Thursday, January 1, 2009

ROSTAM AFFENDI: PENGUKIR KAYU KONTEMPORARI......!




Sdr Rostam Affendi adalah seorang pengukir kayu yang telah menyuntik nafas baru dalam hasil karya ukiran kayu tradisional.Erti kata lain dalam konteks dunia kontemporari ukiran kayu beliau telah berjaya menggabungkan ciri-ciri lama dan moden.

Kepada peminat seni ukiran kayu, sdr Rostam boleh dihubungi melalui laman http://www.qistinawoodcarving.com. Dan saya difahamkan pihak Kraftangan Malaysia sering memberi peluang sdr Rostam mengadakan pameran di setiap promosi kraftangan di seluruh negara.

Tempahan demi tempahan dari hasil ukiran kayu ini menjadikan satu anjakan paradigma sdr Rostam dari makan gaji kepada seorang usahawan yang berjaya seperti hari ini.

Bapa kepada 3 orang anak ini sebenarnya sahabat saya semasa belajar pada tahun 1981 di sebuah IPTA di Kuantan, Pahang. Seorang yang pemurah dan banyak membantu rakan-rakan dalam kesusahan. Syabas sdr Rostam dan juga isterinya, Rozinah seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma.

No comments: