Thursday, April 8, 2010

MISTERI: ANWAR IBRAHIM....!!

Suhaimi Sidek yang bertugas di sebuah syarikat GLC di Temerloh pagi tadi datang untuk urusan guaman dan saya rujukkan beliau kepada Surina kerana saya sudah bersara dari menjalankan kerja-kerja guaman.
Setelah beliau bertemu dengan Surina, beliau masuk semula ke bilik saya dan beliau mengambil satu salinan data-data mengenai Felda yang telah saya kumpulkan.
 
Dia berminat dengan perjuangan PKR dan anggap UMNO sebagai parti yang tidak relevan. Dulu dia adalah AJK Pemuda disalah satu cawangan di Temerloh, dan saya akan kenalkan dia kepada Sdr Ahmad Nizam supaya dia dapat terlibat dengan PKR Temerloh. Dia akan bersara 2 tahun lagi.
 
Cerita sedih darinya mengenai anaknya yang mati dibunuh pada tahun 1997. Pada waktu itu anaknya itu telah memberitahu keluarganya bahawa didalam pandangannya, Dr Mahathir akan memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar akan dipecat dengan fitnah-fitnah jahat.
 
Dia memberitahu ayahnya, Suhaimi Sidek, bahawa antara Mahathir dan Anwar ada banyak perbezaan dan dia nyatakan bahawa Anwar akan bangkit semula dan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana Anwar adalah orang yang beriman.
 
Tidak lama selepas itu anak kepada Suhaimi Sidek mati dibunuh didalam usianya baru 15 tahun.
Hari ini Suhaimi menceritakan episod itu kepada saya, dan beliau menyatakan bahawa anaknya tidak pernah kenal dengan politik, jauh sekali mengenali Mahathir atau Anwar.
 
Suhaimi yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan beliau akan berjaya mengatasi apa jua fitnah terhadapnya.
 
http://lubokkawah.blogspot.com

No comments: