Thursday, November 26, 2009

SUDOKU: MAMPU KURUSKAN BADAN..?

Adakah 'Game' yang mengunakan otak mampu menguruskan badan...??

'Game' seperti SUDOKU dan catur adalah antara 'game' yang banyak menggunakan tenaga. Juara dunia catur, Karpov sebelum memulakan pertandingan telah menjalani latihan berbulan-bulan seperti berenang, joging dan berbasikal berkilometer jauhnya. Ini adalah bertujuan untuk mengekalkan prestasi dan stamina otak semasa pertandingan. Dan hasilnya Juara Dunia ini telah banyak menjuarai siri pertandingan.

Dalam akhbar Berita Harian hari ini, Pakar latihan mental Tim Forrester dari laman web cannyminds.com yang membuat dakwaan itu, berkata latihan mental menerusi permainan seperti silang kata(SUDOKU) mampu membakar kalori sama seperti melakukan senaman.

"Otak kita memerlukan 0.1 kalori seminit untuk terus berfungsi," kata Forrester.

"Apabila kita melakukan sesuatu yang mencabar dari segi mental seperti menyelesaikan silang kata atau menjawab kuiz, kita membakar 1.5 kalori setiap minit," katanya.

Otak mengandungi berjuta-juta neuron yang berhubung dengan neuron lain, menghantar pesanan ke seluruh badan.
Neuron mengeluarkan kimia yang digelar neurotransmitter untuk menghantar pesanan.

Neuron ini mengambil 75 peratus glukos gula dan 20 peratus oksigen dari darah untuk mengeluarkan neurotransmitter.

Oleh itu menghabiskan masa untuk menyelesaikan silang kata atau sudoku didapati mampu mengurangkan berat badan kerana kegiatan itu membakar secara purata 90 kalori sejam.

Artikel yg berkaitan klik disini.

No comments: