Sunday, January 11, 2009

BUKU PAK NATSIR: BERDAKWAH DI JALUR POLITIK, BERPOLITIK DI JALUR DAKWAH...!


Buku Pak Natsir yang terbaru sudah ada dipasaran. Diterbitkan bersama oleh Wadah Percerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Harganya RM20.00. Buku ini sangat sesuai dibaca kepada semua penggerak Islam. Salah satu tajuk yang menarik ialah JATUH BANGUNNYA UMMAT ISLAM DALAM SEJARAH: UNTUK RENUNGAN PARA MUJAHIDIN.

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada sahabatnya; "Akan datang waktunya nanti bahawa nasib kamu ibarat makanan yang dihidang untukmu di meja makan, tetapi telah direbut oleh segala orang."


Mohammad Natsir melepas senyuman di jendela keretapi kembali ke Jogjakarta setelah pulih dari cengkaman Belanda.

3 comments:

Dr AINI BIN Hj. MURNI said...

Almarhum Pak Natsir, negarawan pendakwah rantau ini yang terkenal, patut dikenali oleh seluruh generasi muda islam. Buku beliau Fiqhud Dakwah patut dibaca. Saya ingin memiliki buku yang sdr ulas di sini, di manakah saya dapat membelinya..... ada konteks...

onn said...

Oleh kerana buku ini diterbit bersama oleh KUIS. Kemungkinan pihak berkenaan boleh membantu Dr.

Buku baru ini dilancarkan oleh DSAI dalam seminar itu dan saya sempat membelinya.

Insyaallah berita perkembangan seminar itu akan saya siarkan post akan datang.

Terima kasih.

abuthurayya said...

Buku tersebut boleh dibeli dari Sekretariat WADAH. Info lanjut sila layari website Wadah Pencerdasan Umat.