Apa salah beri RM100 ribu sebulan..!!! CEO GLC Selangor pun dapat RM100 ribu sebulan.
Anwar Dilantik Penasihat Ekonomi Selangor, Gaji RM1 Sebulan
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik penasihat ekonomi Selangor, dengan gaji serendah RM1 sebulan, umum Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
Khalid berkata demikian ketika menggulungkan perbahasan belanjawan Bajet 2010 hari ini. Menteri Besar berkata perlantikan Anwar akan membantu menjana ekonomi dan memacu pembangunan Selangor.
Semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan merumuskan pakej mendisplinkan kewangan negara dengan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18 peratus, memotong gaji para menteri dan menghentikan pembinaan projek mega.
Anwar menyerang terus gejala rasuah yang berleluasa dalam struktur kerajaan dengan melaksanakan audit telus terhadap konglomerat dan empayar perniagaan yang beliau dapati mengelak dari membayar cukai dan mengenakan bayaran tinggi untuk projek-projek kerajaan.
Majalah Times menobatkan Anwar antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia ini, dan sejak Mac 2006, Anwar adalah Presiden Kehormat di Institut AccountAbility Sosial dan Etika yang berpangkalan di London.
No comments:
Post a Comment