Thursday, July 9, 2009

ISU PEKERJA LADANG...!!!!
09 Jul 2009

YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin dalam jawapan dalam sidang DUN beliau menekankan bahawa setiap permohonan tukar hak milik atau jenis kegunaan tanah, maka pemilik ladang mesti menyediakan rumah kos rendah untuk pekerja ladang. Isu-isu lain yang mendapat perhatian adalah SRJK (Tamil), kuil, bekalan air dan elektrik, kebersihan dan kebajikan anak-anak pekerja ladang.

Antara kes-kesnya adalah:

Ladang Bukit Rajah - 72 keluarga telah mendapat rumah serta tapak tambahan bagi SRJKT seluas 2.7 ekar.
Ladang Coalfield - 34 pekerja ladang dan 61 ahli keluarga telah ditawarkan rumah ‘town house’.

Ladang Sabak Bernam dan Ladang Escott - Masih dalam perbincangan.
Ladang Bukit Tinggi - 30 keluarga telah mendapat rumah. SRJKT Ladang Bukit Tinggi mendapat bantuan RM120,000 untuk bangunan sekolah. Anak-anak pekerja Ladang Bukit Tinggi juga akan diberi bantuan tambang bas untuk ke sekolah.

Ladang Kinrara - SRJKT Ladang Kinrara mendapat peruntukan kewangan RM50,000 untuk bangunan sekolah.
Ladang Nigel Gardner - Mendapat bantuan membaiki jalan sebanyak RM25,000. Juga mendapat bantuan kelas tambahan UPSR dan bantuan tambang bas ke sekolah.

Ladang Hopefull, Ladang Mary, Ladang Minyak, Ladang Sabak Bernam - Masalah yang dihadapi oleh ladang-ladang ini adalah jalan masuk teruk, sekaligus menjejaskan pendidikan anak-anak pekerja ladang. Kerajaan Negeri akan menyediakan perkhidmatan bas agar mereka dapat meneruskan pembelajaran mereka.

Ladang Batu Ampat, Ladang Sg Buloh, Ladang RRI, Ladang Effingham, Ladang Valambrosa - Mendapat bekalan meja dan kerusi sumbangan Kerajaan Negeri. Di samping itu tahap pendidikan anak-anak di ladang-ladang ini ditingkatkan dengan beberapa aktiviti dan program bermula dari Kelas Tadika hingga ke Sekolah Menengah.

Ladang Rinching dan Ladang Sg Bernam - Program motivasi dan Kem kesihatan telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran sosial penduduk di sini.

No comments: