Sunday, November 15, 2009

Iklan “Potong” P1 WiMax Patut Dipotong Dari Tayangan....


10 November, 2009

Saya bersetuju dengan cadangan SKMM untuk menhentikan tayangan iklan “potong” P1 WiMax. Iklan yang membawa pengertian kurang manis untuk dijadikan tatapan umum tidak wajar disiarkan.

Iklan seperti ini bukannya satu-satunya yang patut dikaji semula untuk siaran – ada beberapa lagi yang seumpamanya. Demi berlumba untuk menjadi lebih kreatif dari yang lain dan untuk iklan mereka menjadi lebih menarik kerap kali mereka membawa unsur-unsur yang tidak sesuai dengan budaya kita serta memberi konotasi negatif.

Suatu ketika dahulu satu iklan yang mengajar anak berbohong kepada ibunya pernah disiarkan. Juga iklan ayah dan anak bergaduh pun dijadikan bahan ketawa. Kadang-kadang perkara-perkara kecil sebegini dijadikan bahan lucu tanpa disedari turut mendidik anak-anak kecil untuk menganggap mencuri, mempersenda ibu bapa dan seumpamanya sebagai kebiasaan dan boleh diterima oleh masyarakat malah boleh diketawa sama.

Pernah suatu masa yang lama dulu, satu pengilang kacang mengelembu terpaksa menarik balik iklan yang menunjukkan beberapa remaja makan kacang dengan menadah mulutnya untuk kacang yang dibalingkan. Ini kerana aspek keselamatan. Suatu aspek yang perlu juga diteliti oleh pengiklan.

Agensi-agensi iklan sepatutnya lebiih peka dengan nilai dan budaya timur rakyat pelbagai kaum Malaysia dari mengejar keuntungan dan kelainan semata-mata.

No comments: