Timbalan Menteri di JPM, YB Haji Ahmad Maslan merangkap Ahli Parlimen Pontian selepas ini terpaksa menukar strategi bagaimana UMNO/BN nak memenangi PRK akan datang. Kerana segala strategi ilmu peperangan yang dia belajar di BTN tidak mengenai sasaran. Malah tumpul dan 'peluru berpandu' itu tak meletup pada sasarannya.
Malah ilmu peperangan yang diarahkan dan sepatutnya diamalkan kepada semua petugas BN tidak diambil endah..!! Itu sebab dipusingan terakhir kempen di Manek Urai.... arahan dan suara Ahmad Maslan diketepikan....!!
Mungkin selepas ini Ketua Penerangan UMNO terpaksa balik ke Pontian untuk mengasah semula pisau toreh yang dah lama tumpul...!!!
No comments:
Post a Comment