
Ini bermakna, selepas berjumpa Najib (24 Jun) dan berhubung dengan Musa Hassan, (25 Jun) Saiful boleh pula tahu Anwar akan meliwatnya pada keesokan harinya (26 Jun). Bukankah ini amat aneh dan menakjubkan sebenarnya. Malah, tambah mengejutkan pada 27 Jun 2008 pula Saiful berjumpa pula dengan Ezam Md Noor untuk menceritakan pengalaman dia diliwat Anwar itu. Tarikh-tarikh ini sungguh mengerikan kita. Persoalannya, bukankah antara Ezam dengan Najib dan Musa Hassan, siapakah yang paling tinggi jawatannya?. Ezam ketika itu bukanlah Senator seperti sekarang. Maka kenapa Saiful berjumpa Ezam semalaman untuk menceritakan kejadian misteri yang berlaku ke atas dirinya?. Bukankah, berjumpa Najib atau hubungi Musa Hassan sudah cukup untuk beliau berpuas hati. Apa perlu Saiful jumpa Ezam agaknya?.
Keduanya, siapa Saiful yang melayakkan dirinya untuk menghubungi telefon Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Bahkan, apa hebatnya Saiful hingga Khairil Anas membawa beliau ke rumah Najib Razak?. Semua ini menambahkan misteri kes liwat II itu sebenarnya. Ketiganya, selepas Saiful berjumpa Najib pada 24 Jun mengatakan Anwar meliwatnya maka kenapa dia masih berjumpa Anwar untuk "menadah bontotnya" bagi membuktikan dia diliwat pada 27 Jun 2008?. Ikuti rentetan kes hari ini.
Perbicaraan Kes Liwat Di Tangguhkan Esok Pagi
Keduanya, siapa Saiful yang melayakkan dirinya untuk menghubungi telefon Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Bahkan, apa hebatnya Saiful hingga Khairil Anas membawa beliau ke rumah Najib Razak?. Semua ini menambahkan misteri kes liwat II itu sebenarnya. Ketiganya, selepas Saiful berjumpa Najib pada 24 Jun mengatakan Anwar meliwatnya maka kenapa dia masih berjumpa Anwar untuk "menadah bontotnya" bagi membuktikan dia diliwat pada 27 Jun 2008?. Ikuti rentetan kes hari ini.
Perbicaraan Kes Liwat Di Tangguhkan Esok Pagi
Esok, pihak pembelaan dan pendakwaan akan berhujah berhubung permohonan peguambela, Karpal Singh untuk menangguhkan perbicaraan tersebut sehingga selesai rayuan terhadap keputusan hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pagi tadi. Hakim itu menolak permohonan pihak pembelaan unutk mendapatkan kenyataan bersumpah saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan
Saiful Mengaku Bertemu Ezam Pada 27 Jun 2008

Saiful Hubungi Musa Hassan Pada 25 Jun 2008

Saiful Mengaku Jumpa Najib Pada 24 Jun 2008

[Rakyat sebenarnya semakin keliru dengan kes ini. Malah, makin ramai yang mempercayai memang wujudnya satu konspirasi terancang terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Tambahan pula apabila seorang anak muda seperti Saiful, yang bekerja di pejabat Ketua Pembangkang boleh begitu muda "aksess" ke talian telefon peribadi seorang Ketua Polis Negara malah boleh pula bertandang ke rumah seorang Timbalan Perdana Menteri untuk mengadu dia diliwat. Apa kehebatan anak muda ini sebenarnya?. Rasanya, polis pangkat Inspektor atau DSP pun tidak berani untuk menghubungi Musa Hassan jika ada sebarang masalah. Bukankah Saiful boleh mengikut prosedur seperti biasa dan tidak perlu melangkau seolah-olah dia VIP. Tindakan serta layanan yang diterima oleh Saiful ini, apakah boleh diberikan juga kepada rakyat biasa yang lain. Malah, apakah Saiful terlalu istimewa sehingga dilayan sebegitu?. Semua ini menimbulkan kesangsian dan ia telah disahkan oleh Saiful sendiri dalam perbicaraan liwatnya itu. Mungkin selama ini kita hanya mengandaikan sahaja pertemuan-pertemuan itu berlaku. Rupanya semua benar berlaka].
No comments:
Post a Comment