KALAU TAKDIR YANG DIATUR MANUSIA, MEMISAHKAN DSAI DARI RAKYAT...?
-------Oleh Datuk Halik Zaman-------
Sebelum hujan baik sediakan payung. Kata orang tua tua kita itu dan pesan atuk nenek moyang kita, Mesti ada hikmahnya. Dalam politik pun boleh jadi simbolik. Sedia payung sebelum hujan. Dalam agama Islam pun selalu memberi nasihat kepada umat Islam, jangan terlalu taksub kepada seseorang. Ia salah dalam hukum agama Islam.Semua orang tahu, badan kehakiman dinegara kita Malaysia adalah sebuah badan kehakiman yang tidak bebas. Ketua Hakim Negara Kerajaan, politik punya. Peguam Negara Kerajaan, politik punya. Polis Negara Kerajaan, politik punya. SPRM Kerajaan, politik punya. Hakim hakim Kerajaan, politik punya.
Ketua Hakim, Ketua Polis, Peguam Negara dan SPRM, Doctor, Ketua DNA, boss mereka Perdana Menteri. Dato Seri Anwar Ibrahim kini menghadapi tuduhan meliwat Saiful. Beliau akan dibicarakan dihadapan hakim. Dato Seri Anwar Ibrahim dianggap oleh UMNO/BN sebagai seorang yang paling merbahaya dalam politik UMNO. Semua Krisis dalam Pakatan Rakyat, Anwar dapat selesaikan. Penubuhan Kerajaan Perpaduan UMNO/PAS, Anwar pun tahu, itu ada muslihat UMNO.
Pendek kata Anwar Ibrahim musuh No1. UMNO. Sebelum hujan wajib sediakan payung. Kalau ditakdirkan perbicaraan Anwar Ibrahim ini, sudah diatur dengan secara rapi, yang beliau mesti kalah dan mesti dimasukkan kepenjara, angkara kedurjanaan fitnah. Apa akan jadi pada PKR? Apa akan jadi pada Pakatan Rakyat? Perlu kah semangat rakyat yang berkobar kobar untuk tukar Kerajaan pada PRU13 dihentikan? Atau ikut kata kata pujangga kita, "Patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku?"
Kalau ahli ahli PKR dan keluarga Pakatan Rakyat, sayangkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Jangan sekali kali punya perasaan taksub kepada beliau. Kalau benar benar ahli ahli PKR dan Pakatan Rakyat sayangkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, teruskan perjuangan hingga ke nafas yang penghabisan. "Patah tumbuh hilang berganti." Dalam ertikata yang lain, siapa sahaja pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat, rakyat bersatu memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Gandakan lagi kekuatan kita dari yang ada sekarang ini.
Pastikan rakyat terus bersatu memberi sokongan kepada PKR, PAS dan DAP, jika rakyat bersatu, Pakatan Rakyat menang PRU13 Dato Seri Anwar Ibrahim insyaAllah pasti akan dikeluarkan dari penjaraoleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Mudah mudahan dijauhkan bala ini. Nauzubillahiminzalik!
HZ (Sepanggar, Sabah)
No comments:
Post a Comment