Thursday, January 22, 2009

PEJABAT MB SELANGOR: KENYATAAN MEDIA



KENYATAAN MEDIA
21 JAN 2009
TIADA SALAHGUNA KUASA DALAM PEMBELIAN LEMBU KORBAN

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berpegah teguh kepada konsep ketelusan dan bertanggungjawaban secara menyeluruh dalam menjalankan pentadbiran negeri dan anak syarikat. Oleh itu Dato’ Menteri Besar peka kepada tuduhan yang dilempar oleh sesetengah pihak tentang pembelian 46 ekor lembu untuk program Hari Raya Haji diperingkat kawasan Parlimen Bandar Tun Razak untuk 46 buah surau dan masjid di kawasan tersebut.

Dato’ Menteri Besar ingin menegaskan bahawa dana kerajaan negeri Selangor tidak digunakan untuk pembelian lembu korban untuk Bandar Tun Razak. Sebaliknya lembu korban telah didermakan oleh enam anak syarikat dan syarikat bersekutu kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Adalah difahamkan bahawa syarikat-syarikat tersebut telah menaja peruntukan pembelian lembu korban bagi Bandar Tun Razak atas dasar Corporate Social Responsibility (CSR) atau Tanggungjawab Sosial Korporat tanpa arahan dari mana-mana pihak diperingkat kerajaan negeri. Malah, Dato’ Menteri Besar juga tidak tahu menahu syarikat mana yang terlibat. Perlu ditegaskan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan membuat apa-apa keputusan yang boleh menyebabkan kerugian kepada rakyat Selangor.

Dalam pada itu kerajaan negeri berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan yang adil dan tidak pengaruhi oleh sesetengah pihak yang mempunyai agenda politik yang tersembunyi. Dato’ Menteri Besar akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

No comments: