Thursday, January 1, 2009

ZACK: TAHNIAH DAN SATU ANJAKAN PARADIGMA BOLASEPAK SELANGOR....!


Saya mengambil alih pengurusan bolasepak Selangor mulai 1 Jun lalu dan telah mengharungi pelbagai pahit maung terutama membawa kembali Selangor ke persada utama bolasepak Selangor yang ketika itu berada di tempat ke-4 dalam Liga Super Malaysia.
Setelah berhempas pulas, saya berjaya membawa Selangor :
1. Final Piala F.A
2. Final Piala Malaysia
3. Juara Piala Presiden
4. Juara Piala Sultan Selangor tewaskan Singapura
5. Juara Piala Bardhan tewaskan Kuala Lumpur
Itu pencapaian saya selama 6 bulan menguruskan pasukan Selangor. Sabtu ini, kami akan memulakan langkah untuk musim 2009 dengan menentang Kedah bagi Piala Sumbangsih di Alor Setar.
Insyallah, saya akan usahakan untuk mulakan membawa kembali seberapa banyak yang boleh piala-piala utama bolasepak negara ke pangkuan Selangor. Namun, sokongan dari semua teman-teman masih dan amat saya perlukan. Doakan kejayaan kami, Pasukan Bolasepak Selangor demi menaikkan nama Selangor dan Malaysia melalui sukan bolasepak, insyallah.
Ini antara tulisan dalam email yang dikirimkan kepada saya oleh Pengurus Bolasepak Selangor, sdr Zack Rahim. Saya sentiasa berdoa agar cita-cita Zack direstui oleh Alllah s.w.t. INSYAALLAH.

No comments: