Tuesday, May 19, 2009

UMNO/BN DILANDA SUMPAHAN ALTANTUYA........!!!


Akhir-akhir ini satu demi satu strategi UMNO dan BN tumpul dan tak kena kepada sasarannya. Kapal perang UMNO/BN yang gagah perkasa itu yang telah belayar lebih 50 tahun sudah sampai masanya diberi nafas baru. Sekurang-kurangnya ditukar fungsi kepada kapal penumpang antara pulau ke pulau di perairan Indonesia atau Filipina.



Jangka hayat pengunaannya sudah mula semakin pendek, kemampuan untuk membaik pulih lebih mahal lagi, barang ganti peralatan jentera juga sudah tiada dan akhir sekali sesuai sekiranya dijadikan tukun ikan di Pulau Bidong, Terengganu.

Perlantikan Ketua Penerangan UMNO, Hj Ahmad Maslan tidak banyak membantu malah membantu memendekkan usia Kapal perang UMNO/BN ini. Jentera penerangan UMNO dibawah kepimpinan beliau di seluruh negara telah mula membandingkan antara beliau dengan mantan Jeneral Mike Tyson sebelum ini. Yang jelas Ahmad Maslan cuba menerapkan kesinambungan pendekar JAWA seperti Ezam Mohd Nor dan Khir Toyo yang ternyata membawa kepada kegagalan.

Malah perlantikan Chua Soi Lek sebagai Ketua Penyelaras BN adalah satu tindakan yang terdesak. Jiwa reformasi yang ada dalam sanubari orang No. 2 MCA tidak mampu memadam api kebencian rakyat 5 negeri terhadap BN. Idea melantik Chua Soi Lek akhirnya akan mempercepatkan lagi kemarakan api yang sedia ada ke negeri-negeri lain seperti JOHOR yang kebetulan Hj Ahmad Maslan dan Soi Lek datang dari negeri ini.
UMNO/ BN masih tak mahu ambil iktibar atau pun tak mahu belajar dari kesilapan yang telah mereka lalui. Pandangan ulamak-ulamak UMNO mereka sendiri dan guru-guru politik telah lama dipinggirkan. Yang pasti UMNO/BN terus dilanda sumpahan ALTANTUYA. Selagi rohnya tidak berada dalam keadaan aman dan tenteram selagi itulah roh perjuangan UMNO/BN akan terus kecundang.

2 comments:

Anonymous said...

Altantuya... e... takut. Rosmah tak takut ke? Satu malaysia ...hmm satu malaysia dah tahu tambahan nama najib. Najib Altantuya

amaliah said...

salam

semoga roh mendiang dapat rest in peace.