AHMAD MASLAN...????
Sumber: http://muslioli.blogspot.com/
Ekoran posting saya semalam, berhubungan dengan kematian mencurigakan Teo Beng Hock, UMNO Johor hari ini meminta supaya sisatan diraja perlu dibentuk menyiasat kematian tersebut.
Bercakap selepas merasmikan mesyuarat perhubungan negeri, Pengerusi UMNO Negeri Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyatakan bahawa kematian Teo adalah perkara yang membabitkan public concern. “Sungguhpun UMNO Johor tidak ada kena mengena dengan perkara itu, adalah lebih baik satu bukti segera diperolehi daripada siasatan itu."Sekalung tahniah kepada Datuk Ghani yang prihatin kepada rakyat Malaysia.
Kenyataan pemimpin UMNO yang dinantikan sebagai bukti UMNO bukanlah sebuah parti yang hanya membela rakyat yang mendokong perjuangannya sahaja. Sebaliknya membela semua rakyat berbilang kaum di negara ini.
Atas dasar kemanusiaan semua pemimpin dan anggota UMNO harus menunjukkan simpati terhadap nasib yang menimpa Teo Beng Hock..
No comments:
Post a Comment