Thursday, January 22, 2009

MENANGANI MASALAH PEMBERHENTIAN PEKERJA DI SELANGOR

KENYATAAN MEDIA

PENUBUHAN JAWATANKUASA TINDAKAN MENANGANI MASALAHPEMBERHENTIAN PEKERJA DI SELANGORSHAH ALAM – Sejak awal September tahun lepas Dato’ Menteri Besar Selangor telah memberi ingatan berkaitan impak yang akan berlaku akibat daripada kesan kemelesetan ekonomi dunia.
Seperti yang telah dijangka, kesan tersebut sudah pun mula dirasai dan ianya dijangka akan berterusan. Antara kesan-kesan yang kita lihat sekarang adalah tindakan pemberhentian pekerja.Ekoran daripada itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Menangani Masalah Pemberhentian Pekerja. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dan ahli jawatankuasa pula terdiri daripada semua ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor.
Selain itu, ahli lembaga Kesatuan Pengilang Malaysia (FMM), Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Pengarah Sumber Manusia dan Pengarah Kebajikan di Selangor sebagai ahli jawatankuasa, Manakala Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Pusat, Perlaburan Negeri Selangor (SSIC) akan bertindak sebagai sekretariat.
Kerajaan Negeri juga akan menjemput ahli-ahli tertentu dalam Majlis Perniagaan Selangor bagi menganggotai Jawatankuasa ini.Jawatankuasa ini akan membuat perjumpaan seminggu sekali bermula dari 30 Jan 2009 ini bagi membincangkan cara-cara mengatasi masalah pemberhentian pekerja di Selangor. Skop utama perbincangan termasuklah kajian terperinci situasi pemberhentian pekerja di Selangor, merangka langkah-langkah bantuan bagi setiap perkerja di Selangor serta mendapatkan penyelesaian, termasuk bantuan latihan, bantuan kewangan dan peluang-peluang perniagaan di Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor berharap dengan adanya jawatankuasa ini akan dapat sedikit sebanyak membantu setiap pekerja-pekerja di Selangor yang telah diberhentikan bagi mencari alternative baru dalam meneruskan kehidupan.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR



No comments: