Wednesday, January 6, 2010

GOLONGAN UMNO BERTOPENG..???


Pertahan Kalimah Allah, tapi beramal dengan Rasuah.

Saya terkejut bila melihat gelagat politik UMNO dalam isu kalimah Allah. Persoalan pertama kenapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diketuai oleh Naib Presiden UMNO lambat mengemukakan rayuan dalam kes ini ke Mahkamah Rayuan.

Pada hal dalam kes politik Perak hari ini setelah Mahkamah Tinggi membuat keputusan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, UMNO dan BN terus membuat rayuan. Dan Mahkamah Rayuan terus bersidang dan membuat keputusan menggantung keputusan mahkamah tinggi dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir kembali jadi Menteri Besar Perak.

Ini menunjukan UMNO hendak mengambil kesempatan atas isu ini untuk meniupkan sentimen mengapi-apikan umat Islam untuk bersatu dan melihat UMNO sebagai juara membela dan mempertahankan Islam. Lagi lambat KDN membuat rayuan lagi banyak keuntungan politik pada perkiraan UMNO.

Kedua, kita melihat media cetak arus perdana yang berada dibawah kawalan KDN yang Menterinya Datuk Seri Hishammudin Hussien, Naib Presiden UMNO beserta media eletronik yang berada dibawah kawalan Kementerian Penerangan terus mengambil kesempatan bagi menghangatkan isu ini dalam menyempurnakan agenda UMNO.

Pada hal bagi saya kalau UMNO nakkan kalimah Allah hanya untuk kegunaan umat islam saja, UMNO boleh mengaturkan dari awal kes ini dengan menetapkan Hakim bicara yang boleh menyempurnakan hasrat UMNO.

Bukan kah Ketua Hakim Negara adalah ahli UMNO yang boleh pastikan Hakim yang berjiwa UMNO untuk mengendalikan kes ini ???

Tapi semua itu tak berlaku kerana UMNO ada agenda adu domba politik keagamaan untuk kepentingan UMNO dan BN. Saya percaya bila isi ini sudah cukup panas dan dilihat umat Islam sudah merasai UMNO lah juara maka rayuan akan dibuat dan Mahkamah akan bersidang untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. UMNO pun akan mendabik dada, UMNO lah yang mampu pertahankan Islam. Kepada pihak Gereja UMNO / BN akan berhujah ini keputusan Mahkamah kita tidak campur tangan.

Cukup licik politik UMNO kerana rakyat tidak bincang lagi isu enjin jet hilang, gula naik, harga roti putih naik harga, bajet bocor RM28 bilion, hadiah rumah kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bernilai RM12 juta, kes PKFZ RM4 bilon, kes Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mendapat habuan dari Syarikat Kuala Dimensi sebanyak RM10 juta dan banyak lagi kes korupsi / rasuah pemimpin UMNO / BN.

Kepada umat Islam, saya minta bersabar dan bertenang. Saya percaya kerisauan umat Islam ialah mereka bimbang kalimah Allah disalahguna oleh pihak lain bagi tujuan dakyah agama lain (kristian) kepada orang Islam. Saya percaya ini lah yang menghantui umat Islam. Bukan nak halang penganut agama lain mengguna kalimah Allah.

Sudah ramai orang bukan Islam seperti Ahli Parlimen Taiping, Padang Serai, Adun Simpang Pulai dan ramai lagi termasuk lah pimpinan dan ahli Dewan Perhimpunan Penyokong PAS mengunakan penghujahan dengan membaca ayat Quran dan hadith yang ada kalimah Allah. Pembacaan dan penggunaan ayat Quran yang mereka lakukan adalah dengan tujuan yang baik dan umat menyambut dan menerima dengan baik.

Jadi apa yang penting jika Mahkamah terus mengekalkan keputusan penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian ialah menetapkan garis panduan yang kursus supaya tidak disalah guna untuk tujuan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.

Apa pun terserahlah kepada peroses perundangan yang perlu segera diputuskan oleh Mahkamah seterusnya. Yang penting seluruh institusi umat Islam perlu melipat ganda usaha dakwah dan tarbiah Islam ke atas umat islam agar punya pegangan Islam kuat dan aqidah Islam mantap dan Iman yang teguh untuk mengelak dari sebarang kekeliruan yang dibimbangi atas isu penggunaan kalimah Allah dan penyebaran dakyah agama lain ke atas umat Islam.

Selama ini pun kekeliruan dan salah faham serta penyelewengan terhadap Islam dilakukan oleh umat Islam sendiri. Contoh pemikiran yang cuba memisahkan agama suku dan politik suku yang di ambil dari ajaran agama Kristian. PAS mengambil masa yang begitu lama untuk melaksana usaha memerangi pemikiran sesat ini dan akhirnya berjaya dihakiskan dalam pemikiran umat islam sedikit demi sedikit.

Satu ketika dulu UMNO lah juara nak buang perkataan Islam dari parti politik dan NGO. Tapi akhirnya Majlis Raja-Raja membuat keputusan bahawa usaha UMNO nak buang nama Islam dari PAS itu salah dan membenarkan parti politik PAS menggunakan kalimah Islam pada parti PAS. Ini bahaya sebenar yang perlu di risau dan dibimbangi oleh umat Islam bahawa UMNO hanya memikirkan kepentingan politk sempit mereka.

Saya harap umat Islam dan seluruh rakyat berbilang agama tidak akan memasuki perangkap UMNO / BN dg agenda politik jahat mereka.

Satu tipu muslihat UMNO nak tunjuk bahawa UMNO juara pertahan kalimah Allah. UMNO pertahan kalimah Allah, UMNO lah juga pengamal rasuah.

DATUK HAJI MAHFUZ OMAR
Naib Presiden PAS

No comments: