Saturday, August 22, 2009

Halik Zaman bersuara lagi..!!


TIMBALAN PESURUHJAYA SPRM DI MINTA TUTUP MULUT !!!

Today at 9:11am

Dari Kacamata Halik Zaman:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat sama ada kandungan surat misteri yang dikemukakan dalam kes inkues kematian Teoh Beng Hock Rabu lalu adalah sama dengan kandungan surat yang tersebar di internet semalam. Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk AbuKassim Mohamed, bagaimanapun, berkata, dakwaan dan tomahan yang terkandung dalam surat yang tersebar di internet itu adalah tidak benar.

Penafian Datuk Abu Kassim Muhamed kepada dakwaan yang terkandung dalam surat misteri itu ada hubung kait dengan TP SPRM itu sesungguhnya tidak beretika dan tidak menunjukan keikhlasan SPRM atau satu helah bagi melindungi TP SPRM sebelum dijalankan apa apa penyiasatan. Kita minta agar Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim tutup mulut, serahkan kepada orang lain yang menyiasat hal SPRM. "Orang lain karam dilaut kenapa Datuk Abu Kassim pula yang lemas didarat?"

Mana mungkin seorang Timbalan Pesuruhjaya SPRM seperti Abu Kassim Mohamed boleh mengatakan surat misteri itu sebagai tidak benar tuduhannya sebelum badan berkecuali menyiasat dan mahkamah menyatakan demikian. Timbalan Pesuruhjaya Abu Kassim harus sedar diri bahawa bidang kuasa SPRM cuma menyiasat bukan menghukum orang yang disiasat.

Sepatutnya Datuk Abu Kassim tidak menunjukan sikap menggelabah dan menafikan apa apa sahaj a bahan bukti yang menjurus SPRM terlibat dan menyerahkan kepada Badan Inkues membuat kerja tanpa mempengaruhinya dengan penafian. Harus diingat bahawa badan SPRM kini terlalu banyak kontroversi dengan rakyat Malaysia.

Abu Kassim boleh menafikan segala pertuduhan penglibatan SPRM kematian mendiang Teoh Beng hock dikandang bicara kalau dituduh, bukan dalam TV3 dan akhbar akhbar dengan niat untuk mempengaruhi Badan Inkues. Penafian Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim itu sebelum disiasat boleh dianggap sebagai melindungi pegawai tinggi SPRM dari disiasat.Rakyat kini menuntut bukan sahaja ada kaitan TP SPRM dalam kes mendiang Beng Hock tetapi ia juga terlibatkan dalam tuduhan rasuah yang perlu satu badan berkecuali membuat penyiasatan semua harta sama ada atas nama dirinya, anak isteri atau keluarga yang menjadi nominee kepada TP SPRM dan sejauh mana penglibatannya dalam politik.

Sama ada surat misteri itu bertanda tangan atau tidak, itu tidak penting. Yang penting ada tuduhan dan pendedahan serta pendedahan tersebut mesti disiasat dengan terperinci dalam masa yang sama jawaran TP SPRM itu hendaklah digantung sementara dulu untuk melicinkan penyiasatan. Sama ada surat misteri itu yang berada ditangan Badan Inkues sama dengan yang keluar dalam internet itu, tidak penting, yang penting penyiasatan diadakan bukan dari badan SPRM dijalankan dengan segera untuk meyakinkan rakyat bahawa surat misteri itu disiasat oleh badan bukan Kerajaan ia hendaklah terdiri dari badan berkecuali dan bebas.

No comments: