KUANTAN, 26 April [5.30 pm] - Susulan tersebarnya dua laporan perubatan bahawa Saiful Bukhari tidak mempunyai tanda-tanda diliwat, maka blogger
Cucumatkilau (foto) yang sering dikaitkan dengan Saiful baru-baru ini mencabar Saiful supaya membuat laporan polis dan seterusnya menyaman pihak terbabit. Dua laporan berkenaan telah dikeluarkan oleh
Hospital Pusrawi dan juga
Hospital Kuala Lumpur, dimana empat doktor yang mengatakan mereka merawat serta memeriksa Saiful mendapati tidak ada bukti klinikal anak muda itu diliwat oleh sesiapa.
No comments:
Post a Comment