DR BADRUL AMIN: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA....!!!!
Tiada Paksaan Dalam Agama.
Kes: Sepasang suami isteri yang telah berkahwin menurut upacara bukan Islam dan dikurniakan anak. Suami kemudian memilih untuk masuk Islam. Adakah anak itu akan ikut ayahnya jadi Islam atau kekal dengan ibu?
Pertama, konsep yang diamalkan dalam Islam ialah ayat Quran dalam surah al-Baqarah 2:256 bermaksud "Tiada paksaan dalam agama". Maka tidak ada sesiapa boleh memaksa anak itu untuk masuk Islam walaupun ayahnya sendiri.
Pertikaian antara suami isteri dalam soal anak sewajarnya diselesaikan secara perbincangan dan muafakat dalam ruh kekeluargaan atau menurut kaedah agama asal yang telah mengikat mereka atau paling tidak menurut mahkamah sivil yang sebelum ini menjadi rujukan dan sandaran mereka. Mahkamah Syari`ah hanya berperanan menyelesaikan kes suami isteri(keluarga) yang Islam.
Perlu diingat, kisah perebutan anak antara suami isteri berlaku dimana-mana dan di setiap masa dengan 1001 sebab. Jika ada orang menuduh yang "masuk Islam" itu sebagai punca pergaduhan serta perebutan anak, jelas tuduhan itu salah dan tidak berasas kerana krisis dalam keluarga itu telah pun lama berlaku danhanya menanti saat keruntuhan (perceraian)... Dalam ertikata lain, jika seseorang masuk Islam kerana ingin mencari penyelesaian konflik keluarganya, maka jelas bahawa proses "masuk Islam" itu tidak ada kena mengena dengan masalah keluarga yang berlaku.
Jika ada orang berpendapat, dengan masuk Islam maka dia akan mendapat hak penjagaan anak, itu juga salah kerana tiada paksaan dalam Islam.
Ketahuilah bahawa seseorang itu masuk Islam adalah kerana kerelaannya untuk mencari kebenaran, kedamaian serta keselamatan yang diyakininya. Masuk Islam tidak memutuskan hubungan apalagi kasih sayang ayah-anak walaupun dia sudah tidak boleh bersama dengan isteri atau ibu anak itu.
Apa yang perlu ialah penghayatan Islam sebagai sebuah agama fitrah yang indah. Dengan mempamerkan akhlaq Islam yang baik, suami yang sudah Islam itu (dengan izin Allah) akan dapat menawan hati anaknya (setelah dewasa kelak) malah tidak mustahil juga isterinya untuk bersama dalam Islam.
Islam itu agama fitrah... Ianya mudah diterima oleh siapapun kerana tiap manusia lahir kedunia dengan fitrah... Yang penting Islam itu perlu difahami dengan tepat tanpa rasa prejudis dansyak wasangka.
Salam hormat.
No comments:
Post a Comment