Sunday, November 15, 2009

Rasuah: Pendedahan terbaru.....


12 Nov 2009 1:02PM

Teks Ucapan Debat Bajet oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Palimen Wangsa Maju, pada 5 hb November 2009.

Tuan Yang di-Pertua,
Saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam debat Bajet 2010.
Saya menyokong slogan “RAKYAT DIDAHULUKAN” yang disarankan oleh PM. Akan tetapi, nampaknya ia adalah satu slogan kosong sahaja kerana campurtangan oleh “UMNOputras” dalam pentadbiran Kerajaan termasuk DBKL.

Contoh: Danau Kota Uptown Pasar Malam di Wangsa Maju

Adanya 500 penduduk di kawasan Danau Kota, Wangsa Maju telah menandatangani satu petisyen untuk menentang terhadap Pasar Malam Danau Kota Uptown di Wangsa Maju di mana ia beroperasi setiap malam dari 10 malam hingga 4 pagi berhampiran dengan kawasan perumahan. Jam operasi ini adalah tidak pernah didengar dalam masyarakat tamadun mana-mana kecuali “Boleh Land” ini. Petisyen itu telah diserahkan kepada Datuk Bandar KL pada Julai 2009.

DBKL bukan setakat tidak mengambil tindakan untuk memindahkan pasar malam dari kawasan perumahan, dalam masa kini, DBKL telah meluluskan 30 gerai tambahan untuk UMNOputras. Adakah ini in line dengan slogan BN “Rakyat Didahulukan”? Saya diberitahu bahawa UMNOputras ini telah menyewakan 30 gerai-gerai tambahan ini dengan sewaan RM1,000 setiap bulan. Tukarlah slogan ini kepada “UMNOputras DiDahulukan”.

SILA KLIK DISINI UTK BERITA SELANJUTNYA..!!

No comments: