Friday, January 15, 2010

KEADILAN MESTI DITEGAKKAN...


Tiada bukti Dr Pornthip bocorkan laporan bedah siasat Beng Hock

SHAH ALAM: Peguam Negara tidak akan mendakwa pakar patologi Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand, atas kesalahan membocorkan maklumat laporan bedah siasat Teoh Beng Hock kerana tiada bukti untuk mengokong dakwaan itu.

Perkara itu diberitahu Peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Kerajaan Malaysia bagi inkues kematian Teoh Beng Hock, di sini, pagi ini.

Tan berkata, selepas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail meneliti kertas siasatan polis, beliau mendapati tiada bukti Dr Pornthip mendedahkan laporan itu kepada akhbar tabliod, Suara Keadilan.

Sehubungan itu, katanya, polis turut memberi jaminan tidak akan menahan Dr Pornthip dan beliau boleh datang ke mahkamah untuk memberi keterangan berhubung laporan besah siasatan yang dibuatnya.

http://www.bharian.com.my

No comments: