Friday, May 22, 2009

NOBISHA: SAYA TERIMA BANYAK KOMEN...PASAI AHMAD MASLAN..INI...!!!


Bukan saja sdr Nobisha saja yang terima komen-komen tak puas hati pasai Ketua Penerangan UMNO ini. Saya pun terima komen-komen yang sama dari kekawan baik si mamat ini. Kalau nak cerita kat blog ini berkajang-kajang. Yang jelas Ahmad Maslan antara Timb. Menteri yang paling kuat bodek si Najib ini.

Dibawah ini saya pamer sebahagian daripada tulisan NOBISHA apa yang ditulis dalam Blognya.

Peristiwa kedua ialah semalam saya menjadi tetamu "Analisis Awani" bersama Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan. Saya menerima banyak komen mengenai rancangan tersebut. Rata-rata mengharapkan Ahmad Maslan untuk berhenti retorik. Tidak kurang dari 10 orang yang memberikan maklumbalas sedemikian kepada saya.Mereka ingin melihat sesuatu yang lebih padu. Mungkin elok kalau Ahmad Maslan mula menentukan prioriti Penerangan UMNO dan melangkah dengan kempen yang lebih terarah.

Dalam "Analisis Awani" petang semalam, saya bertanya Ahmad Maslan mengenai tema atau mesej utama kempen UMNO untuk menang pilihanraya akan datang. Jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati saya. Saya mengharapkan jawapan yang lebih dari "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Prestasi Diutamakan."Saya juga melihat Ahmad Maslan masih bergantung kepada jentera kerajaan untuk membantu menyampaikan mesej parti kepada rakyat. Ahmad Maslan berkata, "Kerajaan apa? Kerajaan Barisan Nasional" bagi menjustifikasi penggunaan jentera kerajaan tersebut. Maaf cakap, saya tak fikir anak muda Generasi X dan Generasi Y boleh menerima justifikasi tersebut.



DARI BLOG ANAK MUDA.....!!!!

AHMAD MASLAN: HAKIM KES PERAK "WAYAR PUTUS"

“Tuan-tuan, hakim yang mengendalikan kes Perak ni putus wayarnya!” Ujar Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan semasa menyampaikan ucapan kepada lebih 800 Ahli UMNO di dewan Sri Jugra Kuala Langat pada malam 20 mei yang lepas.


No comments: