Wednesday, August 19, 2009

LIDAH AHMAD MASLAN BERCABANG...???



Pemuda Umno serah bukti pengundi hantu...!! ???

BUKIT MERTAJAM: Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang hari ini menyerahkan bukti mengenai kewujudan pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ketuanya, Norman Zahalan, yang ditemani lebih 30 anggota pergerakan itu menyerahkan sepucuk surat rasmi serta senarai pendaftaran pengundi berkenaan kepada Penolong Pegawai Pengurus SPR, Masirah Che Ani, di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, di sini. Norman berkata, selepas membuat bancian terhadap 30 rumah di kawasan Permatang Pasir, Permatang Janggus dan Bukit Jelutong, terdapat sembilan pengundi yang tidak dikenali didaftarkan di dua alamat berasingan.
Ketika ditemui pemberita, beliau berkata, daripada sembilan nama itu, terdapat dua pengundi Cina didaftarkan di rumah penduduk Melayu dan tidak dikenali oleh tuan rumah. "Satu lagi alamat rumah di kawasan berkenaan mempunyai 14 pengundi yang mana tujuh daripadanya tidak dikenali oleh tuan rumah tersebut," katanya. Katanya, ini adalah bukti peringkat pertama yang diserahkan kepada SPR dan percaya jumlah itu mungkin mencecah 3,000 orang.

"Kita akan terus mengesan pengundi-pengundi sedemikian," katanya. Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, yang turut hadir di pejabat itu berkata selama ini pihak pembangkang yang selalu membangkitkan isu pengundi hantu tetapi tidak mampu menunjukkan bukti seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau berharap pihak SPR akan menjalankan siasatan pengundi hantu ini dengan segera supaya tidak menimbulkan masalah pada hari pengundian kelak. Sementara itu, Masirah berkata bukti itu akan dipanjangkan kepada SPR Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya. - Bernama


Tuesday, March 31, 2009


SUNGAI PETANI-Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Mahathir Khalid menafikan wujudnya pengundi hantu di sekitar kawasan perumahan Taman Bandar Baru Sungai Petani Kedah.Beliau telah mencabar kesahihan yang dianggap sebagai fitnah politik yang sengaja direka oleh PKR untuk meraih undi.

Sehubungan itu,Timbalan AMK Fariz Musa bersama tujuh kakitangan AMK telah membuat serbuan di tiga buah rumah di sekitar Taman Bandar Baru dan mendapati satu rumah yang telah lama di kosongkan mana kala dua lagi di diami oleh keluarga Melayu. Dia sebelum ini telah membuat kenyataan dimana jumlah pengundi keseluruhan di Taman Bandar Baru adalah 3,455 dan dari jumlah itu, 2,515 merupakan pengundi hantu atau pengundi yang diragui.“Ini lah buktinya.

Mengikut daftar pengundi yang terkini di keluarkan oleh SPR, rumah ini di diami seramai 49 pengundi. Sepertimana yang kita tahu,rumah ini sudah lama di tinggalkan kosong.” ujarnya.Menurutnya sistem SISMEP telah banyak membantu PR untuk menjejaki pengundi hantu di setiap kawasan pilihanraya. Kali ini AMK telah membuktikan bahawa pengundi hantu sememangnya wujud.

Ketika di temui, Rosnah Che Hassan 25, menyatakan rasa kecewa apabila dia dimaklumkan bahawa didalam daftar semakan pengundi, terdapat 56 pengundi yang menetap di rumahnya dan berbilang bangsa..“Dirumah ini cuma mak, bapak adik dan saya sahaja yang ada.Kami mula tinggal disini sejak tahun 1990.Saya tidak tahu rumah ini digunakan untuk meletakkan alamat calon pengundi yang sebegitu ramai” ujarnya.Seorang pesara Haji Latif, 57, turut berasa terkejut dengan kehadiran AMK kerumahnya.Dia menyatakan bahawa hanya dua pengundi sahaja yang akan mengundi di Bukit Selambau pada 7 April ini.“Saya amat kecewa apabila di maklumkan bahawa rumah saya di diami 42 orang pengundi.Ini tidak benar.Saya akan bersama PKR dan akan membuat laporan polis”. tegasnya.

Fariz Musa menyatakan bahawa ini merupakan satu bukti yang nyata dan AMK akan membuat memorendam bantahan.“Saya cabar Datuk Mahathir Khalid. Kalau tidak percaya wujudnya penghuni hantu, jumpa saya. Saya boleh tunjukkan kepadanya dan sekarang AMK ada bukti yang cukup kukuh.“ Saya telah tunjukkan tiga buat rumah. Kita kena ingat jumlah keseluruhan rumah yang terlibat adalah 76 buah.Jadi bayangkan jumlah pengundi hantu yang terlibat.“Kami akan membuat laporan polis bersama tuan rumah dan secara tidak langsung serbuan AMK ini menunjukkan betapa SPR bukanlah satu badan yang telus dalam melaksanakan tugas bagi setiap pilihanraya” tegasnya..

Oleh : Mohd Zuhairi Khamis
Ketua Penerangan AMK Bahagian Pendang

No comments: