Thursday, January 14, 2010

WAKIL PR SUDAH...! WAKIL BN BILA LAGI.....??!!

Sesi Dialog dan Kunjungan ke Gereja

Pada jam 3.30 pm kelmarin, berlangsung majlis kunjungan muhibbah oleh 2 Adun serta 2 Ahli Parlimen serta pegawai-pegawai pejabat ADUN/Ahli Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai ke gereja Kristian khatolik Bagan Serai. Kunjungan yang penuh kemesraan ini cukup diraikan oleh kakitangan dan paderi gereja.

Sesi dialog dan pencerahan 'isu' yang disampaikan oleh YB Mujahid di dewan kecil gereja tersebut diterima baik dan penuh harmoni oleh paderi disitu. Setelah hampir 30 minit sesi itu berlangsung, krew kami bergegas pula memohon keizinan untuk meninggalkan majlis lebih awal kerana perlu berada di Gereja Besar Cathedral Of The Holy Spirit di Lebuh Greenland Penang, pada jam 6 petang. - albanjari

Oleh : Husnul
Diantara dialog bersama paderi, Father Francis Xavier berkata,
"Agama kami juga mengajar supaya menghormati agama lain, dan saya berpendapat bahawa serangan ke atas gereja yang berlaku baru-baru ini adalah bermotifkan politik"
Agak telus penjelasan paderi itu ketika sesi pertemuan kelmarin yang mana Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai(SPRPBS) turut hadir mengunjungi beliau untuk memberi sokongan moral dan saling bertukar pendapat mengenai isu yang panas ini.

Turut hadir sama dalam lawatan ini adalah YB Dr Mujahid Yusof Rawa(MP Parit Buntar),YB Mohsin(MP Bagan Serai) dan juga YB Yunus Jamhari(Adun Kuala Kurau).

YB Mujahid pula menegaskan bahawa,walau di dalam peperangan sekalipun,tentera-tentera Islam di larang sama sekali dari membunuh kaum wanita,kanak-kanak,orang tua dan rumah ibadat agama lain inikan pula dalam keadaaan negara kita yang masih aman tanpa sebarang peperangan. Ternyata ini semua hanyalah bermotifkan politik yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dan di akhir pertemuan ini, pihak gereja memohon bantuan SPRPBS untuk memantau keselamatan gereja. (sumber) . Lagi foto dari saudara Husnul dibawah.

Kelihatan di dalam gamabar - kiri (YB Junos/Adun Kuala Kurau), Father Francis Xavier(tengah) dan YB Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)

Kunjungan YB-YB Pakatan Rakyat dirai oleh paderi gereja di situ kelmarin
http://politikbanjar.blogspot.com/

No comments: