Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan keadilan, marilah kita sama-sama berdoa agar individu terbabit terselamat dari segala dugaan yang akan dihadapinya. Tipu muslihat dan segala macam kebobrokan yang mereka lakukan ini pasti akan dibalas oleh Allah SWT jua akhirnya. Yakinlah, "manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu yang paling utama".
Penghinaan terhadap manusia terutamanya orang Islam dalam kes seperti ini amatlah mengharukan sama sekali. Inilah tanda-tanda akhir zaman yang mengesahkan lagi kepada kita sebagai umat Islam, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kerana kuasa. Sebagai hambanya, kita harus bertawakal dan menyerahkan kepada Allah. Biarpun kita sendiri nampak banyak kekeliruan dalam kes ini, malah kemungkinan besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali merengkok di Penjara Sg.Buloh jika kes ini diteruskan.
Namun, ingatlah pilihanraya ke-13 tidak lama selepas itu, jika Anwar terpenjara maka ia menunjukkan petanda awal UMNO BN akan kehilangan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat pasti bangkit memberontak dengan memastikan kemenangan mutlak Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku, dan ditakdirkan maka ketika itulah baru puak-puak UMNO BN akan merasa bersalah akibat kezaliman ini.
No comments:
Post a Comment