Saturday, July 18, 2009

PRES. SBY MENGHARGAI BLOGGER...!!!


PEMIMPIN UMNO TAK TAU TERIMA KASIH...!!!

Kenapa Sang Kelembai tak menulis lagi? Gambar: Sang kelembai. Blogger pertama dipecat dari UMNO di zaman Pak Lah. Sebenarnya, Zaharin di pecat dua kali dari UMNO tapi telah diterima semula.

“Apasal Blog Sang Kelembai sunyi sekarang? Tak ada balun?” Tanya Dato Mohd Nazri Aziz secara berseloroh kepada Zaharin Mohd Yasin. “Dah masuk UMNO Cif, nak tulis apa lagi” saya mencelah.

Zaharin atau lebih popular dengan nama blognya Sang Kelembai seperti biasa senyum dan bangun “perjuangan dah selesai Cif. Saya terlibat menjatuhkan kerajaan Dollah Bodowi. Nak balun apa lagi” katanya sambil tergelak besar. Gelak Sang Kelembai adalah trade mark beliau. Kalau dia tergelak di parlimen, orang yang minum di Mall pun tahu itu gelak Sang kelembai.Perbualan diatas berlaku beberapa minggu lepas dalam ruang rihat MP di dewan Parlimen. Siang tadi bila saya minum dengan Zaharin di Seri Pacific Hotel. secara serius saya bertanya kepada Zaharin kenapa tak update blog.

“Musli, aku nak bagi tau engkau, bangsa UMNO ini bangsa yang tak tahu mengenang budi. Pernah kah menteri UMNO, pegawai-pegawai dia atau sesiapa sahaja yang hantar sms atau telepon engkau kata TERIMA KASIH selepas engkau menulis membantu UMNO?” “You bukan blogger elit. Mereka tenguk orang. You pergi Manek Urai siapa peduli?. Mereka tak tenguk engkau. Menteri ni ingat mereka dah hebat. Mereka dah kaya.
Mereka bukan ada niat nak membantu. Kita kena kejar meminta dari mereka. Kita pula kena samun mereka selepas mereka dah menyamun negara! Kita dianggap pencacai yang terpaksa terhegeh-hegeh nak minta tolong. Tapi mereka? Mereka tak akan berubah”Saya agak tergamam dengan ayat Zaharin. Tetapi memang ada kebenarannya. “Di Indonesia, 3 hari sebelum hari membuang undi PEMILU Presiden SBY panggil semua blogger. Mereka dihormati. Di sini, siapa mustahakkan blogger macam kita?” Tegas Zaharin.

Petangnya sewaktu dengan seorang lagi rakan blogger Zabidi Hj Saidi (memo belakang)Sang Kelembai mengulangi kata-kata diatas. Fikir-fikirkanlah.....

SUMBER: http://muslioli.blogspot.com/
Posted by musli oli

No comments: