Wednesday, January 28, 2009

AHLI PARLIMEN BALIK PULAU, SDR YUSMADI: BAKAL OBAMA MALAYSIA 2020....?



Minggu lepas Astro Awani telah menjemput Ahli Parlimen Balik Pulau, sdr Yusmadi Yusuf bersama dengan ahli panel lain seperti Prof. Dr Syamsulamri dan Dr Abu Hassan dari Universiti Malaya membicarakan perlantikan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44.
Apa yang saya nak beritahu ialah 2 bulan sudah... saya sempat bertemu dengan Ahli Parlimen ni dan berkongsi bagaimana beliau menang dalam pilihanraya yang lalu sedangkan semua DUN semuanya tewas kepada BN.
Rupa-rupanya faktor besar kemenangan anak muda ini adalah pengalaman beliau semasa bekerja dengan 'Team Obama' 2 tahun dulu. Slogan terkenal Yusmadi ialah "Berbekal slogan,"Hanya dengan Keberanian, Keyakinan dan Ilmu, segalanya dapat diatasi," dan pesanan ibu kepadanya "kalau hendak berpolitik jangan menghina peribadi lawan," kata Yusmadi.
Dan jangan lupa layarilah Laman ahli parlimen ini.





Tuesday, January 27, 2009

ISLAM ATAU MELAYU....? HUJAH DR BADRUL AMIN DAN TUAN GURU NIK AZIZ....!

Konvensyen Penghayatan Islam yang dihadiri para NGO, Jemputan Individu, Pemimpin Politik dan cendekiawan tanahair di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah telah membawa para peserta kearah kesatuan pemikiran. Paling menarik pandangan dari Dr Badrul Amin....! Dibawah ini adalah pandangan beliau mengenai Melayu...!!!

Mungkin ada pakar2 (tamaddun) Melayu akan marah jika saya katakan bahawa yang dikatakan Tamaddun Melayu itu sebenarnya tidak pernah ujud. Secara ringkas saya ingin kongsi sedikit pandangan bahawa sebelum Islam, Melayu menganut tamaddun Hindu. Bila Islam datang, Tamaddun Melayu sudah campur aduk antara Islam dan Hindu. Macamanapun Islam lebih dominan.


Mana Tamaddun Melayu? Tidak ada. Melayu pernah menjadi bangsa yang kuat dan disegani kerana Islamnya bukan sangat kerana melayunya. Kerajaan Demak, Pasai, Melaka dll yang tercatat dalam sejarah sebagai kuasa besar itu ujud kerana Islam. Tamaddun Ilmu kita datang dari tamaddun Islam...


Mana tulisan Melayu? Tidak ada (Bugis dan Jawa ada tulisan). Jawi bukan tulisan Melayu tapi Arab. Rumi juga bukan tulisan Melayu. Bangsa besar yang bertamaddun ada tulisan sendiri. Cina, India dll ada tulisan mereka. Melayu? Tidak ada. Bagaimana ingin dikatakan bahawa Melayu ada tamaddun sedangkan tulisan pun tidak ada?

Mana nama orang Melayu? Mungkin ada... (Bunga, kuntum, buruk, bulat... dll...) Sebenarnya juga tidak ada. Yang ada hari ini adalah nama2 Arab (Islam) atau yang disadur (ubahsuai) dari nama2 Arab atau Islam.

Sedarkah kita bahawa bahasa Melayu itu tidak lengkap jika tidak dimasukkan kalimah2 arab? Terkadang, kita ungkapkan satu ayat lengkap yang panjang dengan menggunakan semua kalimah2 arab. Contohnya - "Majlis Mesyuarat Daerah membahaskan masalah2 masyarakat majmuk...". Mana perkataan Melayu? Ada... Hanya dua patah iaitu mem... dan ...kan dalam "membahaskan"...

Sudahlah... Berbanggalah dengan Islam... Ummat terbaik diutus pada manusia...

Salam. UB.


SOLAT DI MASJID DARUL QURAN, KUALA KUBU BARU SUNGGUH SYAHDU...!


Jumaat lepas...... saya sempat solat di Darul Quran, Kuala Kubu Baru. Jemaah masjid disini dipenuhi dengan pelajar-pelajar Darul Quran serta peserta-peserta PLKN dari kem berhampiran. Deruan angin yang bertiup kencang masuk ke dalam masjid dari arah tasik yang terbentang luas menambah bukti...... betapa besar kejadian Allah s.w.t.
Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t. ini...! Rasanya nak duduk lama lama dalam masjid...!








Friday, January 23, 2009

PASUKAN MALAYSIA TAK MAMPU KE PIALA DUNIA 2018....!



Dalam rancangan 'LIVE' bersama ALLY di TV3 pada Rabu lepas memberi petunjuk jelas bahawa pasukan bolasepak negara tak layak ke Piala Dunia 2018. Sdr Shebby dan Ally pun menyatakan begitu. Banyak faktor yang mereka berikan melainkan Pengurus Pasukan Bolasepak Selangor, Sdr Zakaria Rahim, (Zack) berbeza pendapat. Malah idea dan pandangan sdr Zack pasukan Malaysia mampu ke Piala Dunia, ramai yang memperlekehkan....!
Apabila sdr Zack memberi contoh kereta Proton yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai wawasan pasukan bolasepak untuk maju ke hadapan....ramai yang ketawa sinis...!
Cuba lihat komen dari blog Ally..!


ISU PALESTIN: SATU CATATAN UNTUK RENUNGAN...!

Antara yang menarik pada malam isu palestin di Bandar Tun Razak yang disampaikan oleh Tuan Hj Ishak tempoh hari ialah sejarah konflik Israel-Palestin. Saya sempat menghubungi Tuan Hj Ishak pada malam itu dan meminta beliau menulis kandungan ceramahnya didalam blog untuk rujukan dimasa akan datang.
Bagi saya generasi akan datang perlu membaca sejarah kerana hanya manusia dungu saja yang tak mau belajar sejarah....!!
Catatan dari Hj Ishak...

Persengketan Israel dan Palestin bukan isu baru. Seluruh dunia sudah tahu. Cuma mengapa sebuah negara sekecil Israel menjadi begitu angkuh dan begitu kuat. Itu juga orang sudah tahu jawapannya; kerana mereka disokong oleh kuasa yang paling kuat di dunia: Amerika Syarikat. Israel dan Amerika Syarikat tentunya sinonim. Malah lebih tepat lagi Israel dan Presiden Amerika sinonim. Tidak ada calon presiden Amerika Syarikat yang akan menang tanpa sokongan dan kuasa lobi orang Yahudi. Apa yang akan kita harapkan daripada Obama?


SILA KLIK UNTUK BERITA SELANJUTNYA.

Thursday, January 22, 2009

MENANGANI MASALAH PEMBERHENTIAN PEKERJA DI SELANGOR

KENYATAAN MEDIA

PENUBUHAN JAWATANKUASA TINDAKAN MENANGANI MASALAHPEMBERHENTIAN PEKERJA DI SELANGORSHAH ALAM – Sejak awal September tahun lepas Dato’ Menteri Besar Selangor telah memberi ingatan berkaitan impak yang akan berlaku akibat daripada kesan kemelesetan ekonomi dunia.
Seperti yang telah dijangka, kesan tersebut sudah pun mula dirasai dan ianya dijangka akan berterusan. Antara kesan-kesan yang kita lihat sekarang adalah tindakan pemberhentian pekerja.Ekoran daripada itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Menangani Masalah Pemberhentian Pekerja. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dan ahli jawatankuasa pula terdiri daripada semua ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor.
Selain itu, ahli lembaga Kesatuan Pengilang Malaysia (FMM), Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Pengarah Sumber Manusia dan Pengarah Kebajikan di Selangor sebagai ahli jawatankuasa, Manakala Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Pusat, Perlaburan Negeri Selangor (SSIC) akan bertindak sebagai sekretariat.
Kerajaan Negeri juga akan menjemput ahli-ahli tertentu dalam Majlis Perniagaan Selangor bagi menganggotai Jawatankuasa ini.Jawatankuasa ini akan membuat perjumpaan seminggu sekali bermula dari 30 Jan 2009 ini bagi membincangkan cara-cara mengatasi masalah pemberhentian pekerja di Selangor. Skop utama perbincangan termasuklah kajian terperinci situasi pemberhentian pekerja di Selangor, merangka langkah-langkah bantuan bagi setiap perkerja di Selangor serta mendapatkan penyelesaian, termasuk bantuan latihan, bantuan kewangan dan peluang-peluang perniagaan di Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor berharap dengan adanya jawatankuasa ini akan dapat sedikit sebanyak membantu setiap pekerja-pekerja di Selangor yang telah diberhentikan bagi mencari alternative baru dalam meneruskan kehidupan.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR



PEJABAT MB SELANGOR: KENYATAAN MEDIA



KENYATAAN MEDIA
21 JAN 2009
TIADA SALAHGUNA KUASA DALAM PEMBELIAN LEMBU KORBAN

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berpegah teguh kepada konsep ketelusan dan bertanggungjawaban secara menyeluruh dalam menjalankan pentadbiran negeri dan anak syarikat. Oleh itu Dato’ Menteri Besar peka kepada tuduhan yang dilempar oleh sesetengah pihak tentang pembelian 46 ekor lembu untuk program Hari Raya Haji diperingkat kawasan Parlimen Bandar Tun Razak untuk 46 buah surau dan masjid di kawasan tersebut.

Dato’ Menteri Besar ingin menegaskan bahawa dana kerajaan negeri Selangor tidak digunakan untuk pembelian lembu korban untuk Bandar Tun Razak. Sebaliknya lembu korban telah didermakan oleh enam anak syarikat dan syarikat bersekutu kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Adalah difahamkan bahawa syarikat-syarikat tersebut telah menaja peruntukan pembelian lembu korban bagi Bandar Tun Razak atas dasar Corporate Social Responsibility (CSR) atau Tanggungjawab Sosial Korporat tanpa arahan dari mana-mana pihak diperingkat kerajaan negeri. Malah, Dato’ Menteri Besar juga tidak tahu menahu syarikat mana yang terlibat. Perlu ditegaskan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan membuat apa-apa keputusan yang boleh menyebabkan kerugian kepada rakyat Selangor.

Dalam pada itu kerajaan negeri berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan yang adil dan tidak pengaruhi oleh sesetengah pihak yang mempunyai agenda politik yang tersembunyi. Dato’ Menteri Besar akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Wednesday, January 21, 2009

GEMPAR! - Manusia Zaman Ais ditemui di Perak...!


Saya baru menerima email dari sahabat saya. Terperanjat sungguh manusia Zaman Ais ditemui di Perak Darul Ridzuan. Memang menakjubkan...! Dan tak sangka orang zaman ais masih ada lagi di negeri Perak...!


Tuesday, January 20, 2009

ISU PALESTIN: SEMUA PARTI POLITIK BERSATU....!!!

Dunia masih belum kiamat lagi.....!!!! Dan bagaimana perbezaan politik boleh mendidik masyarakat menjadi baik atau sebaliknya. Sebagaimana Perhimpunan
Menentang Kezaliman Zionis di Bandar Tun Razak malam tadi sebagai contoh.
Malam tadi parti-parti politik, PAS, keADILan, UMNO dan NGO bersatu dalam satu wadah menentang kezaliman Zionis.
PAS diwakili Ketua Kawasan , Sdr Nordin dan AJK PAS Pusat, Ustaz Ghani Abd Rahman, keADILan diwakili Ketua Penerangan W. Persekutuan merangkap Setiausaha Bahagian Bandar Tun Razak, Tuan Hj Ishak Hamzah dan Pegawai Khas Tan Sri Khalid Ibrahim, Sdr Othman Karim, UMNO diwakili anak beranak, Ketua Pemuda Bahagian Bandar Tun Razak, sdr Rizalman Dato' Mokhtar dan Ketua Bahagian Bandar Tun Razak, Dato' Mokhtar Samad boleh duduk bersama dan berbincang bersama.
Pidato-pidato yang disampaikan mereka semua hebat-hebat belaka. Dan penduduk kelihatan berbangga keupayaan pemimpin mereka berada disatu pentas. Alangkah aman dunia ini sekiranya kita dapat melihat semua pemimpin yang berbeza pendapat ini boleh duduk satu meja berbincang masalah ummat....!



Bendera Israel dibakar oleh penduduk Bandar Tun Razak...!

Monday, January 19, 2009

MESYUARAT PPSMI: AHLI PARLIMEN BATU PAHAT TIDAK TAKUT HADIR...!...


Hebat sungguh Ahli Parlimen Batu Pahat ni.....berani dan tak takut hadir untuk mesyuarat jawatankuasa induk Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor malam esok. Walaupun beliau dari UMNO namun begitu kehadiran beliau adalah kapasiti individu.


"Kita perjuangkan bahasa (Melayu). Kalau takut, saya tidak hadir. Ini adalah demi perjuangan," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.


Tambahnya lagi, "Tidak ada masalah. Isu ini (PPSMI) tidak boleh dipolitikkan. Isunya bukankah siapa penganjurnya. Ini adalah soal bersama, dan perlu dibincangkan secara jujur."


KLIK UNTUK ..BERITA SELANJUTNYA.

KLIK SIAPA... DR PUAD ZARKARSHI...!


PRK KUALA TERENGGANU: Pemantau akan serah laporan pada SPRM...!


Semasa berada di Kuala Terengganu sempat singgah makan tengahari di sebuah warung berhampiran dengan QURATA RESORTS. Apa yang dikabarkan empunya gerai makan tu tak jauh apa yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar dibawah ini......!





Dan apa yang saya lihat....... kandungannya sungguh berat sekali.


Dan persoalan lagi......atas kapasiti perbelanjaan siapakah kehadiran pemimpin-pemimpin kerajaan dan maupun pembangkang berkempen di Kuala Terengganu itu?

1. SILA KLIK KENYATAAN AKHBAR DARI National Institute for Electoral Integrity (NIEI)
2. SILA KLIK...LAGI BERITA YANG BERKAITAN.

PRK KUALA TERENGGANU: SIAPA YANG BAWA BENCANA.....? RTM... ke.. Ezam....?


Siapa yang bawa bencana dalam PRK Kuala Terengganu...? Pak Lah..? Najib..? Wan Farid atau Ezam Alkotaki..?

Gambar ini saya ambil semasa saya berada di Stadium Negeri, Kuala Terengganu di waktu hari pengundian. RTM di bawah Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Chik telah menubuhkan Unit Bencana dibawah program pembaharuan 2009. Adakah Unit ini yang membawa bencana sebenarnya...????

PRK KUALA TERENGGANU: LUAHAN ISI HATI SEORANG PEMIMPIN UMNO...!


Berikut SMS yang saya terima dari seorang pemimpin UMNO yang saya kenali:

"Hati dan jiwa ini masih mahu berkata dan terus berkata akan nasib UMNO/ BN esok, lusa dan seterusnya. Berbagai faktor dan alasan yang diperkatakan tentang tewasnya calon UMNO/BN dalam PRK akan datang.

Biarlah calon yang bertanding ditentukan dari : "Suara Rakyat Majoriti" atau "Suara Rakyat Suara Keramat" seorang demi seorang pemimpin UMNO/BN ditolak oleh rakyat selepas PRU 12 bermula dengan Permatang Pauh dan kini Kuala Terengganu.
Bagaimana pula tuntutan rakyat apabila mereka mahukan calon Perdan Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri datangnya dari rakyat...? Kita makin berfikiran global/glokal yang merentasi batasan kaum dan agama. Mungkin ahli UMNO boleh menerima pemimpin yang rosak moralnya namun tidak kepada rakyat seorang Presiden UMNO bertanggungjawab kepada 3 juta ahlinya namun PM memimpin 28 juta rakyatnya.

Kesimpulan... disini letaklah calon-calon yang bertanding dalam PRK masa hadapan datangnya dari "RESTU RAKYAT" serta saya bertegas sekali lagi UMNO/BN jangan gunakan lagi Jentera Kerajaan bahkan menabur perbagai "UPAH TERKEJUT" kepada rakyat, bertarunglah.... atas konsep parti lawan parti agar UMNO/ BN dilihat Jujur, Gagah, Amanah, Keramat dan perkasa kepada rakyat. WASSALAM. WIP.

Thursday, January 15, 2009

APABILA ONN JUMPA LINDA ONN....!


Malam semalam bersama keluarga menjamu selera di M.A.P.S (My Asam Pedas Shop) sebelah Tesco Ampang. Alhamdullillah masakan asam pedas ikan pari dan ikan merah Linda Onn mengancam juga....!
Sambil itu mee bandungnya juga 'boleh tahan' cuma kalau tanpa 'fish ball' dan 'fishcake' lebih elok lagi. Dan agak kekok terpaksa makan dalam kuali kecil. Dan saya cadangkan guna mangkuk macam hidangan asam pedas sudah memadai.
Terdapat promosi waktu ini dengan harga RM14.00 dengan air sirap dan telor mata kerbau. Restoran ini sesuai dikunjungi setiap ahli keluarga dan suasana pun berbeza.
Tambahan pula tak bising macam restoran yang lain.
Sempat melihat 'kawan baru' Linda Onn yang kulitnya lebih cerah dari Fahrin.

APA KATA ZACK : EZAM....OH.....EZAM.......!

Email dari sdr Zack,

Ezam...Ezam.... Dulu kau bantai Mahathir, lepas tu kau bantai Pak Lah, lepas tu kau cari salah Khairy, lepas tu kau cari pasal dengan Anwar, sekarang kau cari masalah dengan Husam pulak! Ezam, pakar membantai individu. Itulah politik Ezam, tak ada ceramah yang konkrit daripada mamat ni.

Dia dah jadi pengganti Ibrahim Ali dalam UMNO sekarang. Tapi baguslah Anwar tak respons dan Husam jugak tak perlu respons. Dia serang peribadi, tak ada apa-apa yang boleh membangunkan negara dengan cara politik macam ni.

Dulu-dulu bolehlah...ini politik lapuklah...serang peribadi dah basi dah....harap sesiapa bolehlah nasihatkan dia...ceramah tu biarlah berisi sikit...dan kita pun tak payahlah lagi bila ceramah nak serang peribadi Najib lah..Pak Lah la...KJ lah...cerita pasal apa kita boleh buat bila menang nanti...itu baru kempen namanya...

Zack

Ezam Busukan Diri Sendiri : KLIK DISINI

KAWAN ARWAH DATO' RAZALI KATA NAJIB BERBOHONG...?



Dalam satu majlis jamuan dan perjumpaan bersama keluarga dan penyokong Arwah Razali Ismail di Taman Chendering Utama di Kuala Terengganu (14 Jan), Najib Razak mengatakan bahawa “di sini saya boleh bercakap secara terbuka bahawa seandainya Allahyarham tidak memasuki bidang politik, kerajaan kemungkinan besar akan melantik Allahyarham sebagai Ketua Pengarah Pelajaran kerana mengakui ketokohan beliau dalam bidang ini (pendidikan)” …... BOHONG...!!!

Kemungkinan untuk arwah dilantik sebagai KP Pelajaran adalah mustahil - dari segi adat dunia dan apa yang diamalkan oleh kerajaan sendiri. Dan Najib memang BERBOHONG semata-mata kerana terdesak untuk meraih undi di Kuala Terengganu. BN hanya sekadar menumpang keperibadian arwah Razali. Benar bagai dikata pepatah Melayu “Manusia mati meninggalkan
nama“
BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI 1
BERITA SELNAJUTNYA KLIK DISINI 2