Saturday, July 4, 2009


SIRI 1: Bukan Ku Pinta Jadi Begini...!!

Disini saya siarkan sajak yang bertajuk IMPIAN RAKYAT yang sdr Saw Hock Hin serahkan kepada saya 4 hari yang lalu. Sajak yang ditulis diatas cebisan kertas buruk dengan tulisan tangan, diilhamkan oleh sdr Saw ketika beliau susah nak tidur...!

Untuk makluman, sdr Saw mencari rezeki sesuap nasi setiap hari. Beliau jarang memaklum pada sesiapa pun sekiranya beliau dalam kesempitan kewangan. Pernah satu ketika saya melihat ada 4 buku hutang Along pada waktu yang sama dan beliau menjelaskannya hutang itu beransur-ansur...!

Ibunya baru meninggal sekitar 2 tahun yang lepas. Kakak kesayangannya untuk tempat mengadu pun sudah meninggal sebelum itu..!!! Namun setiap pilihanraya kecil sdr Saw tak pernah ketinggalan untuk membantu setiap gerakkerja pilihanraya.
IMPIAN RAKYAT

Dulu reformasi
Semua satu hati
Sekarang sudah jadi Y.B
Berjuang untuk demokrasi
Kami sokong Keadilan punya polisi
Bukan mahu jadi Y.B

BN sombong kalah dan rugi
Jangan perangai supramasi
Keadilan bukan untuk orang tinggi
Dia untuk orang semulajadi
Kita menang lima negeri

Pemerintah Pakatan beli kereta Camry
BN angkat balik Perak satu negeri
Kereta Camry pun di jual oleh Zamri
Keputusan mahkamah pun tak peduli
Apa akan jadi lagi

Dulu pakai kereta tangan dan kaki
Sekarang pakai kereta Auto jalan sendiri
Kalau bukan Tsunami
Y.B orang tak kenali
Jangan ikut aku janji
Ikut rakyat punya mimpi

Dulu makan beras Sungai Petani
Sekarang makan Beras Wangi
Import dari luar negeri
Sekian M.P dan Y.B
Kerja kuat dan berani
Jangan lupakan pengundi


Hasil nukilan: Saw

2 comments:

Reformis Jalanan said...

bagus betul nukilan yg dia buat. saya suka kisah macam ni.

onn said...

Orang ikhlas berjuang berbeza dengan orang yang ada 'class'...!!

Tak pernah meminta dan seorang yang pemurah...!