Asalnya tajuk artikel ini “Orang Melayu bodoh politik” bukan OKU atau orang kurang upaya. Tetapi perkataan bodoh ini agak kasar dan bersifat kurang ajar walaupun sebenarnya memang bodoh lah gambaran tepat sikap pemimpin Melayu sekarang..Apa tak bodoh, semua parti politik yang di pimpin Melayu, baik UMNO, maupun PKR dan PAS berebut-rebut nak dapat sokongan kaum-kaum bukan Melayu. Kaum imigran yang dibawa penjajah Inggeris sebagai “kuli” sekarang dilayan seperti “raja” atau “king”. Puak-puak ini pulak berlagak sebagai yang paling berkuasa menentukan siapa yang layak jadi pemerintah di negeri tanah tumpah darah bangsa Melayu.
(gambar: Tun Razak - ketika sokongan kaum bukan Melayu merosot, Tun Razak memperkuatkan politik dan ekonomi Melayu dengan dasar DEB, bukan menyerahkan hak politik dan ekonomi Melayu kepada kaum lain)Memang sifatnya orang Melayu tidak suka menuntut, jauh sekali merampas hak orang lain. Dagang lalu di tanak nasi. Sifat menghormati tamu atau orang luar telah menjadi norma hidup orang Melayu sejak dulu hingga sekarang.Dulu, Penjajah Inggeris nak jaga politik orang Melayu, mudah saja. Jaga pembesar Melayu, dan tidak mencampuri adat istiadat orang Melayu dan agama Islam. Inggeris sudah tahu kelemahan kekuatan orang Melayu.
Tetapi dengan kehadiran kaum pendatang terutama kaum Cina, Inggeris menghadapi berbagai masalah politik. Mereka tuntut macam-macam dari Inggeris.Bila tak dapat mereka buat kongsi gelap. Mereka ujudkan kekacauan. Maka Inggeris tunduk dengan tuntutan mereka dengan beri jawatan Kapitan Cina, beri tanah, kawasan lombong dan sebagainya. Mereka juga tuntut macam-macam daripada pembesar dan raja-raja Melayu. Dapat tanah, komisen pungut cukai dan sebagainya.
Bagaimana dengan ekonomi bangsa Melayu? Sejak dulu mengharapkan sumber alam yang diberikan Allah SWT. Menjadi nelayan dan menanam padi. Dimana tanah yang menjadi tapak rumah mereka, tanah itulah, yang bersempadankan pokok mempelam, pokok kelapa, pokok pandan yang menjadi milik mereka. Tidak lebih daripada itu. Dalam otak orang Melayu seluruh kampong termasuk kawasan tanah kuburan, sebagai milik mereka.
Sebab itu mereka tak risau apa-apa. Sampai masa musim angin bertiup, mereka main wau dan layang-layang, musim tengkujuh, mereka pesta air. Orang Melayu suka bersantai dan bergembira. Tidak perlu kejar harta dan kekayaan.Politik Melayu begitu simple, hanya patuh kepada raja dan sultan atau pembesar mereka. Yang baik pada ketua baiklah pada mereka. Sampai sekarang beginilah keadaan kebanyakan orang Melayu. Mereka serah nasib kepada pemimpin termasuk raja-raja Melayu yang kononnya melindungi hak-hak istimewa orang Melayu.
Barangkali mengambil masa berpuluh-puluh tahun lagi untuk bangsa Melayu mencapai taraf kemajuan yang telah dikecapi golongan pendatang yang rakus, tamak dan ingin membolot segala hak orang Melayu.Itupun jika, ayatnya JIKA, bangsa Melayu masih lagi mempunyai kuasa politik! Dua pulau dah ditawan, Pulau Singapura dan Pulau Pinang oleh kaum yang asalnya menjadi “kuli” Inggeris, tetapi pemimpin Melayu masih dengan “kebodohan” mereka.Hari ini pemimpin Melayu yang berkuasa dan pemimpin Melayu yang ingin berkuasa kata, jangan lah nampak sangat kita terlalu membantu bangsa Melayu sahaja. Walhal tiada apa pun yang nampak kelebihan kepada orang Melayu, sungguhpun telah ada polisi kerajaan membantu mereka.
Maka mereka berebut-rebutlah pemimpin Melayu menarik hati kaum lain. Pemimpin UMNO sudah tahu MCA dan GERAKAN tiada sokongan tapi apa juga tuntutan dan desakan mereka dilayan dan semua lulus. Orang India pula telah mula tunjuk taring kerana sudah tahu Melayu rupanya lemah dari segi politik. Pemimpin PKR dan PAS pulak menjanji lebih banyak lagi dari UMNO supaya mereka juga boleh berkuasa.
Tidakkah mereka tahu semua penyokong DAP, MCA dan GERAKAN itu walaupun tidak tidur sebantal tetapi mereka mempunyai mimpi yang sama? Sampainya ketikanya mereka semua akan bersatu setelah berjaya menjadikan pemimpin Melayu kuda tunggangan mereka menuju matlamat bersama. fikir-fikirkanlah.
SUMBER: http://muslioli.blogspot.com/
2 comments:
Penduduk asal Negara ini adalah golongan pelbagai suku kaum Negrito, dan kemudian didatangi oleh puak-puak dari Yunan 400,000 tahun dahulu.
Mereka ni tinggal ditepi-tepi pantai dan muara sungai.
Akhirnya mereka terhalau kedalam hutan.
Mereka dikenali sebai Kensiu,Kintak, Jahai, Lanoh, Mendriq dan Batek dari suku kaum Negrito.
Dan mereka juga dikenali dengan Semai, Temiar, Jah Hut, Chewong, Mah Meri, Semaq Beri dan Temoq dari suku kaum Senoi dan proto Malay terbahagi kepada Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar.
Mereka ini ketinggalan dari serba-serbi.
Merekalah the son of the soil sebenar.
Melayu yang terdiri daripada suku Banjar, suku Acheh, suku Batak-Mendaling, suku Boyan, suku Bugis, suku Cham, suku Jawa, suku Minangkabau, suku Rawa, suku Yunan, suku Jambi, dan suku Rawa dan suku Riau adalah pendatang ke Bumi ini dan mereka turut menghalau the Son of the Soil jauh ke hutan.
China dan India adalah juga pendatang.
So, apa sibuk-sibuk siapa pendatang atau siapa bukan pendatang, yang penting sekarang semua kaum khususnya yang terpinggir oleh kerakusan BN ni kena bersatu.
Tegakkan Negara baru diatas perpaduan kaum yang berprinsip.
Ini adalah Negara kita bersama, kita ada tanggungan, kita ada tanggungjawab, kita ada Harapn Untuk Masa Depan.
Tolaklah semangat perkauman. Orang yang berjuang untuk perkauman sempit ni biasanya manusia oporcunis yang mengaut kekayaan Negara untuk diri mereka sendiri dan sesama mereka diperingkat atasan itu mereka berpakat dan merekalah yang memperalatkan kaum masing-masing.
Salam. Saya setuju sangat kenyataan sdr. Semua orang Melayu kena berfikir dengan matang. Agenda penyatuan ummah sudah menjadi "wajib" bagi umat Melayu-Islam kini. Melayu-Islam mesti tolong Melayu-Islam, sebagaimana Cina dan India dahulukan bangsa mereka. Politik cuma alat dan bukan matlamat seperti sekarang. Fikir-fikirkanlah, sambil berzikir!
BAM AL-HAJ
Post a Comment