Sejak saya mula “blogging” dua bulan dahulu, komen yang paling banyak dan hangat saya terima ialah mengenai tulisan saya yang paling mutakhir sekali. Saya mengutarakan pendapat dalam tiga hal. Pertama, mengenai arahan Exco Kerajaan Negeri Selangor Hassan Ali dari PAS mengenai usaha menangkap mereka yang minum arak dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan penjualan arak di Selangor itu sebagai satu tindakan yang tidak wajar.
Kedua, pendapat saya supaya Pemuda PAS tak perlu melarang atau mendesak pembatalan konsert Michael Learns To Rock di Genting. Ketiga dan akhir sekali, mengenai hukuman rotan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana minum beer. Saya tidak bercadang mengulangi pendirian saya yang ditulis sebelum ini selain dari menjawab beberapa komen yang pedas dan hangat tetapi sayangnya tidak berasas dan menyeleweng dari isu sebenar.
Menegenai cadangan Hassan Ali itu, saya mengatakan arahannya sukar dilaksanakan kerana melibatkan banyak isu, termasuklah kuasa Raja dan polis. Juga ianya tidak sepatut dibuat pada hari orang mengundi di Permatang Pasir kerana hal-hal kontroversi boleh merugikan Pakatan Rakyat dan PAS. Saya lebih memikirkan masa depan PAS kerana sekarang ini sudah mula diterima oleh orang Islam dan bukan Islam.
Jadi dalam soal mentadbir kita mesti teliti, berhati-hati dan berhemah. Jangan menampakkan diri kita ini ekstrem. Itulah cara kita menjaga hati rakyat; terutama yang lain kepercayaan dari kita. Tetapi kalau cadangan Hassan Ali ini dipersetujui oleh pihak-pihak yang bertanggung jawab, dan juga memberi keuntungan kapada PAS, buat sajalah. Adalah tidak adil bagi sesetengah pembaca membuat tuduhan yang menghina saya secara peribadi dalam soal ini. Soal tunduk kepada tekanan orang bukan Islam tidak timbul sama sekali.
Berita selanjutnya...SILA KLIK DISINI...!!!
No comments:
Post a Comment