Salam,
Syukur alhamdulillah yang tidak terhingga keatas Allah S.W.T atas kurnianya kepada pasukan bolasepak Selangor D.E dengan kejayaan pasukan malam tadi menumpaskan Polis 6 -1 sekaligus mengesahkan kejuaraan Selangor selaku Juara Liga Super Malaysia 2009 buat pertama kalinya dengan mengumpul 60 mata meninggalkan Perlis di tempat kedua 53 mata walaupun ada 1 lagi perlawanan berbaki.
Kejayaan ini sungguh manis terutama buat saya secara peribadi kerana ini adalah pasukan yang 100% dibentuk dan dipupuk oleh saya walaupun dicelahi dengan pelbagai kontroversi. Pemain dan pegawai yang dipilih telah benar-benar menjalankan tugas mereka dengan baik membantu saya melunaskan janji yang telah saya berikan kepada seluruh rakyat, penyokong Selangor untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 2 piala untuk musim ini atau saya rela dipecat. Alhamdulillah, setakat ini, bukan 2 tapi sudah 3 piala diperolehi dan ada 1 lagi (Piala Malaysia) piala utama disamping 2 lagi piala sampingan (Piala Sultan Selangor & Piala Selangor).
Ini juga adalah hadiah harijadi saya yang paling manis sekali yang akan disambut Khamis ini (esok) dalam sejarah kehidupan saya.
Namun, semalam sah juara, tetapi hari ini saya sudah mula mengorak langkah untuk memikirkan tentang persiapan tahun hadapan sebelum saya mula memberi sepenuh tumpuan untuk persiapan Piala Malaysia selepas Aidil Fitri ini. Tahun depan, Selangor akan mewakili Malaysia di peringkat kejohanan Kelab Asia dalam Piala AFC. Pasukan perlu diperkuatkan, pemain perlu ditingkatkan prestasi mereka dan sistem latihan perlu dipertingkatkan lagi untuk menyaingi pasukan di peringkat Antarabangsa. Banyak kerja yang perlu dilakukan.
Sementara di peringkat domestik, sudah pasti mempertahankan kemenangan adalah satu perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Insyallah, berkat sokongan dan dorongan dari rakan2 sekelian, saya pasti kami akan buat lebih baik dari ini. Vision 2015 saya untuk meletak pasukan Selangor sebaris dengan kelab2 tersohor Asia dari Jepun, Korea, Arab Saudi, China dan Australia berjalan dilandasan yang betul dan sekaligus meletakkan Selangor di dalam peta pelancongan mereka. Sewaktu saya melancarkan vision ini dahulu, ramai yang mentertawakan saya dan mengatakan saya gila.
Ini semua kerana saya bukan datang dari kalangan orang ternama untuk menerajui pasukan Selangor. Namun, ini adalah permulaan kepada kegilaan saya dan insyallah saya akan pastikan ianya berlaku selagi saya diamanahkan untuk menguruskan pasukan ini, insyallah.Terima kasih kepada semua atas sokongan anda! Hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya.
Wasalam
Zack
No comments:
Post a Comment