Sunday, May 24, 2009

PENA SHARIPUDDIN MUIS: FIKIR-FIKIRKANLAH...!!!!

Implikasi keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Nizar vs Zambry.

Mahkamah tersebut menyatakan "kehilangan sokongan majoriti DUN" tidak semestinya hanya melalui undi di dalam sidang DUN. Tindakan Sultan sendiri boleh digunakan sebagai kayu ukur tentang "sokongan majoriti DUN".

Dalam kes tersebut Sultan tidak pernah dipanggil sebagai saksi bagi mengesahkan bagaimana baginda membuat kesimpulan tentang "sokongan" tersebut. Yang ada hanyalah KENYATAAN PIHAK KETIGA yang menyatakan bahawa "ada pertemuan antara baginda dengan setiap Adun yang menyokong BN". Benar atau tidak pertemuan tersebut berlaku tidak disahkan oleh mahkamah. Dalam proses mahkamah kenyataan pihak ketiga hanya boleh dianggap sebagai "hearsay" sekiranya pihak yang sebenarnya melakukannya tidak dipanggil memberik keterangan. Oleh itu kaedah bagaiman baginda membuat kesimpulan tersebut tidak dipersoalkan oleh mahkamah.

Mahkamah hanya menyebut bahawa

1. "majoriti" tidak semestinya ditentukan di dalam sidang DUN, cara lain boleh digunakan.
2. Sultan boleh membuat kesimpulan sendiri (caranya tidak ditentukan)

Oleh yang demikian bolehkah ini berlaku?

1. DSAI mengadap YDP Agong dan meyakinkan baginda bahawa Najib sudah hilang sokongan majoriti ahli Parlimen.

2. Agong yakin terhadap apa yang disampaikan oleh DSAI

3. Agong mengeluarkan kenyataan bahawa Najib telah hilang sokongan dan perlu meletak jawatan. Kalau tak letak jawatan, maka jawatan itu dianggap kosong secara automatik.

4. Agong melantik DSAI sebagai Perdana Menteri baru.

Fikir-fikirkan.

No comments: