Wednesday, September 9, 2009

TANYA PEGUAM NEGARA....!!!!



Dari Kacamata Halik Zaman

BUKAN ANWAR TAPI PEGUAM NEGARA MELAMBATKAN KES....

Peguam Hasnal Rezuan Merican hari ini mencadangkan supaya PeguamNegara, Tan Sri Abdul Gani Patail menggunakan kuasanya mengeluarkanarahan supaya perbicaraan kes liwat melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim dipercepatkan.

Menurut Hasnal, antara sebab yang membolehkan kes itu boleh dianggapberkepentingan awam adalah kerana kedudukan Dato Seri Anwar Ibahimsebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Kes ini juga menarik minatpihak asing termasuk wartawan dari luar.Saiful dalam blognya juga ada menulis merungut, kerana perbicaraanyang sepatutnya bermula 1 Julai lalu telah berkali-kali bertangguh-tangguh.

Setiap ada PRK mesti ada sahaja kes liwat Anwar diwar warkan untukmengundang kebencian para pengundi walau pun bukan Anwar Ibrahimsendiri yang jadi calonnya. Dengan tiba tiba ada sahaja Saiful yangbuat ribut ribut di high-lightkan pula oleh para pemimpin UMNO dengansuara orang luar, kononnya ia dianggap suara berkecuali.

Mungkin betul, Dato Seri Anwar Ibrahim sangat digeruni ceramahnya olehpara pemimpin UMNO, kerana ceramah beliau sangat berpengaruh dandiminati pengundi muda mudi hari ini. Isu Anwar terlalu meyakinkanmuda mudi menjadikan kehangatan telinga para pemimpin UMNO dan calon UMNO akan menjadi banyak masalah untuk menang.

Kalau kita benar benar ikuti perbicaraan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, orang yang pintar semua tahu kenapa kes Anwar tertangguh-tangguh? Salah Anwar kah kes itu tertangguh? Atau Peguam Negara tidak mahu berikan kepada peguam Anwar Ibrahim "bahan bukti" yang dipegang oleh pihak pendakwa kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim? Perkara "bahan bukti" yang dipegang oleh pihak pendakwa pasal kes liwat Anwar Ibrahim itu, sudah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Persekutuan baru baru ini, pihak pendakwa mesti berikan kepada peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim seminggu sebelum perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan.


Pihak Peguam Negara telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuanuntuk tidak memberikan "bahan bukti" itu kepada peguam Dato Seri AnwarIbrahim, sehingga kini belum ada keputusan dari Mahkamah Persekutuanlagi. Kalau Mahkamah Persekutuan belum beri keputusan mesti kah PeguamNegara boleh gunakan kuasanya overule keputusan Mahkamah Tinggi seperti yang di mahukan oleh peguam Hasnal? Peguam Hasnal Rezua Merikan yang mempertikaikan kes liwat itu lambat sebab Anwar, itu adalah salah.
Mungkin peguam Hasnal tidak faham sepenuhnya mengenai keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi terdahulu pasal "bahan bukti" yang enggan diserahkan itu oleh pendakwa kepada peguam Dato Seri Anwar Ibrahim.

Bukan sahaja peguam Hasnal tidak faham, Tan Sri Nazri juga langsung tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Persekutuan yang dengan sengaja menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim melambat lambatkan kes liwat tersebut. Mungkin para pemimpin UMNO sudah kehabisan isu politik maka dengan sengaja melemparkan fitnah itu kepada Dato Seri Anwar Ibrahim agar UMNO kelihatan bersih.

No comments: