Tuesday, January 6, 2009

P36, KUALA TRENGGANU: PILIH PEMIMPIN TULUS ATAU FULUSS....??







Penamaan calon sudah pun selesai. Yang belum selesai ialah untuk pergi mengundi sahaja.
Pertandingan 3 penjuru ini ditandingi bekas Menteri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari BN, Haji Mohd Abdul Wahid dari PAS dan sdr Azharuddin Mamat dari BEBAS.
Yang jelas semalam Timbalan Perdana Menteri sudah berjanji bahawa sekiranya Datuk Wan Farid menang, jawatan Timbalan Menteri sudah menunggu. Tapi pandangan saya sekiranya kalah pun jawatan Pengerusi GLC pun mungkin sudah ada...!

Walaubagaimanapun saya hairan kata-kata Wan Ahmad Farid ini: "Jadikan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai tempat kebangkitan semula BN yang dikatakan tiada lagi masa depan." petikan mstar.

Adakah BN sudah tiada masa depan...??? Oleh itu gunalah akal fikiran yang dianugerahkan Allah S.W.T. untuk memilih bakal pemimpin yang benar-benar memimpin atau erti kata lain memilih pemimpin yang tulus atau pemimpin fulus...!

No comments: