BAHASA MELAYU YANG SEMAKIN PUPUS....!!!
Dewasa ini, frasa “Bahasa Melayu Bahasa Ilmu” sudah kian asing. Apa yang terpapar sekarang ialah, Bahasa Melayu tidak lagi digunakan dalam pengungkapan yang tinggi, dan dituduh tidak mempunyai kekuatan bagi diperkasakan sebagai bahasa yang penting. Hatta, Bahasa Melayu turut dikritik habis-habisan kerana gagal untuk bertahan dalam era globalisasi, serta tersisih apabila berhadapan dengan cambahan istilah-istilah baru, terutamanya yang terdapat dalam sub-bidang baru yang muncul di dalam sains, teknologi, matematik, komunikasi, komputer dan lain-lain lagi.
Selain itu, Bahasa Melayu juga dikatakan tidak mempunyai kekuatan sejarah dan falsafah bagi dibangunkan sebagai bahasa moden, sekalipun bukan sebagai antara bahasa utama dunia, meskipun secara geografinya jumlah penutur bahasa ini demikian banyak. Memang, hasrat kewujudan Bahasa Melayu bukanlah untuk mengalahkan Bahasa Inggeris–yang memang begitu berkuasa pada abad ini–tapi bahasa ini tetap saja dilihat terpuruk berbanding bahasa-bahasa moden lain, seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jepun, dan lain-lain lagi.
1 comment:
salam,..
malangnya bangsa kita kan? dipimpin oleh pemerintah yang mengaku pembela bangsa, tapi masih tak sedar bahasa sendiri sudah tergadai, anak-anak bangsa mereka sendiri menerima akibatnya, lembab di dalam pelajaran. salah siapa? salah mereka! salah UMNO! Salah madey!
Kalau sdr onn nak tau, kerana isu inilah saya sampai hari ini memusuhi madey, kerana soal bahasa! tahun 1995, tengok apa yang berlaku di IPT? apa dah jadi dengan biasiswa yang menjadi hak anak melayu? lepas tu PPSMI, ini semua angkara dan dosa si tua madey! saya tak akan sesekali memaafkannya,.
madey buat macam tu, memang patutla dia langsung tiada semangat melayu, sebab dia tu bukan melayu, tapi MAMAK! Madey al-Kutty.
Post a Comment