam. Bagus sekali.
“Maafkan saya. Saya menumpang sedih atas kematian anak puan. Bagaimana semua itu berlaku?” saya bertanya.

“Entahlah. Kami bangun pagi dan Mary sudah pun meninggal dunia di dalam tidurnya” kata Jenny.
Sungguh tragis. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang sihat, tiba-tiba ditemui meninggal dunia di dalam tidurnya. Saya segera teringatkan Saiful Islam yang masih kecil di rumah. Sesungguhnya setiap hari anak kita berjaya bangun daripada tidurnya dan bernafas, ia adalah anugerah Allah buatnya dan buat kita. Setiap hari adalah survival. Terasa benar betapa fragile seorang bayi. Betapa perlunya ibu dan bapa memberikan kepadanya sebaik-baik penjagaan.

“Perkenalkan ini Mustafa, suami saya!” kata Jenny.
Saya menghulurkan tangan beriringan dengan senyuman.
Mustafa berpaling ke arah lain. Enggan bersalaman dengan saya.
Saya agak terkejut. Terkejut dengan penampilannya yang rugged dan beranting-anting. Terkejut kerana namanya Mustafa, seorang Muslim dari Algeria. Terkejut kerana dia enggan bersalaman dengan saya. Terkejut kerana isterinya yang Jenny itu pula yang mengusahakan kedatangan saya dan rombongan masjid untuk menyembahyangkan jenazah anak mereka, Mary.
“Maaf saya, Imam. Dia kesedihan” kata Jenny.
“Tak mengapa. Saya juga kalau berada di tempatnya, pasti sedih dan sukar untuk berkelakuan biasa” saya menjawab.

“Saya seorang Katholik. Tetapi saya mahu Mary disembahyangkan sebagai seorang Muslim. Saya yang menghubungi pihak polis meminta mereka mencari masjid dan Imam” jelas Jenny lagi.
Perlahan-lahan saya dan jemaah masjid melangkah masuk ke dewan. Saudara-mara mereka sudah memenuhi dewan. Sesungguhnya ia merupakan suatu pengalaman baru yang sungguh menguji keyakinan diri saya. Tidak pernah saya membayangkan boleh berada di dalam suasana seperti ini, suatu hari nanti.
Saya berdiri di sisi keranda.

Seorang anak kecil tidak seperti sekujur mayat.
Wajahnya ada senyuman.
Rambut dipintal cantik.
Baju gaun putih sungguh berseri.

Saya hampir terlupa, anak kecil yang ‘tidur’ itu telah tidur yang tidak akan menjengah pagi. Pergi tak kembali.
Sebak dada menahan mata yang semakin berkaca.
“Tidurlah sayang. Allah mengasihimu” saya berbisik perlahan.
Keranda kecil itu kami betulkan posisinya agar bertepatan dengan Kiblat. Cuba mencari ruang yang bersih daripada patung Jesus dan gambar-gambar yang tidak kena untuk berada di hadapan kami yang mahu mengangkat Takbir.

Saya, Jamal, As’ad, Ahmad dan beberapa orang lagi jemaah Masjid yang hadir mengerjakan solat jenazah untuk melunaskan hak anak kecil itu ke atas kami. Semoga anak itu berehat di alam sana. Saya terkilan kerana ayahnya, Mustafa, enggan menyertai solat jenazah kami ke atas anaknya yang ‘malang’ itu. Beliau hanya duduk bersama keluarga isterinya yang Katholik itu, memerhatikan kami bersolat.
Selesai solat didirikan, saya dikehendaki memberikan sepatah dua kata.
Aduh!

Apa yang mahu saya ucapkan? Di hadapan orang Irish itu? Katholik? Suasana sedih?
Saban hari, ada sahaja tugas baru yang tidak pernah berada di dalam jangkaan saya. Setiap hari adalah cabaran. Kemahuan dakwah dan khidmat tidak cukup. Saya perlu ada keberanian untuk melakukan apa yang perlu.
Just do it!

“Silakan Imam!” kata pengerusi majlis.
Tersentak saya daripada lamunan.

“Encik Mustafa, Puan Jenny, ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir. Hari ini adalah hari yang sedih buat semua. Sedih buat Encik Mustafa dan Puan Jenny, sedih untuk kita semua dan sedih untuk saya, seorang bapa kepada seorang anak kecil. Ia sedih untuk kita semua. Tetapi kesedihan itu mungkin boleh dikurangkan dengan berfikir tentang sesuatu yang gembira…” saya memulakan bicara.

Cuba untuk empati, dan memilih perkataan yang betul dalam keadaan emosi semua orang yang begitu rapuh.
“Di sisi Islam, setiap bayi yang lahir, tanpa mengira siapa bapa dan siapa ibunya, apa warna kulit dan di bumi mana kelahirannya, setiap bayi lahir suci. Penuh potensi untuk kehidupan. Mary meninggalkan kita ketika beliau belum mencapai usia baligh. Beliau suci dan dengan kesucian itu, beliau kita berada di tempat yang terbaik di sisi Tuhan. Dan jika kita biasa membayangkan bahawa anak-anak akan mengebumikan ibu bapa yang mati sakit tua, hakikatnya di dalam hidup ini boleh sahaja berlaku, ibu dan bapa yang menghantar anak pergi. Semua itu adalah cara Tuhan memberitahu kita, bahawa kita semua adalah milik-Nya” saya menyudahkan ucapan.

http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2010/04/18_44.gif
“Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat)” [al-Kahf 18: 44]

Ucapan ringkas saya itu mendapat tepukan yang positif daripada sekalian mereka yang hadir.
Saya menarik nafas lega. Dan dalam kelegaan itu, ungkapan sebenarnya adalah ALHAMDULILLAH.
“Bagaimana dengan pengebumian? Apakah kita mahu biarkan sahaja anak itu dikebumikan di tanah perkuburan Kristian?” bisik salah seorang ahli rombongan masjid yang hadir.

“Apakah salib yang bakal dipacak di atas keranda budak itu akan mengubah nasibnya di kubur? Semua itu bukan keutamaan kita. Berpeluang mengerjakan solat jenazahnya pun sudah merupakan nikmat yang besar buat kita. Jika pengebumian di kubur bukan Islam itu satu isu, serahkanlah ia kepada Encik Mustafa, bapanya. Apa yang penting, amalan si mati. Dan untuk almarhumah Mary, tiada apa yang perlu kita khuatirkan. Pengebumian untuk dia, bukan untuk kita!” saya menjawab.

Lelaki itu berpuas hati.
Beliau beredar meninggalkan dewan Funeral Home itu bersama kami.
Di dalam perjalanan pulang, fikiran saya berkecamuk. Antara sedih dan lega. Sedih memikirkan keadaan Mary. Tetapi lega Allah ‘mengambilnya’ semula pada usia semuda itu. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Mary akan membesar dengan baik jika ibunya yang Kristian Katholik itu bersungguh dengan Islam, manakala bapanya yang Muslim itu pula, entah di mana Islamnya.

BEBERAPA HARI SELEPAS ITU
Pengalaman menyembahyangkan jenazah seorang anak kecil yang ibunya Kristian Katholik dan bapanya Muslim, adalah sesuatu yang tidak pernah berada di dalam bayangan saya semasa menerima perlantikan sebagai Imam di Belfast Islamic Centre. Saya tahu di Belfast memang ada sejumlah Muslim yang mengahwini Irish Kristian dengan peruntukan Syariah dalam perkahwinan Kitabiyyah. Apa yang sering merunsingkan saya adalah pada memikirkan nasib anak-anak daripada perkahwinan itu.

“Assalamualaikum, Imam” tiba-tiba Ahmad memanggil saya.
“Wa ‘alaikum al-Salaam. Silakan!” saya menjawab salam.
“Ada seorang pemuda bernama Jonathan. Beliau mahu bertemu dengan Imam” jelas Ahmad.
Saya mempersilakan Jonathan masuk ke pejabat. Wajahnya seperti pernah saya lihat tetapi tidak pasti di mana.
“Imam tidak ingat saya, barangkali. Saya hadir di majlis penghormatan terakhir ke atas baby Mary minggu lalu. Saya sepupunya” Jonathan memperkenalkan diri.
“Oh begitu. Maafkan saya. Bagaimana Jenny dan suaminya?” saya bertanya.
“Mereka berada di dalam keadaan yang baik. Terutamanya ibu saudara saya, Jenny. Dia memang seorang yang cekal” terang Jonathan.

“Apa hajat saudara datang ke masjid ini? Insya Allah saya cuba membantu” saya terus kepada urusan utama.
“Semasa kami mendapat tahu Mary meninggal dunia, semua orang marahkan Jenny. Beliau menangguh-nangguhkan Baptism ke atas Mary sehingga Mary mati. Kami semua bimbang dengan keadaan Mary yang tidak dibersihkan daripada original sin dan ini menyulitkannya nanti untuk berinteraksi dengan Divine Life. Tetapi ucapan Tuan Imam selepas sembahyang itu mengubah segalanya. Saya terkejut apabila tuan katakan bahawa, menurut Islam Mary mati dalam keadaan yang bersih!” cerita Jonathan.

“Benar. Bukankah itu juga yang sepatutnya?” saya menyoal lagi.
“Ya, kami semua mahu percaya bahawa Mary suci. Susah sekali mahu membayangkan seorang yang kecil, suci dan bersih seperti Mary, mati sebagai manusia berdosa. Tetapi Islam menepati perasaan sebenar kami” ujar Jonathan lagi.

Saya terkasima.
Ucapan ringkas dan spontan saya tempoh hari amat hambar dan terlalu biasa buat saya. Rupa-rupanya impak ucapan itu besar kepada yang mendengarnya.

“Saya mahu belajar tentang Islam” kata Jonathan.
Masya Allah… benarlah Islam itu fitrah.
Kematian Mary, adalah untuk ‘melahirkan semula’ Jonathan, seorang anak muda.
Jonathan, selamat datang ke agama fitrah!
Hebat sungguh perancangan-Mu!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Saturday, April 24, 2010

DIMANAKAH AKIDAH PEMIMPIN UMNO...?

Harakah: Sekumpulan pemimpin Orang Asli tengah hari tadi tampil mempersoalkan jentera Umno/BN melambakkan aktiviti hiburan pada setiap malam demi melalaikan Orang Asli terhadap realiti hidup masing-masing di tanah air.
“Dia (BN) guna hiburan dari pukul 8 malam hingga jam 11 malam, selepas itu dia (BN) bagi duit, layan Orang Asli sampai mabuk-mabuk, kami (sukarelawan) susah nak kawal,” ujar Uday Kadir, 45.

Beliau turut mempertikaikan penyalahgunaan aset kerajaan untuk kempen politik BN termasuk peranan tidak langsung Jabatan Hal Ehwal Khas Orang Asli (JHEOA) yang membenarkan kenderaan rasmi kerajaan digunakan oleh jentera Umno/BN sejak kelmarin.

“Orang BN guna jentera dan kenderaan JHEOA untuk kempen ke atas Orang Asli,” jelasnya di Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru.

Menurut beliau, JHEOA tidak perlu berpura-pura tidak tahu dengan pendedahan yang dibuatnya.

Ini kerana, beliau bersama sukarelawan Orang Asal dari Temerloh berkata, pasukan sukarelawan menyedari bahawa kenderaan yang dipakai oleh para jentera BN untuk masuk ke kampung-kampung Orang Asli adalah kenderaan rasmi JHEOA, milik kerajaan.
“Kami kenallah dengan pelekat BN (yang) dilekat atas logo JHEOA (pada kenderaan JHEOA),” ujarnya.
Berkongsi pengalaman dengan wartawan, beliau pernah melihat seorang wakil rakyat BN cuba membeli undi daripada Orang Asal dari Kampung Gerachi Jaya.

“Di Kampung Gerachi, ada YB dari Pekan datang, saya tak tahu siapa dia (tapi) dia minta semua Orang Asli sokong BN kalau nak duit banyak.”

Menurut Nurul Jazelin, 52, sukarelawati Orang Asal dari Rompin pula mempersoalkan kempen BN menggunakan duit ke atas juvana Orang Asal.
“Anak-anak Orang Asal di Hulu Selangor diajar dengan duit, bila kami turun berkempen, anak-anak Orang Asal berjumpa kami dan minta duit saja,” ujarnya.
Akibatnya, menurut beliau, mengakibatkan Orang Asal tidak lagi berpegangan hidup seperti sebelum berlangsungnya pilihan raya kali ini.
“JHEOA menggunakan kanak-kanak Orang Asal ini dengan mengajar mereka tentang duit-duit sahaja sehingga mereka tidak seperti dulu,” katanya.
Melihat penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan JHEOA di sini, Ramli Rugam, 28, pula dalam nada menyindir menganggap JHEOA seakan menjadi parti komponen baru dalam BN.
“Saya dapati di sini sudah ada parti baru, JHEOA di Serendah,” ujarnya.
Menurut beliau, dakwaan tersebut bukanlah dibuat atas pertimbangan politik.

Sebaliknya, beliau sendiri mempunyai pengalaman yang tersendiri melihat bagaimana seorang pegawai JHEOA berkempen mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Serendang, Ulu Mlaka, di sini.

“Seorang (pegawai) JHEOA bermain teka teki siapa Perdana Menteri Malaysia (dan) seorang anak Orang Asal beri jawapan betul, Najib jentera BN beri RM10,” beliau menambah.
Tuntas dari itu, beliau menganggap layanan JHEOA dan BN sendiri seolah-olah menghina maruah keturunannya tanah air.

Disebabkan kempen kesedaran yang dilakukan oleh para sukarelawan Orang Asli Pahang di Hulu Selangor, seorang Tok Batin Perat, 52, merupakan antara pemimpin Orang Asli tempatan yang tampil mempertahankan hak serta warisan Orang Asli di Hulu Selangor.
Dalam kenyataan media yang sama, beliau berkata, beliau sedia dipecat kerana mempertikai JHEOA.
“Raya rela dipecat oleh JHEOA sebagai Batin di sini (Hulu Selangor) kerana mahu pertahan tanah Orang Asal,” jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempertikai janji-janji manis segelintir pemimpin BN dalam menyelesaikan isu tanah asal mereka masing-masing.

“(BN) cakap tentang pembangunan padahal bohong belaka, buktikan pada Orang Asal di sini, rizabkan tanah-tanah Orang Asal.
“Saya lihat JHEOA dah jadi BN, nak tekan Orang Asal, tanah asal kerana Orang Asal mahu tinggalkan BN,” jelasnya.
Ekoran itu, beliau mencabar BN supaya menyediakan peluang yang lebih realistik kepada Orang Asal sekiranya jujur mahu membantu Orang Asal di Hulu Selangor.
“Kalau betul (BN) nak tolong Orang Asal, buat tanaman Felcra, bagi Orang Asal uruskan ladang. Jangan bagi rasuah, jangan bagi rosak Orang Asli,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas tentang komitmen calon Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan masalah malar segar Orang Asal di Hulu Selangor.

“Sesiapa pun memerintah, yang penting rizabkan tanah Orang Asal. Kalau Zaid Ibrahim yang berjuang rizabkan tanah Orang Asal, maka Orang Asal sokong mereka yang rizabkan,” katanya.

Sebelum pada itu, Koordinator Bilik Gerakan Khas Orang Asli, Elizabeth Wong mempertikai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kerana membenarkan pihak Polis membuka pondok jaga di kampung-kampung Orang Asli.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, insiatif Polis itu mengakibatkan Orang Asli tidak bebas mendengar kempen-kempen politik sepanjang musim pilihan raya kecil kali ini.

“Sekiranya SPR bermaruah, dia seharusnya keluarkan semua pondok polis dari kampung-kampung Orang Asli. Kalau pondok Polis diletakkan di kampung-kampung Orang Melayu atau Cina, tak ada masalah.
“Tetapi, kalau Polis diletakkan di tempat Orang Asli mereka akan takut,” jelasnya.

Tinjauan Harakahdaily mendapati, pilihan raya kali ini menyaksikan BN terpaksa berhadapan dengan pelbagai pertikaian termasuk oleh Orang Asli tempatan.

Monday, April 19, 2010

AUTA BN....

ZAID IBRAHIM...

Datuk Zaid Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (PKR), dilahirkan pada 1951 dan mendapat pendidikan undang-undang di ITM & di London. 

Walaupun Datuk Zaid seorang peguam dan ahli politik yang berjaya, beliau tidak pernah melupakan jati dirinya. Berdasarkan pengalamannya sebagai seorang anak kampung, beliau sememangnya memahami masalah kemiskinan, pendidikan, dan pekerjaan bagi penduduk luar bandar. Beliau senantiasa prihatin terhadap keperluan peneroka FELDA, isu hakmilik tanah, kemelut pengangguran, dan masalah harga barang yang naik mendadak. Datuk Zaid berjuang bertungkus-lumus demi masyarakat marhaen di dalam dan luar Parlimen.
Datuk Zaid dan isterinya Suliana Shamsud memiliki tiga orang cahaya mata. Pasangan ini merupakan dermawan yang aktif menyumbang kepada masyarakat. Pada tahun 1998, mereka menubuhkan Yayasan Kurang Upaya (YOKUK) untuk berkhidmat kepada warga emas yang kurang upaya dengan melibatkan mereka dalam kegiatan produktif seperti berkebun taman dan kesenian. Datuk Zaid juga giat terlibat dalam pemeliharaan dan penggalakan kesenian tradisional Melayu, khususnya di Kelantan.
Pendedahan politik awal Datuk Zaid mula semenjak usia remaja tatkala mula mengikut ayahnya mendengar ceramah-ceramah pemimpin politik era 1960an di Kota Bharu, terutamanya sekali para pemidato PAS yang hebat. Beliau menyertai Umno pada tahun 1986 dan dipilih menjadi calon ahli parlimen BN di Kota Bharu pada tahun 2004 dan menang.
Pada tahun 2008, Datuk Zaid memberikan pandangan jujurnya berhubung betapa perlunya BN mengalami pembaharuan dalaman dan beliau tidak terpilih untuk bertanding dalam pilihanraya umum tahun itu. Namun, beliau ditawarkan jawatan senator dan kedudukan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi mempromosikan reformasi badan kehakiman negara. 

Selang beberapa hari menduduki jawatan Menteri, disebalik suara penentangan dari Umno, Datuk Zaid melakukan tindakan-tindakan perdamaian dengan para hakim seperti Tun Salleh Abas yang dipecat secara tidak adil dalam krisis kehakiman tahun 1988. Beliau juga mendesak jemaah menteri untuk mengisytiharkan harta mereka. Suatu cadangan untuk membuktikan ketelusan yang ditolak Umno. 

Pada September 2008, kurang enam bulan menjawat jawatan Menteri, Datuk Zaid meletakkan kesemua jawatan yang disandangnya dalam kerajaan, sebagai tindakan mempertahankan prinsipnya membantah penahanan penulis blog Raja Petra Kamarudin, Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau menunjukkan iltizam serta istiqamahnya terhadap prinsip keadilan. Natijah daripada itu, pada Disember 2008 beliau dipecat dari Umno. 

Datuk Zaid mendaftar sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat pada bulan Jun 2009. Beliau yakin bahawa PKR merupakan pentas terbaik untuk mencapai keadilan untuk semua rakyat Malaysia dan reformasi sejati dalam kerajaan. Beliau kini mahu kembali ke Parlimen dengan amanah dari rakyat bagi meneruskan perjuangannya untuk menyuarakan hak-hak dan kebajikan semua warga Malaysia.

Monday, April 12, 2010

PRK HULU SELANGOR: DALAM HUTAN BELANTARA PUN ADA PENGUNDI...!

JKKK Hulu Selangor terkejut besar setelah melihat senarai pengundi dan daerah mengundi di Parlimen Hulu Selangor, didapati 2 buah kampung di daerah  mengundi tak wujud...! Malah kawasan berhampiran masih hutan belantara....! Bagaimana boleh wujudnya 200 pengundi ini....???

Kalau ya pun BN nak menang....bertandinglah secara 'gentlemen'...! Tak tau hukum hakam ke...? Kalau menang menipu boleh ke...??? Dalam hal ini mana letak kalimah ALLAH...??

Patut le ..orang kampung aku cukup marah dgn UMNO ni....!! Perjuangkan isu Allah tapi tak pernah solat malah beli nombor ekor...!

Nauzubillah...!!!

Thursday, April 8, 2010

Japanese scientists detect growth in galaxy cluster..


TAIPEI —
A team of Japanese scientists claims to have measured growth in a galaxy cluster, the universe’s largest structure bound by gravity, Taiwan’s government-run Academia Sinica said in a press release Wednesday. Galaxy clusters can consist of thousands of galaxies, but they also contain radioactive gases and ‘‘dark matter,’’ an unidentifiable theoretical entity that produces gravitational effects.
   
The scientists focused on a galaxy cluster named Abell 1689, which they said grew after being heated by matter from the adjacent ‘‘cosmic web,’’ a near-void between galaxies containing limited amounts of matter. Nobuhiro Okabe, a postdoctoral fellow at Academia Sinica’s Institute of Astronomy and Astrophysics, and Keiichi Umetsu, an associate research fellow at the institute, worked with Madoka Kawaharada, a postdoctoral researcher at the Institute of Physical and Chemical Research in Japan, and several other institutions on the project, the press release said.

Shahrizat ingat semua orang tua gila duit….

Aku tak faham kenapa Shahrizat nak ucap takziah pada warga tua di Pulau Pinang, inilah bila dah tak hormat pada orang, orang hidup diucapkan takziah.

Shahrizat ingat semua orang dalam dunia nie umno agaknya, yang makan duit dengan lauk pauk.  Kami tak kelapaq lah.  Ingatan dan kasih sayang tu yang penting, bagi sebab ada muslihat mana ada berkat – dunia hina – akhirat merana.

Kerajaan PR Pulau Pinang baru usia berapa tahun?  Itupun dah boleh bagi RM100.  Tapi Shahrizat lupa, BN perintah Pulau Pinang berapa lama?  Apa yang orang tua dapat?  Yang hari-hari keluar dalam rancangan Bersama Mu tu sapa? Semua orang sokong pakatan rakyat ke? 

Inilah dia bila seorang Menteri menilai harga diri dan maruah manusia dengan ringgit.  Guan Eng bagi bukan sebab kat Pulau Pinang ada pilihanraya, nak beli undi atau nak ajak orang datang dengar ceramah seks dari BN, tapi Guan Eng bagi sebab dia prihatin, kerajaan PR prihatin.

Oklah kalau RM100 tu sikit… berapa BN boleh bagi?  Pakcik dan makcik tu bukan kesah berapa RM depa dapat, tapi yang mereka kesah ialah mereka dihormati, diingati dan dikasihi…
Apalah Shahrizat, murah sangatlah takziah you.

Shahrul Peshawar

http://shahrulpeshawar.wordpress.com

MISTERI: ANWAR IBRAHIM....!!

Suhaimi Sidek yang bertugas di sebuah syarikat GLC di Temerloh pagi tadi datang untuk urusan guaman dan saya rujukkan beliau kepada Surina kerana saya sudah bersara dari menjalankan kerja-kerja guaman.
Setelah beliau bertemu dengan Surina, beliau masuk semula ke bilik saya dan beliau mengambil satu salinan data-data mengenai Felda yang telah saya kumpulkan.
 
Dia berminat dengan perjuangan PKR dan anggap UMNO sebagai parti yang tidak relevan. Dulu dia adalah AJK Pemuda disalah satu cawangan di Temerloh, dan saya akan kenalkan dia kepada Sdr Ahmad Nizam supaya dia dapat terlibat dengan PKR Temerloh. Dia akan bersara 2 tahun lagi.
 
Cerita sedih darinya mengenai anaknya yang mati dibunuh pada tahun 1997. Pada waktu itu anaknya itu telah memberitahu keluarganya bahawa didalam pandangannya, Dr Mahathir akan memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar akan dipecat dengan fitnah-fitnah jahat.
 
Dia memberitahu ayahnya, Suhaimi Sidek, bahawa antara Mahathir dan Anwar ada banyak perbezaan dan dia nyatakan bahawa Anwar akan bangkit semula dan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana Anwar adalah orang yang beriman.
 
Tidak lama selepas itu anak kepada Suhaimi Sidek mati dibunuh didalam usianya baru 15 tahun.
Hari ini Suhaimi menceritakan episod itu kepada saya, dan beliau menyatakan bahawa anaknya tidak pernah kenal dengan politik, jauh sekali mengenali Mahathir atau Anwar.
 
Suhaimi yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan beliau akan berjaya mengatasi apa jua fitnah terhadapnya.
 
http://lubokkawah.blogspot.com

Anwar Mimpi Ngeri Umno-BN

Oleh Datuk Halik Zaman
Kita sudah jangkakan kematian Altantuya, Teo Beng Hock dan Kugan yang akhirnya boleh di kategorikan sebagai macam mati katak. Tiada untung ruginya kepada kerajaan dan negara. 

Mereka mati pun tidak menguntungkan dan hidup pun tidak membongkar sesuatu kerugian. Kenapa mereka mati? Kerana terdapatnya sesetengah individu yang tidak suka mereka hidup lagi.

Pasal Anwar Ibrahim, berbagai 'torture' dan tekanan batin  yang beliau terima semasa hidupnya. Andainya Altantuya, Teo Beng Hock dan Kugan di hidupkan dari mati pun mereka tidak sanggup untuk hidup sekali lagi seandainya mereka tahu nasib mereka akan bersamaan seperti insan yang bernama Anwar Ibrahim. Sebab itu Anwar kalau mati jadi WIRA  semasa hidupnya beliau di pesona. Gigihnya semangat waja sebagai pejuang bangsa dan Negara. Matinya pun ditaburi bunga raya.

Tuduhan liwat yang Anwar hadapi bukanlah satu isu yang baru dan bukanlah suatu perkara yang pertama kali berlaku, sebaliknya ini ialah kali yang kedua selepas percubaan pertama agak  gagal dan mendukacitakan kerajaan Umno di bawah Mahathir. 
Lantas Anwar di aibkan, dihina, dituduh dengan berbagai tuduhan, dikeji, dicerca, ditangkap, dicederakan sehingga mata lebam hampir buta. Isteri dan anak-anaknya diaibkan dimata masyarakat. Kalau isteri dan anak-anaknya bukan seorang Islam, mereka sudah lama ambil jalan singkat. Bukan ditingkat 15 bangunan SPRM, tapi dibangunan KL Tower dan satu persolan akan timbul, "Ini salah siapa? Ini dosa siapa? Jawapannya ada dihati anda."

Ikut fikiran logik, kes liwat Anwar akan berakhir di mana? Bukan juga dipenjara Sungai Buloh. Semua rakyat tahu sebelum hakim-hakim Malaysia memberi keputusan "rumah sementaranya di Sungai Buloh". Sebab rakyat pun tahu fungsi fungsi hakim Malaysia seperti satu cerita purbawara 'correct, correct. correct'. Ia telah dijadikan jenaka oleh dunia. Dunia ketawa melihat kita.

Kes liwat Anwar, tidak akan berakhir di Penjara Sungai Buloh sahaja. Salah kalau ada para pemimpin Umno menganggap bila Anwar  dipenjara akan berakhirlah pengaruh Anwar dalam sejarah politik Malaysia. Banyak lagi cabaran demi cabaran yang hebat hebat akan para pemimpin Umno hadapi kerana rasa simpatinya rakyat Malaysia atas derita yang ditanggung oleh Anwar selama ini.

Kali ini bukan ikut senario 1998 tapi ikut senario 2010 di mana generasi muda kini sudah bisa berfikir dan sudah bisa mengundi. Generasi muda hari ini fikiran mereka tidak mudah dikongkong dan mereka bebas memberi keputusan sendiri dalam PRU-13 nanti.

Kerajaan Umno nak guna kuasa mahkamah pun rakyat sudah tahu? Fungsi mahkamah nak ikut cakap siapa?. Tidak elok mengheret mahkamah kemedan politik. Lebih baik gunakan kuasa sendiri kerana sendiri ada punya kuasa. Heret sahaja Anwar ke padang Dataran Merdeka ikut cara wayang'cowboy. 

Buat pesta ramai ramai. Jemput semua Ahliahli  Kabinet, Ketua Polis Negara dan kroni kroni semua. Tembak sahaja Anwar sampai mati. Tutup cerita.

Ikut  formula George Bush di Iraq. Gantung sahaja Saddam Hussein sampai mati. Iraq akan aman damai hingga hari ini. 

Itu negara Iraq dah amankan? Kerana Saddam Hussein sudah mati digantung negara Iraq pun aman damai hari ini walaupun AMAN tidak pernah wujud dalam kehidupan rakyat Iraq. Kalau formula  George Bush lah yang membawa perdamaian dinegara yang bergolak itu, kita fikir orang yang berfikiran begitu bukan sahaja 'senile' tapi gila diluar kawalan.