Sunday, April 26, 2009

TAHNIAH... ZACK DAN PASUKANNYA...!!!!


Malam tadi pasukan Negeri Selangor muncul juara Piala FA selepas menewaskan Kelantan menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun pengurus pasukan Selangor didenda RM6000.00 oleh FAM semalam..... namun kekecewaan hati yang luka telah pun dapat diubati.



SEJARAH PIALA FA

Piala FA diperkenalkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun 1990 bagi menambah lagi saingan bolasepak peringkat kebangsaan selain Piala Malaysia. Kejohanan sulung menampilkan Selangor menentang Perak yang berkesudahan Perak menang dengan jaringan 4-2. Sejak 1990, Selangor telah mara sebanyak 5 kali ke perlawanan akhir dan berjaya memenangi 4 daripadanya iaitu pada tahun 1991, 1997, 2001 dan 2005.


TAHUN PENCAPAIAN

1990 Naib Juara
1991 Juara
1992 Suku Akhir
1993 Suku Akhir
1994 Peringkat Kumpulan
1995 Separuh Akhir
1996 Separuh Akhir
1997 Juara

2 comments:

Reformis Jalanan said...

salam sdr onn... ceritalah pengalaman sdr onn dlm sepanjang menjadi org politik. baru best sikit.

onn said...

Terima kasih...!!!

Insyaallah...!

akan datang...