Friday, September 25, 2009
MEDAN IKAN BAKAR SABAK AWOR, MUAR...!!
Saturday, September 19, 2009
"KEPALA OTAK" TUN M....GELIGA...???
Tuesday, September 15, 2009
Khir Toyo Patut Disoalsiasat Selama 24 Jam..
Dicampur dengan muqadimah satu jam tadi menjadi tiga jam. Masa tersisa hanya tiga jam lagi. Tolak batuk, berdaham, perbetulkan kerusi dan mencari kertas atau pen atau proses membuka laptop untuk merakam percakapan dan sebagainya, tinggallah dua jam. Dua jam sahaja Khir menjawab persoalan SPRM?
Monday, September 14, 2009
KENYATAAN MEDIA...
Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir melalui beberapa media yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluran arak . Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”. Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang.
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR ingin menjelaskan kedudukan perkara ini menurut syari’at Islam. Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram.
Dr.Muhammad Nur Manuty
Parti Keadilan Rakyat
MALAM MUNAJAT PERDANA...!!!
Saturday, September 12, 2009
SPRM TANGKAP PAK LAH..???
Friday, September 11, 2009
KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
DAP buka cawangan Melayu....!!!!!
PUCHONG, 11 Sept: Ketika PAS berusaha mendekati orang bukan Islam, DAP pula mencipta sejarah baru-baru ini apabila membuka sebuah cawangan yang ahlinya adalah majoriti Melayu di samping mempunyai ketua dari kalangan orang Melayu.
Cawangan itu dibuka di Kampung Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok.
Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Tony Phua ketika bercakap dalam majlis itu berkata, "Jangan fikir DAP akan meminggirkan Melayu dalam parti ini.
"Kalau ada yang layak, kita akan lantik Setiausaha Agung di kalangan orang Melayu," kata Tony yang merupakan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara.
Beliau memberikan contoh Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP.
"Sebaik sahaja dia menyertai DAP, dia telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan," katanya.
Seorang ahli DAP yang baru, Saiful Alimin berkata, menyertai DAP bukanlah satu perkara yang senang bagi orang Melayu seperti beliau.
"DAP dianggap parti sosialis. Orang Melayu beranggapan, sosialis adalah sama dengan komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis jauh lebih dekat dengan sistem politik Islam. Inilah sistem yang menyekat dari ketidakadilan. Semua perubahan adalah untuk kebaikan bukan untuk rasuah," kata Saiful yang berucap di majlis itu.
Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Azli Idris (gambar) berkata, dia adalah satu-satunya ahli majlis daerah itu dari kalangan DAP.
"Bila saya menghadiri mesyuarat dan program di Kuala selangor, saya pakai songkok. Orang selalu tanya, saya ahli majlis dari PAS atau PKR tetapi saya dengan bangganya berkaya, saya dari DAP," kata Azli di majlis itu.
Di majlis itu, Teresa telah meraikan ahli-ahli baru itu dalam majlis berbuka puasa dengan mereka.
Thursday, September 10, 2009
Mejar Azlan GPM ditahan CIA...!!!
Written by Abd Jabber | |
Monday, 07 September 2009 | |
A Malaysian was interrogated for 3 days after his arrest in Cairo. He was interrogated with what is called ‘hard interrogation tactics’ by the officers present. The Malaysian, Major Azlan Mohd Shariff was in Egyptian police custody and not in Immigration custody as reported yesterday by Wfol.tv in an exclusive story. From Cairo, Wfol.tv can confirm the following on the arrest of the Malaysian member of a prominent international NGO based in Malaysia, the Global Peace Malaysia (GPM): Major Azlan, who is a pioneer in Malaysian aid to Gaza which is controlled by the Hamas organization, was arrested on Saturday night by a group of men who said they were local police. He was arrested on suspicion of violation of his visa to Egypt he was told. The arrest then turned into a nightmare when he was manhandled and mistreated by the police officers who were actually part of a team working with the CIA and the Mossad (Israel’s intelligentsia) in Cairo. The interrogation of the Malaysian took place in tense condition with the local officers getting assistance from the Mossad and the CIA who had at least 1 of their officers each at the interrogation of Azlan Shariff. BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI..!! |
Dari Kaca Mata Halik Zaman....!!!
Menurut Sivanesan, beliau diarah untuk berbogel, dipukul dengan batang keluli, ditumbuk, diterajang, ditempeleng dan dirotan pada alat sulitnya hingga ke tapak kakinya. Ekoran penderaan tersebut beliau telah dirawal di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Polis tidak begitu berminat untuk menyiasat kes Sivanesan ia mengambil masa 1 tahun, atau polis sengaja dengan niat hendak menutup kes tersebut sebagai 'no case to answer'. Perkara begini biasa berlaku menjadikan hubungan rakyat dan pihak polis tidak sebegitu mesra.
.
Sehingga sekarang tragedi 1 tahun lalu, yang telah dibongkarkan sewaktu beliau menjadi saksi dalam Inkues Kematian Teoh Beng Hock pada 8 September 2009 masih dalam siasatan polis lagi. Tapi kalau kes politik Pakatan Rakyat, polis dapat menyelesaikannya dalam tempoh 24 jam. Polis Malaysia sangat berminat menangani masalah politik pembangkang walaupun bukan juridiction polis untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak dan mengangkat Speaker dari tempat duduknya dalam dewan, polis berminat untuk buat, demi kepentingan politik UMNO/BN.
Peguam keluarga Teoh Beng Hock Gobind Deo Singh, telah diberitahu oleh saksi Pegawai SPRM bahawa etika SPRM bila membuat penyiasatan kepada suspek selalu dengan berhemah tinggi, tidak pernah mengasari apa lagi mendera suspek. Gobind Deo mencabar saksi Pegawai SPRM itu dengan membawa Sivanesan yang pernah disiasat oleh SPRM beliau diseksa dan didera oleh Pegawai SPRM berkenaan setahun yang lalu semacam cara Gestapo German..
Dengan pendedahan Sivanesan itu dalam mahkamah, kredibiliti SPRM begitu tercemar dan buruk sekali dimata setiap warganegara Malaysia. Perbuatan mendera, menganiaya, mencederakan atau membunuh suspek itu cuma dilakukan oleh Gestapo German sahaja sewaktu perang dunia kedua.
Kalau tuduhan Sivanesan itu tidak benar benar berlaku kenapa Pegawai Pegawai SPRM itu tidak buat laporan polis dan dakwa Sivanesan kemahkamah sebagai satu tuduhan fitnah? Yang dibuat oleh peguam SPRM cuma memfailkan semakan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menolak
keterangan saksi kononnya menjatuhkan reputasi SPRM dan ia tidak releven.
Permohonan semakan yang difailkan SPRM berhubung keputusan koroner Azmil Muntapha Abas terhadap satu laporan polis yang dibuat suspek Sivanesan digunakan dalam inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock, ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang bersidang di Petaling Jaya hari ini (10-9-09).
Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Yeoh Wee Siam memutuskan demikian setelah mendapati koroner tidak melakukan sebarang kesilapan, khilaf atau perkara yang tidak betul dalam keputusannya.
Sehubungan itu, beliau memerintahkan supaya inkues diteruskan setelah menolak permohonan Timbalan Pendakwaraya, Manoj Kurup untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.
Kalau tidak ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam permohonan semakan tersebut ia mungkin lebih baik bagi SPRM dan para pemimpin UMNO, tapi yang tidak baik pula anggapan rakyat terhadap institusi institusi Kerajaan itu boleh menjadi backfire bila Pilihan Raya Umum
diadakan kelak. Ia akan dijadikan isu oleh para pemimpin politik untuk menjatuhkan kredibiliti Kerajaan UMNO/BN yang menggunakan SPRM sebagai Gestapo Malaysia. Para pengundi pun boleh terpengaruh bila pembangkang berhujah dalam ceramah politik mereka pasal peranan SPRM dalam politik Malaysia.
Kita harap keadilan mesti diberikan kepada Sivanesan untuk mengherat Pegawai Pegawai SPRM yang tidak beretika itu kehadapan Hakim Mahkamah untuk dibicarakan. Kita sangat bersetuju kalau satu badan Bebas Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan oleh Perdana Menteri Najib untuk menyiasat penderaan yang dilakukan oleh SPRM kepada Sivanesan. Masalahnya mahu kah Perdana Menteri berbuat sedemikian kepada SPRM yang pernah berkerja mendapatkan kembali kuasa BN diPerak?
Wednesday, September 9, 2009
UGUTAN ROGOL RODZIAH...!!!
Sep 09, 2009
Laporan polis telah dibuat semalam, berhubung kenyataan berunsur gangguan seksual yang dilemparkan terhadap Exco kerajaan negeri Selangor, Rodziah Ismail.
Ng Yap Hwa (kiri), Pembantu Khas ahli parlimen Klang, Selangor bersama Lee Fu Haw (kanan), Setiausaha DAP Klang telah membuat laporan di Balai Polis Pandamaran, berdasarkan satu artikel yang ditulis oleh ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Sivarajan.【SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR UNTUK SEMUA】
Pada 8hb September 2009, lebih kurang 2 pm di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Klang saya membaca satu berita yang ditulis oleh ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Encik Sivarajan (dilampirkan) bahawa seorang penduduk Melayu Muslim di Seksyen 23 Shah Alam menyebut "Rodziah saya akan rogol you sekarang" di dalam dialog Menteri Besar Selangor bersama dengan penduduk Seksyen 23 Shah Alam mengenai perpindahan sebuah kuil India daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.
Waspada Dengan Perniagaan Francais- PNS ..
Hizal yang juga graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, mengikut perjanjian setiap usahawan bumiputera yang juga disebut francaisi perlu mengeluarkan modal sendiri sebanyak 10 peratus dari keseluruhan modal perniagaan itu.
Lebih malang dakwa Haizal, PNS hanya meluluskan pinjaman beliau berjumlah RM 460,000 selepas membuat bayaran RM 60,000 kepada francaisor walaupun PNS sering melaung-laungkan ‘Total Franchise Solutions’.
“Saya kesal dengan tindakan PNS yang seringkali menyebelahi francaisor, mengapa kami perlu membayar wang sebanyak itu semata-mata mendapatkan surat kebenaran francaisor,
Sepatutnya perkara ini telah diselesaikan oleh PNS sebaik kami bersetuju melibatkan diri dalam perniagaan ini.
Seorang lagi mangsa, Zulkarnain Taha, 32, berkata, beliau kecewa dengan sikap francaisor yang melanggar perjanjian perniagaan yang dipersetujui.
Beliau yang menyertai perniagaan Watershop pada tahun 2004 menjelaskan bahawa syarikat induk itu enggan menyokong memajukan perniagaannya dan sesuka hati menukar terma-terma dalam perjanjian francais yang telah ditandatangani untuk kepentingan mereka.
“Mereka menukar terma-terma perjanjian terutama berkaitan kos penyelenggaraan mesin yang menyebabkan kami terpaksa menanggung semua kos penyelenggaraan walaupun pada perjanjian asal ianya di bawah tanggungan francaisor” Katanya.
Bagi Siti Farah Md Nasir, 27, berkata, beliau kini menanggung hutang RM 90,000 walaupun baru menyertai perniagaan francais di bawah syarikat induk Jukebox.
“Syarikat Harian Shoes Sdn Bhd yang mengendalikan perniagaan Jukebox hanya mementingkan keuntungan francaisor sahaja.
“Mereka memaksa kami menerima semua stok yang dihantar walaupun kami tidak membuat sebarang pesanan dan semua barang yang dihantar itu dianggap telah kami beli”
Akibatnya, berlaku lambakan stok di kedai kami dan hutang kami terus meningkat.
Lebih mengecewakan barangan yang dihantar itu kebanyakannya barangan yang tiada sambutan daripada pelanggan,” Katanya.
Sebanyak lapan syarikat francaisi Jukebox sahaja telah ditutup dengan jumlah kerugian hampir RM 3 Juta.
Turut hadir Setiusaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, Pengarah tugas-tugas khas PPIM, Noorazman Idris dan usahawan-usahawan yang tertindas..
Sementara itu, Nadzim berkata ke semua mereka hadir pada hari ini bagi mendedahkan kepincangan, penindasan dan sikap lepas tangan pihak berkaitan termasuklah PNS, Persatuan Francais Malaysia (PFM), Francaisor dan Registration of Francais.
Mereka turut menuntut agar pihak kementerian yang berkaitan campurtangan kerana sejak pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDC), usahawan itu kian bermasalah kerana tiada pihak yang mahu membantu mereka.
PNS secara rasmi mengambil alih peranan sebagai agensi pelaksana pembangunan francais daripada MEDC pada 2 Jun 2004.
sistem francais adalah satu hubungan perniagaan secara kontrak di antara dua pihak (francaisor dan francaisi) yang ditubuhkan untuk mengagihkan/mengedarkan barangan dan/atau perkhidmatan melalui “outlets” tertentu untuk satu jangkamasa yang ditentukan atau tidak.
Ianya berdasarkan satu perjanjian dalam mana francaisor menganugerahkan kepada francaisi hak untuk menggunakan berbagai proses alat kelengkapan dan/atau sistem beroperasi serta nama baik (goodwill) francaisor di dalam mengeluar, menjual dan mengedarkan barangan dari jenama (trademark) perniagaan tertentu.
Francaisor pada permulaan dan selanjutnya perlu membekalkan kepada francaisi dengan kepakaran mengelolakan perniagaan.
TANYA PEGUAM NEGARA....!!!!
Dari Kacamata Halik Zaman
Bukan sahaja peguam Hasnal tidak faham, Tan Sri Nazri juga langsung tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Persekutuan yang dengan sengaja menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim melambat lambatkan kes liwat tersebut. Mungkin para pemimpin UMNO sudah kehabisan isu politik maka dengan sengaja melemparkan fitnah itu kepada Dato Seri Anwar Ibrahim agar UMNO kelihatan bersih.
Tuesday, September 8, 2009
Sesi ‘Dialog’ Dengan Penduduk Seksyen 23..
Monday, September 7, 2009
Kerajaan setuju bayar RM50,000 gantirugi kepada Mustafa Ali ..!!
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan kerajaan itu kerana menahan beliau di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.
HARAP ANAK ANDA TIDAK TIRU KEBIADAPAN KETURUNAN UMNO..!
Zaid to Najib: Put your money where your mouth is!
PKR's Zaid Ibrahim invited Prime Minister Najib Abdul Razak to test his theory that the Pakatan Rakyat, in states they are controlling, is getting a taste of its own medicine.Zaid, in comments made to Malaysiakini, suggested that the best test for Najib's theory (aired in remarks that were widely reported in the mainstream media today) would be to call for a snap election in Perak.
Prime Minister Najib: Look at the Flaws and Frailties of Your Leadership of our nation.
by Din Merican,
SATU AWAK PUNYA....3 SAYA PUNYA...!!!
SAMSENG-SAMSENG SEK.23...
Saturday, September 5, 2009
AMARAN NAJIB KEPADA ROSOL...!!!!
Tidaklah IB ingin ketengah sangat apa yang IB dengar dua bulan lalu kerana, tidak pasti kesahihannya. Kedua tidak pula dapat IB sahkan apa yang sebenarnya dikatakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu Ibrahim Fikri kepada Tun Razak dulu (betul ke pernah ada perjumpaan seperti itu?). Pernah IB bertanya dengan beberapa orang yang pernah rapat dengan arwah Ibrahim untuk pengesahan – tidak pula dapat IB pastikan bahawa pernah berlaku Ibrahim Fikri mencabar Tun Razak. Maka IB tidak mahu teruskan khabar berita tersebut.
Namun dengan melihat kemelut di Terengganu sem akin parah dan sukar untuk nampak arah penyelesaiannya walaupun dua pimpinan kanan pusat datang pun lebih separuh dari pimpinan negeri UMNO masih berkeras untuk boikot – sememangnya kalau benar ada sesi “cabar-mencabar” Rosol dengan Najib tu – mungkin adalah kebenarannya sedikit sebanyak kot.