Monday, November 9, 2009

ARAB SAUDI... NEGARA ISLAM YANG TIDAK KOMITED..??


Dalam rekod UN sehingga 8 Nov 2009, Arab Saudi merupakan negara yang tidak komited dalam membantu dari segi dana misi kemanusiaan seluruh dunia.

SILA KLIK DISINI...!!

DON'T ALLOW CHILDREN TO USE A CELLPHONE EXCEPT FOR EMERGENCIES..!!










Sunday, November 8, 2009

The main causes of liver damage are:..


1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.
2. Not urinating in the morning.

3 . Too much eating.
4. Skipping breakfast.

5. Consuming too much medication.
6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.

7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is20very fit.

8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver. Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store...
We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to 'schedule.'

BRAIN DAMAGING HABITS ..!!


1. No Breakfast People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.
2 . Overeating=2 0 It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.

3 Smoking It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.
4. High Sugar consumption Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.

5. Air Pollution The brain is the largest oxygen consumer in our 20 body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.
6 . Sleep Deprivation Sleep allows our brain to rest.. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells..

7. Head covered while sleeping Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.
8. Working your brain during illness Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.

9. Lacking in stimulating thoughts Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage..
10. Talking Rarely Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain

Saturday, November 7, 2009

LAWYER YG JIWA ANWAR IBRAHIM...!!!


November 5, 2009

Peguam Terkenal Rosli Dahlan fail dua lagi tuntutan saman

By Darwis Said, Berita Harian Singapore

SELEPAS membuat tuntutan saman ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerajaan Malaysia dan akhbar Utusan Malaysia kerana memfitnah, menyerang dan menahannya secara salah, seorang peguam tersohor di Malaysia, Encik Rosli Dahlan, kini difahamkan mengajukan dua lagi tuntutan saman terhadap dua akhbar arus perdana di negara itu. Dalam pernyataan tuntutan keduanya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 21 Oktober lalu yang salinannya diperolehi akhbar Berita Harian, Encik Rosli, sebagai plaintif, mengemukakan tuntutan saman ke atas tiga defendan: The Star Publications (Malaysia) Bhd, syarikat pemilik dan penerbit akhbar The Star; ketua editor akhbar itu, Datuk Seri Wong Chun Wai; dan ketua wartawannya, Encik Lourdes Charles (kini bergelar Datuk).

Peguam itu juga difahamkan membuat tuntutan saman ketiga terhadap sebuah lagi akhbar bahasa Inggeris, SPRM (dulunya Badan Pencegah Rasuah, atau BPR), dan beberapa individu berhubung penyebaran laporan berunsur fitnah terhadapnya. Dalam saman pertamanya September lalu terhadap 17 defendan, termasuk pegawai SPRM, Jabatan Peguam Negara, Bank Negara dan akhbar Utusan Malaysia, Encik Rosli, 48 tahun, menuntut ganti rugi sejumlah RM50 juta ($20.4 juta). Dalam pernyataan tuntutan keduanya, beliau tidak menyatakan jumlah ganti rugi tetapi menuntut bayaran ganti rugi am, ganti rugi teruk/atau teladan, faedah, kos, permintaan maaf tanpa syarat dan perintah lanjut yang dianggap wajar oleh pihak mahkamah.

Difahamkan Encik Rosli berbuat demikian atas dasar prinsip dan menegakkan keluhuran undang-undang. Encik Rosli adalah rakan kongsi kanan firma guaman terkemuka di Kuala Lumpur, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, yang diasaskan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn, yang juga Menteri Dalam Negeri Malaysia. Encik Rosli mewakili bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesuruhjaya Polis Datuk Pahlawan Ramli Yusuff, pada 2007 dan juga menasihati Datuk Johari Baharom, yang menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia ketika itu. Ia melibatkan kes kontroversi mengenai kegiatan sindiket pinjaman wang haram atau ‘along’, yang disiasat pegawai kanan polis itu atas arahan Datuk Johari.

Encik Rosli juga terlibat dalam kes tuntutan sivil syarikat penerbangan milik negara, Malaysia Airlines (MAS), terhadap bekas Pengerusinya, Tan Sri Tajuddin Ramli, yang melibatkan kerugian melebihi RM8 bilion, yang turut disiasat oleh JSJK di bawah arahan Datuk Ramli ketika itu. Pada 2007, akhbar arus perdana Malaysia telah memetik sumber BPR sebagai berkata bahawa Datuk Ramli disiasat di bawah satu akta pencegahan rasuah negara itu kerana disyaki memiliki aset bernilai RM27 juta. Sebaliknya, pertuduhan ke atasnya ditukar menjadi penyalahgunaan kuasa, manakala aset yang dikatakan gagal diisytiharkannya itu melibatkan isu dua unit pejabat bernilai RM1 juta dan beberapa saham yang tidak mencapai jumlah RM27 juta seperti yang dilaporkan terdahulu.

Malah, Datuk Ramli telah pun dibebaskan daripada pertuduhan menyalahgunakan kuasa, iaitu menggunakan pesawat polis bagi kepentingan peribadi oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu kerana pihak pendakwaan ‘gagal membuktikan kes prima facie dan Tertuduh berhak dilepaskan’ kerana mendapati Datuk Ramli sebenarnya menjalankan tugas rasminya ketika itu. Dalam siri tindakan guamannya, Encik Rosli juga mendakwa bahawa beliau dianiaya kerana kes kontroversi yang dikendalikannya dan juga kerana membela Datuk Ramli. Berita Harian difahamkan bahawa Datuk Ramli juga telah membuat aduan yang sama dalam laporan polis yang dibuatnya terhadap pihak terbabit. Semasa proses pembelaan itu, BPR sebaliknya turut mendakwa, menahan dan mengaitkan Encik Rosli dengan dakwaan yang dibuat mereka terhadap Datuk Ramli.

Dalam tuntutan terbarunya terhadap The Star, Encik Rosli merujuk kepada dua artikel akhbar itu pada 12 dan 13hb Oktober 2007 yang bertajuk: ‘ACA Arrest Singapore Lawyer’ dan ‘Lawyer Charged With Hiding Information On His Assets’. Beliau menyifatkan dua laporan itu mengandungi fitnah apabila memberikan gambaran bahawa beliau adalah rakyat asing dan mendakwa akhbar itu gagal mengesahkan fakta laporannya termasuk hakikat bahawa beliau sebenarnya adalah rakyat Malaysia. Menurutnya, laporan itu menyebabkan kegelisahan dan keaiban kepada beliau dan keluarganya serta kehilangan klien guamannya. Encik Rosli kini difahamkan sedang menyiapkan tuntutan terbarunya terhadap SPRM dan sebuah lagi akhbar bahasa Inggeris arus perdana kerana mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya.

NASRUDIN TANTAWI VS AZIZ BARI...!!!


TUAN GURU HJ HADI NAK DIGULINGKAN...???

Oleh Nasrudin Hassan Tantawi
Kuala Lumpur, Nov 6 — Dr Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama Malaysiakini.
Semakin lantang dan celupar kenyataannya. Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab (tiada adab) menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok.
Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau. Biarpun pedas dan keras, namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya, Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok.

Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya. Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi, apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS.Sebagai tokoh akademi, beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan. Bukan sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh. PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik (dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS), tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai.

BERITA SETERUSNYA KLIK DISINI...!!

Friday, November 6, 2009

BELI BUKU SEBUAH...MEMENANGI HADIAH RM70 RIBU..!!!

Beli buku berharga RM25 dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM70,000!



Beli buku PTS banyak-banyak dan simpan resitnya untuk masuk peraduan ya! Satu resit bernilai RM25 boleh dikepilkan dengan satu borang peraduan yang rupanya begini:

PELIK..... SMS PERCUMA SELAMA-LAMANYA...!!


Dalam zaman kegawatan ini ada pulak perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) secara percuma...!!

Memang pelik...!! SEmua orang nak buat duit tapi kali ini diberi percuma...!! Elok dicuba dahulu..... mana tahu untung sabut timbul...!!!

Sila layari laman web ini..!!

TAHNIAH USTAZ AZIZAN...!!!


Zaman BN memerintah hasil hutan di Kedah antara RM7 juta hingga RM 8 juta. Setelah setahun Kerajaan PR memerintah yang diterajui PAS, pendapatan negeri bagi sumber yang sama mencecah RM28 juta hingga RM30 juta. Malah bagi tahun 2009 yang masih belum berakhir, angka itu meningkat menjadi RM35 juta. NAIK MENINGKAT 205 PERATUS....!!

DIALOG BAJET 2010 DI MPAJ....!!!



Pada 9 Nov 2009
di Auditorium MPAJ tingkat 5
jam 7.45 malam.




DATO SRI ANWAR IBRAHIM ( MP Permatang Pauh )

DATO SRI HJ HADI AWANG ( MP Marang )

DR TAN SENG GIAW ( MP Kepong )

Datang lah beramai ramai....!!!

Friday, October 30, 2009

TULANG BESI: SAYA TAK HERAN...!


Jadi, janganlah kita pula bukak mulut kita dan menyalahkan PKR atas apa yang berlaku pada PKR sekarang ini. ORang2 PAS harus melihat sejarah mereka dahulu yang penuh dengan pembelotan dan pengkhianatan oleh ahli dan pemimpin2 mereka satu masa dahulu.

Saya masih ingat lagi waktu saya bersekolah, saya dengar Mustafa Taib kuat mengatakan UMNO kafir, tapi pada tahun 1998 saya seperti tidak boleh percaya mendengar suara Mustafa Taib memberikan ceramah beliau dalam satu majlis UMNO di TTDI Jaya.

Oleh sebab itu, saya tak heran sikit pun bila Ezam masuk UMNO sekaligus menjilat semua ludah beliau. Ini kerana saya telah melihat orang yang pernah mengkafirkan UMNO menjilat balik UMNO. Apa nak heran Ezam Mat Nor?

Cerita lanjut..klik disini..

BADRUL - SAYA TIDAK BERKOMPROMI DGN ISU MORAL....???




Thursday, October 29, 2009

PRESS STATEMENT


OCT 29, 2009

PORT KLANG RESIDENTS WILL NOT BE NEGLECTED:

MENTERI BESAR SHAH ALAM: The State Government assures the welfare of the people in Port Klang will not be affected following assemblyman Badrul Hisham Abdullah’s decision to quit Parti KeAdilan Rakyat.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid said that a team will be formed to represent the state at the constituency to ensure that the residents are properly served.“Our concern is the people.

We had advised him to quit from his position as an assemblyman because he has become a burden to the people,” said Tan Sri Abdul Khalid. The Menteri Besar also reiterated that the state government cannot tolerate incompetent and irresponsible leaders as they will seriously undermine its efforts to improve the rakyat economic and social lives.
The State leaders at all level have exhausted all avenues to contact Badrul Hisham following complaints from residents that he has not been serving his constituents. A show cause letter was issued on dated August 20, 2009 and the assemblyman replied that he was willing to meet party leaders to improve his work. However he continued to be evasive in meeting state and party leaders, refused to answer calls or SMS and has not re-opened his service centre for the people in Port Klang.

PRESS SECRETARIAT
SELANGOR MENTERI BESAR’S OFFICE

KENYATAAN MEDIA


Tarikh: 29 Oktober 2009
Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.
Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden
Parti Keadilan Rakyat

PELIK TETAPI BENAR....???

DAN MUNGKIN BADRUL TAK KELUAR PKR...???

Hari ini blog timbul macam cendawan...!! Ada blog pro BN/UMNO, ada blog PR dan ada blog macam neutral tapi berseluar dalam UMNO....!!! Yang lebih dahsyat lagi mereka telah menulis seolah-olah mereka tahu segala-galanya dan mereka-reka di sana-sini.

Disini gambar kontroversi pimpinan PAS dengan blogger UMNO telah diceritakan sdr Mahaguru58 dengan jelas didalam blognya http://www.mahaguru58.blogspot.com/ Oleh itu jangan fitnah sembarangan...!!! Dan banyak lagi cerita yang menarik untuk perhatian kepada umat islam yang ingin aktif dalam politik.

Sila layari...!!