
Malangnya hari dia masih tidak menunjukkan mukanya hanya sekadar menghantar wakilnya Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu atau Mr Saturday. Saya hairan kenapa Musa Hasan tak dapat datang kerana orang ramai ingin mendapatkan penjelasan dari mulut dia sendiri mengenai isu-isu yang panas akhir-akhir ini lebih-lebih lagi tetamu asing dan Diplomat-diplomat.
Tetapi melalui cakap-cakap dari tetamu yang hadir, mereka telah menjangkakan kemungkinan besar Tan Sri Musa Hasan tak akan datang kerana mereka dapat membaca karektor Musa ini...!
Ketua Polis Kuala Lumpur telah membaca 15 muka surat teks ucapan Tan Sri Musa yang penuh dengan statistik hinggakan tetamu mula gelisah dan meninggalkan dewan makan kerana ucapan yang terlalu lama iaitu hampir sejam.

No comments:
Post a Comment