ALIBI BAHAN BUKTI BERBENTUK 'HEARSAY' JADI BACKFIRE KEPADA SPRM?
SPRM sudah membuat satu lagi kenyataan akhbar kelmarin, kononnyamendiang Teoh Beng Hock ada memberikan bahan bukti kepada salahseorang rakan karibnya tentang penyelewengan peruntukan DUN dariseorang Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Kononnya menuduh berpuluh syarikat ditubuhkan atas kepentingan peribadi seorang Exco Pakatan Rakyat Selangor. Bahan bukti itu kononnya disebarkan dalam sebuah laman blog. Bahan bukti itu kini boleh menjadi alibi atau boleh juga dianggap sebagai satu perancangan untuk cover-up kes kematian mendiang Teoh Beng Hock?
Hari ini pemuda UMNO Selangor pula membuat laporan polis mengarahkan SPRM membuat siasatan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor tentang penyelewengan tersebut yang berpandukan bahan bukti dari laman blog tersebut. Sungguh pelik dan tidak masuk akal, langkah pemuda UMNO Selangor itu membuat laporan agar SPRM menyiasat Exco Kerajaan Negeri Selangor. Tidak kepada penulis laman blog itu, untuk mendapatkan kesahihan bahan bukti tersebut?
Tersangat meragukan, kenapa bahan bukti itu mendiang Teoh tidak berikan langsung ketangan SPRM pada hari yang sama semasa soal siasat di pejabat SPRM? Kenapa mesti menerusi orang kedua? Bila mendiang Teoh sudah mati maka barulah timbul alibi. Alibi tersebut nampak seolah-olah dirancang kerana ia tidak konsisten. Nampak sangat alibi bahan bukti tersebut seperti dibentuk? "Hearsay?".
Kalau mendiang Teoh benar benar ada bahan bukti tersebut, kenapa selama 8 jam dalam sesi soal siasat itu berlaku, beliau tidak memberitahu bahawa bahan bukti itu berada dalam simpanan rakan karibnya? Kenapa rakan karib mendiang Teoh tidak menyerahkan bahan bukti tersebut hingga mengambil masa lebih 68 jam baru dikeluarkan dalam laman blog? Kenapa menerusi laman blog tidak kepada SPRM, sebelum kematian mendiang Teoh? (Disini banyak menimbulkan keraguan.)
Kalau lah alibi tersebut cuma bertujuan untuk mengalih pandangan orangramai sahaja atas kematian mendiang Teoh dibangunan SPRM dan kebetulan terjadi semasa SPRM adakan sesi soal siasat, maka ia akan mengundang sangkaan yang paling buruk dari orang ramai kepada SPRM. Alibi tersebut nampak tidak begitu membantu malah memburukkan keadaan lagi. Alibi tersebut sudah pasti akan menjadi backfire pula kepada SPRM? Kalaupun benar alibi itu yang mengatakan bahan bukti Exco Kerajaan Selangor menyalahgunakan peruntukkan DUN Selangor, ada pada mendiang Teoh yang disimpan kepada sahabat karibnya.
Ini membuktikan mendiang Teoh tahu yang beliau akan mati? Maka bahan bukti itu pun disimpan pada sahabat karibnya? Ini tidak masuk akal. Terlalu banyak ruang " loophole" untuk diragui alibi penulis blog itu?Seolah olah alibi tersebut dirancang untuk melindungi seseorang daripada diketahui oleh orang ramai? Kita pun terfikir, ada lebihbaik SPRM buat penyiasatan yang lebih rapi terlebih dahulu daripadamencari publisiti murahan untuk menuding jari kepada Exco KerajaanNegeri Selangor yang tidak betempat. Lebih baik buat kerja yang betuldaripada menagih publisiti murahan.
HZ
No comments:
Post a Comment