KUALA LUMPUR 5 Mei - Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali mempertikaikan alasan media milik Umno yang menjustifikasikan penyerahan dia blok padang minyak kepunyaan Malaysia kepada Brunei.

"Penjelasan itu tidak boleh diterima sama sekali. Mengapa peruntukan Perlembagaan diketepikan?," kata Dr Syed Husin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau menyatakan kekesalannya terhadap keputusan Speaker Dewan Negara semalam yang menolak usul tergempar untuk membahaskan isu penyerahan dua blok pengeluaran minyak luar pantai kepada Brunei.
"Perkara tersebut melibatkan kepentingan negara dan kedaulatan negara, dan harus dibahaskan dengan segera.
"Penjelasan terhadap isu ini amat penting dan perlu disegerakan kerana melibatkan soal kedaulatan Negara dan mungkin juga melibatkan soal keselamatan Negara.
"Saya berasa amat kesal dan bimbang dengan apa yang terjadi. Hal ini sedemikian kerana perkara tersebut adalah melibatkan isu Perlembagaan, dimana perubahan sempadan Negara telah dilakukan tanpa mengambilkira Perkara 2 Perlembagaan.
"Ini adalah satu isu yang amat serius yang melibatkan soal maruah dan kedaulatan Negara. Parlimen telah diketepikan dalam keputusan penyerahan tersebut, dan ini merupakan satu perlanggaran Perlembagaan yang amat serius," tegas beliau lagi.

"Ini adalah suatu tindakan yang tidak boleh diambil ringan kerana mungkin esokkKerajaan yang sama akan mengabaikan Perkara-Perkara lain di bawah Perlembagaan dan bertindak sesuka hati.
"Dalam keadaan ini saya berpendapat Mahkamah Persekutuan harus campur tangan untuk memperbetulkan kesalahan yang telah berlaku kerana Mahkamah adalah penjaga Perlembagaan. Jika Parlimen telah melepas tangan, maka Mahkamah wajib untuk meneliti perlanggaran Perlembagaan ini. Jika tidak, Malaysia sedang berdepan dengan krisis Perlembagaan dan demokrasi yang amat membimbangkan," jelas Dr Syed Husin.
No comments:
Post a Comment