Thursday, November 26, 2009

KUCING: MAKHLUK ALLAH YANG ISTIMEWA...!!


Baru-baru ini salah seekor kucing saya "BU BU" hilang selama 4 hari. Dia hilang disebabkan 'kecuaian' dia yang suka tidur dibawah enjin Naza Ria...... dan saya mula sedar apabila nampak "BU BU" berlari keluar dari bawah enjin setelah saya berhenti disebuah 'traffic light' yang tak jauh dari rumah.

Bagaimana nak tangkap "BU BU" ini dengan kereta bergerak laju dan dia pun lari lintang pukang masuk ke kawasan perumahan...?? Maka saya biarkan kerana tak mampu nak mencari dan mengejarnya.

Lagi pun kucing kat rumah sekarang ini dah melebihi 20 ekor. Bukan nak bela sangat tapi sekadar membantu mereka hidup dari kelaparan. Masyarakat pula ambil kesempatan buang kucing kat rumah saya ini. Maka beranak pinaklah kucing-kucing ini.

Nak jadikan cerita setelah 4 hari menghilang tiba-tiba "BU BU" ini muncul dipintu dapur...!! Tersengih-sengih dan tersenyum simpul muka "BU BU" yang nampak keletihan...!!!

1 comment:

JAMILKUCING said...

Askm sdr. itulah kucing. sdr ingat lagi salahs eekor kucing mak cik yg saya tolong ambil kucing-kucingnya di kerana tak mampu bela lagi. rumah yg di hadapan rumahs dr. saya bawa balik dekat 3 kilometer. jalan bengkang bengkok menyusuri kawasan perumahan ,haighway.

Tiba -tiba menghilang dekat sebulan saya mencari. tau tau sdr kata kucing tersebut pulang semula ke rumah tuanya. ada kucing boleh di letakan ke mana sahaja, ada kucing boleh di bunag ,tetapia da kucing hanya pilih satu tuan sahaja.