Che'gu Bard: Cabaran buat GERAK.....sila istiharkan 'harta'...!!!!
Semua tahu Ezam memasuki Umno melalui Khairy dan Abdullah. Umum dalam Umno tahu juga Norza, seorang anak muda yang amat dipercayai Abdullah sehinggakan dia dilantik sebagai MKT termuda Umno oleh Abdullah. Adakah Gerak juga dipakejkan sekali dalam 'borang' pemohonan ahli Umno Ezam dan kawan-kawannya ?
Kemudian beberapa bulan yang lalu ketika kem Abdullah menjadi sasaran. Dato Norza dan orang-orangnya telah disiasat. Maka seperti yang Najib pernah umumkan bahawa polisi Umno ialah sesiapa saja didakwa akan hilang hak bertanding. Maka pendakwaan pada ketika itu kelihatan dekat dengan Norza. Maka jika Norza tidak boleh mempertahankan jawatannya selaku MKT Umno maka tidak ada gunanya dia terus menyalurkan wang untuk menjinakkan Gerak maka lebih malang lagi kemungkinan INSKA juga akan ditutup.
Dengan ini Gerak yang sibuk menyiasat korupsi terpilih dicabar untuk mendedahkan akaun syarikat dan menjelaskan berapa kos operasi ? Bagaimana kos operasi Gerak ditanggung dan siapa yang menanggungnya ? Selaku NGO yang 'kononya' mementingkan integriti dan ketelusan. Maka GERAK bukan sahaja perlu telus tetapi perlu dilihat telus.
Sejak kebelakangan ini sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang pernah saya terlibat mengasaskanya sedikit masa dahulu begitu hebat muncul sebagai hero membenteras rasuah terpilih. Malangnya GERAK yang kemunculanya awalnya digeruni dan dikagumi dengan menyerang kes serta melakukan pembongkaran - pembongkaran besar tetapi kini mula melakukan kerja menyerang kes - kes terpilih.
Ini semua berkait rapat dengan penyumbang 'kewangan' kepada GERAK untuk bergerak.
GERAK di asaskan dengan nama Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi kemudian telah menukar nama kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi dengan mengekalkan singkatan GERAK. GERAK bukan sebuah pertubuhan yang berdaftar dibawah akta pertubuhan tetapi sebaliknya berdaftar dibawah akta Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama Gerak Agenda Sdn. Bhd. Pada satu ketika GERAK yang didaftarkan sebagai syarikat ini hanya punya lembaga pengarah yang terdiri dari Ezam dan ahli keluarganya sahaja.
GERAK ditubuhkan dengan dana Ezam sendiri dan sumbangan orang ramai. Pada ketika itu hanya saya seorang kakitangan tetap GERAK. Di awal usia GERAK banyak aktiviti dianjurkan dari ceramah, diskusi hinggalah penyebaran risalah dan pembongkaran rasuah dilakukan. Selepas Ezam mengisytiharkan masuk Umno GERAK diserahkan kepada seorang kakitangan Dato Norza Zakaria, Mohd Nazree Mohd Yunus yang dilantik mengepalai Gerak merupakan ko ordinator dalam Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA) yang dibiayai oleh Norza.
Semua tahu Ezam memasuki Umno melalui Khairy dan Abdullah. Umum dalam Umno tahu juga Norza, seorang anak muda yang amat dipercayai Abdullah sehinggakan dia dilantik sebagai MKT termuda Umno oleh Abdullah. Adakah Gerak juga dipakejkan sekali dalam 'borang' pemohonan ahli Umno Ezam dan kawan-kawannya ?
Pada ketika itu juga Gerak punya Pejabat tetap di Kelana Jaya, seorang kerani dan Nazri pula selaku Pengarah berbayar. GERAK selaku NGO tidak mendapat geran bantuan dari mana - mana badan dalam dan luar negara secara rasmi. Adakah Dato Norza terlibat dalam 'menyara' Gerak untuk terus bergerak dalam jinak ?
Kemudian beberapa bulan yang lalu ketika kem Abdullah menjadi sasaran. Dato Norza dan orang-orangnya telah disiasat. Maka seperti yang Najib pernah umumkan bahawa polisi Umno ialah sesiapa saja didakwa akan hilang hak bertanding. Maka pendakwaan pada ketika itu kelihatan dekat dengan Norza. Maka jika Norza tidak boleh mempertahankan jawatannya selaku MKT Umno maka tidak ada gunanya dia terus menyalurkan wang untuk menjinakkan Gerak maka lebih malang lagi kemungkinan INSKA juga akan ditutup.
Maka pada ketika itu Gerak harus bergerak segera mencari penanggung kewangan baru untuk menanggung gaji kakitangan termasuk Pengarahnya, sewa pejabat, bil air/api/astro/telefon/internet, sewa mesin photostat dan banyak lagi. Maka sudah tentu satu tuan baru perlu dicari.
Ada yang mengatakan Gerak telah menemui Santa Clause, bekas pemimpin Kerajaan Negeri Selangor. Oleh kerana itu Gerak kini tidak bergerak keluar seperti disaat kemunculannya sebaliknya sibuk menjaga lembu di Selangor.
Dengan ini Gerak yang sibuk menyiasat korupsi terpilih dicabar untuk mendedahkan akaun syarikat dan menjelaskan berapa kos operasi ? Bagaimana kos operasi Gerak ditanggung dan siapa yang menanggungnya ? Selaku NGO yang 'kononya' mementingkan integriti dan ketelusan. Maka GERAK bukan sahaja perlu telus tetapi perlu dilihat telus.
Posting ini ditulis dalam keadaan amat serba salah kerana kasih pada Gerak yang sama saya dibidankan kelahiranya masih ada. Namun bukan saya saja tetapi kebelakangan ini terlalu ramai ahli aktivis Gerak yang pernah memohon memasuki Gerak merasakan kecewa dengan Gerak yang lemah malah laman sesawang yang pernah saya bina dengan menyimpan bukan sedikit fakta serta salinan bukti rasuah juga sudah terpadam mati. Tiada lagi aktiviti diskusi, forum terbuka dan penyebaran risalah meningkatkan kesedaran rakyat. Sebaliknya Gerak hanya muncul sebagai pertubuhan kenyataan media yang aktif.
No comments:
Post a Comment