Mungkin kah?
Saya harap adalah juga NGO yang akan tampil kedepan dengan segala tenaga dan kekuatan untuk menjuarai isu yang saya sebutkan ini. Bukan apa, dalam hal kalimat “ALlah” baru-baru ini, beberapa NGO menyatakan bahawa kerisauan nantinya ialah takut-takut kalimat “ALlah” ini akan digunakan untuk mengelirukan umat Islam yang lemah pengetahuannya dan memesongkan sesetengah umat Islam.
Walaupun begitu, ada sebahagian pula berpendapat penggunaan kalimat “ALlah” untuk penganut agama Samawi (Kristian & Yahudi) dibenarkan tetapi tidak boleh digunakan untuk agama @ kepercayaan selain daripada itu. Kita tinggalkan isu ini dulu untuk cerdik pandai yang ada didalam negeri yang satu ini.
Apapun, yang saya tahu semua pihak bersetuju bahawa JUDI adalah diharamkan dalam Islam, justeru marilah kita mulakan pula perang keatas JUDI secara berperingkat. Peringkat pertama nie biarlah kita tumpukan kepada benda yang boleh kita kawal. Kita boleh kawal akhbar sebenarnya… sepertimana kita haramkan iklan arak dalam akhbar berbahasa Melayu, serupa itulah kita boleh laksanakan pada hal ehwal JUDI. Kita paksa (force) syarikat akhbar untuk haramkan juga iklan JUDI (keputusan ekor, ramalan nombor dan sebagainya). Mufti, Pengarah Jabatan Agama, Menteri-menteri, Ahli-ahli Politik, pembela-pembela nasib Wanita, persatuan agama, persatuan politik, individu dan sebagainya.
Kita boleh gembleng semua NGO yang turut berjuang untuk kalimat “ALlah” baru-baru nie, tak perlulah saya namakan NGO-NGO nie semuannya untuk perkara ini.
Kesan buruknya pemaparan elemen JUDI dalam akhbar berbahasa Melayu adalah ianya menjadi penggalak ataupun pemangkin kepada peningkatan gejala JUDI dikalangan anak-anak muda dan remaja berbangsa Melayu. Soal bangsa lain juga terlibat dalam JUDI adalah isu lain, kita tumpukan dulu pada anak Melayu yang pastinya Islam.
Saya tinggalkan anda semua disini untuk memberikan komen dan cadangan, saya fikir dalam peringkat ini, saya boleh mencari jalan untuk menggerakkan kempen menentang akhbar JUDI ini diseluruh negara dengan cara yang tersendiri tetapi jauh disudut hati, saya mengharapkan ada NGO atau persatuan atau gerakan umat Islam yang prihatin dapat tampil dan menjadi JUARA dalam isu ini… ini bukan ISU saya dan bukan juga isu ANDA, tetapi ianya adalah isu KITA semua… mungkin boleh fikirkan kot pandangan insan kerdil-saya ni.
SHAHRUL PESHAWAR
Di dalam Al-Qur‘an al-maisir (judi) disebutkan sebanyak tiga kali, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman yang tafsirnya :
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: “Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?” Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”.
(Surah Al-Baqarah: 219)
FirmanNya lagi:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al-Ma’idah: 90)
Dan firmanNya yang lain:
Tafsirnya: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”.
(Surah Al-Ma’idah: 91)
http://shahrulpeshawar.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment