Oleh Rusnizam Mahat
Kementerian Pertahanan digesa memberi penjelasan berhubung keputusan menyerahkan Pangkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Sungai Besi kepada 1Malaysia Development Bhd untuk dibangunkan dengan projek komersil bernilai berbilion ringgit.
Dipercayai projek berskala besar itu akan dimajukan melalui usahasama dengan Qatar Investment Authority (QIA), yang baru sahaja menandatangani satu memorandum persefahaman dengan 1MDB baru-baru ini untuk memajukan pembangunan hartanah strategik di Lembah Klang.
Sumber memberitahu Suara Keadilan bahawa projek pembinaan komersil di pangkalan TUDM itu telah diserahkan kepada 1MDB, selepas tiga syarikat pembida berpengaruh yang lain, gagal mendapatkan projek berkenaan.

Salah sebuah syarikat itu dikatakan adalah kroni dan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan seorang menteri kanan kabinet.
Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan sama ada keputusan kerajaan membangunkan tapak markas TUDM dipengaruhi oleh faktor mengaut keuntungan untuk pihak tertentu semata-mata.
1MDB adalah syarikat milik penuh Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN), manakala tapak tanah TUDM yang bakal dibangunkan telah lama menjadi ‘idaman’ syarikat-syarikat tempatan untuk dibangunkan.

Adalah difahamkan 1MDB akan melantik pemaju tempatan kelak untuk turut serta dalam projek raksaksa itu.
“Saya difahamkan terdapat tiga pembida tetapi ketiga-tiganya ditolak. Mengapa projek ini diserahkan kepada 1MDB dan tidak diserah kepada pembida dahulu,” tanya Azan.
Menurutnya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu telus dan memberi penjelasan berhubung isu itu kerana seolah-olah ada misteri yang cuba diselindung darpada pengetahuan umum.
Sebelum ini, Ahmad Zahid beberapa kali menafikan isu pemindahan lapangan TUDM di Sungai Besi itu sambil menegaskan, markas TUDM itu masih utuh dan mampu digunakan lagi.
Bagaimana pun, Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud berkata, TUDM bersedia dengan pemindahan tersebut dan akan mengambil peluang mendapatkan prasarana lebih baik termasuk membina ibu pejabat yang lebih moden dan memberi keselesaan kepada pegawai serta anggotanya.
“Kenyataan yang bercanggah banyak dikeluar Menteri Pertahanan dan oleh panglimanya, termasuk juga ketika berlaku skandal kehilangan enjin jet TUDM. Menteri cakap lain, tetapi panglimanya cakap lain. Jadi isu ini banyak menimbulkan persoalan yang mencurigakan,”ujar Azan.
Menurut Azan, terdapat banyak kemusykilan dan misteri yang tersembunyi di sebalik usaha tersebut serta keputusan kerajaan yang dianggap terburu-buru, termasuk tidak dijelaskan dalam bajet 2010.
“Kita tidak membantah pemindahan pangkalan TUDM ini, tetapi isu utamanya apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik isu ini? Kenapa tiba-tiba ia diserahkan kepada 1MDB? Perkara ini juga tidak disebut dalam bajet 2010. Sebab itu kita akan meminta penjelasan dari kerajaan dalam sesi parlimen yang akan datang,” ujarnya.
“Projek membangunkan hab komersil ini juga telah dipertikai oleh banyak pihak, termasuk Persatuan Kontraktor Melayu,’ tambah beliau.
Selain mendirikan hab komersil di Sungai Besi, satu jawatankuasa bersama ditubuhkan oleh 1MDB dan QIA untuk menilai peluang-peluang hartanah bersama dengan pelabur lain.
Lembaga Penasihat 1MDB antara lain merangkumi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
“Saya difahamkan terdapat tiga pembida tetapi ketiga-tiganya ditolak. Mengapa projek ini diserahkan kepada 1MDB dan tidak diserah kepada pembida dahulu,” tanya Azan.
Menurutnya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu telus dan memberi penjelasan berhubung isu itu kerana seolah-olah ada misteri yang cuba diselindung darpada pengetahuan umum.
Sebelum ini, Ahmad Zahid beberapa kali menafikan isu pemindahan lapangan TUDM di Sungai Besi itu sambil menegaskan, markas TUDM itu masih utuh dan mampu digunakan lagi.
Bagaimana pun, Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud berkata, TUDM bersedia dengan pemindahan tersebut dan akan mengambil peluang mendapatkan prasarana lebih baik termasuk membina ibu pejabat yang lebih moden dan memberi keselesaan kepada pegawai serta anggotanya.
“Kenyataan yang bercanggah banyak dikeluar Menteri Pertahanan dan oleh panglimanya, termasuk juga ketika berlaku skandal kehilangan enjin jet TUDM. Menteri cakap lain, tetapi panglimanya cakap lain. Jadi isu ini banyak menimbulkan persoalan yang mencurigakan,”ujar Azan.
Menurut Azan, terdapat banyak kemusykilan dan misteri yang tersembunyi di sebalik usaha tersebut serta keputusan kerajaan yang dianggap terburu-buru, termasuk tidak dijelaskan dalam bajet 2010.
“Kita tidak membantah pemindahan pangkalan TUDM ini, tetapi isu utamanya apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik isu ini? Kenapa tiba-tiba ia diserahkan kepada 1MDB? Perkara ini juga tidak disebut dalam bajet 2010. Sebab itu kita akan meminta penjelasan dari kerajaan dalam sesi parlimen yang akan datang,” ujarnya.
“Projek membangunkan hab komersil ini juga telah dipertikai oleh banyak pihak, termasuk Persatuan Kontraktor Melayu,’ tambah beliau.
Selain mendirikan hab komersil di Sungai Besi, satu jawatankuasa bersama ditubuhkan oleh 1MDB dan QIA untuk menilai peluang-peluang hartanah bersama dengan pelabur lain.
No comments:
Post a Comment