Untuk pengetahuan semua, Sdr Saw Hock Hin ini tidak mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi dan sudah tentu ‘style’ atau gayanya kadangkala tidak berapa selesa didekati. Sekiranya seseorang itu yang baru mengenalinya tentu merasa ‘pelik’ untuk berkawan dengannya. Dan dalam PRU12 tahun lalu, ‘style’ inilah antaranya banyak membantu pemasangan bendera, poster dan ‘ad-hoc driver’ di beberapa kawasan Parlimen terutama di Wilayah Persekutuan. Akhir sekali seperti mana dalam pepatah bahasa orang melayu.…Habis Madu Sepah di Buang…!!!
Antara rakan seperjuangan sdr Saw yang kerap memberi bimbingan hidup ialah Tuan Haji Mohd Salleh Abu Bakar, Bekas Setiausaha Dewan Negara, penyajak dan penceramah reformasi yang tinggal di Ipoh. Dan kini sdr Saw sudah mampu menyanyi lagu Puisi Reformasi dan sajak Reformasi sepertimana yang tersiar didalam akhbar Harakah minggu yang lalu.
No comments:
Post a Comment