
TAHNIAH...!! PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG...!!
Isnin lepas, saya berada di Wad Kecemasan hampir 4 jam. Saya sampai awal pagi ketika itu dan pesakit di wad kecemasan hampir lebihkurang 30 orang...!! Hampir semua petugas telah menjalankan kerja masing-masing dengan tekun dan melayani kerenah pesakit yang hampir kesemuanya dalam kecemasan.

Sewaktu keluar dari Wad berkenaan iaitu jam 10 pagi...saya lihat terlalu ramai pesakit menunggu giliran mereka untuk diperiksa mengikut giliran masing-masing...!!

Saya ucapkan syabas kepada Dr Nurul Ain Bt. Kamarudin serta pasukannya yang begitu gigih dan sabar melayan dengan baik semua pesakit tak kira usia dan bangsa.
Kepada doktor-doktor lain saya mohon maaf kerana tak sebut nama disini walaupun mereka juga memainkan peranan utama dalam WAD KECEMASAN...!!!
No comments:
Post a Comment